networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Friday, July 20, 2012

VIDEO : Kebiadapan Rakyat LIBYA Terhadap Jenazah Gaddafi..


Hendak menitis air mata aku melihat jenazah seorang pemimpin yang pernah memerintah LIBYA diperlakukan sebehini rupa. Mereka pasti akan mengtakan tindakan mereka betul kerana Arwah Gaddafi sangat kejam semasa dia hidup.


Adakah begini caranya kita membalas tindakan orang? Takkan sepanjang dia hidup langsung tak ada 1 pun kebaikan yang dia lakukan?

Bagi aku tindakan ganas rakyat terhadap Gaddafi ni berpunca daripada hasutan daripada pihak-pihak tertentu. Kalau Rakyat hendak memberontak dari dulu lagi dah dia bunuh Gaddafi. 

Itu di Libya, tapi bila kita cakap di Malaysia siapa yang akan jadi penghasut supaya rakyat akan jadi huru-hara? agak-agak korang siapa? takkan DS Najib. Buat apa dia nak hasut korang jadi huru-hara..dia sendiri cintakan keamanan.

Pada aku, kalau ditanya soalan yang sama maka aku akan katakan Anwar. Dia suka lihat rakyat huru-hara, berdendam kepada pemimpin. Tak payah pergi jauh lihat jer arahan dia yang suruh demonstran BERSIH 3.0 merempuh hadangan POLIS...lihat!!kalau dia fikir keamanan maka dia takkan beri arahan suruh rakyat huru-hara.


Malah dalam ceramahnya juga selalu berkata hati-hati orang UMNO bila dia jadi PM makanya akan ramai disumbatkan dalam penjara (maksudnya lebih kurang mcm tulah. aku tak hapal ayat full 100%). Sikap berdendam puak pembangkang memang sudah tidak asing lagi dalam diri mereka.

HE : Dendam ibarat makanan harian mereka. Rasanya mereka akan mati kalau tak makan..

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA