networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Friday, August 31, 2012

Agenda asal Janji Demokrasi benci Malaysia mahu tukar #JalurGemilang terbongkar.

Sudah dijangka himpunan Janji Demokrasi yang asalnya Janji Bersih bertujuan untuk menghuru harakan sambutan kemerdekaan ke 55 negara..

Mereka tidak mengendahkan prosedur pihak berkuasa mereka dengan rasa riak turun untuk melakukan tindakan biadap di dataran merdeka.

Dengan tindakan yg tidak bertamadun, agenda mereka hanyalah untuk menunjukkan persepsi bahawa rakyat benci kepada negara Malaysia.

Matlamat ingin menukar bendera keagungan Malaysia sudah cukup membuktikan peserta janji demokrasi amat biadap. Bagi yang tidak mengetahui himpunan Janji demokrasi pada mulanya ialah himpunan janji bersih.

Melihat akan label BERSIH sudah kotor dari persepsi masyarakat, maka mereka menukar kpd Janji Demokrasi.

Nama hanyalah sandiwara mereka sahaja. Matlamat mereka tetap sama iaitu membencikan negara Malaysia. Bukan itu sahaja, mereka turut bertindak kurang hajar dengan memijak gambar Perdana Menteri dan Isteri serta pengarah SPR..

Janji Demokrasi ini adalah agenda licik pembangkang yang sengaja ingin mengambil kesempatan sempena hari keramat Malaysia iaitu 31 Ogos 1957.

Mereka sememangnya tiada semangat patriotik yang mana mahu menukar bendera Malaysia dan membakar Pemimpin negara.

Agenda busuk Asal Bukan UMNO dan anti lynas adalah mentaliti puak pembangkang. Makanya rakyat harus memikirkan bahawa apa yang dibawa Janji Demokrasi ialah agenda terancang pembangkang ingin menerapkan kebencian rakyat terhadap Malaysia tercinta ini..

Akhir kalam, Janji Demokrasi ialah agenda terancang pembangkang yang mana mahu menghuru harakan Malaysia...belum pun berkuasa ini yang ditunjukkan kepada kita...langsung tiada semangat patriotik. Mereka hanya menunjukkan emosi dan benci kepada negara. Inikah yang kita mahu pilih pada PRU13 ini? Fikir-fikirkan...

Wallahualam...
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA