networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Wednesday, August 8, 2012

Akhil Hayy ingatkan Artis Baru Berhijrah Supaya Tidak Digunakan Ahli Politik...PAS!!!

Akhil Hayy siapa yag tak kenal..dulu artis ni baru berhijrah kepada imej yang lebih baik sibuk duk hentam UMNO dengan bermacam-macam ubah suai lagu..memang sakit hatilah bila kita lihat orang yang kata dapat hidayah tapi menjadi alat politik PAS untuk menyerang UMNO..

Bukan apapun..nak hijrah tu tak ada siapa yang menolak dan dialu-alukan...di Malaysia ni sindrom arti berubah sudah mula menjadi fenomena..bagus perkembangan ini..aku pun sokong dan alu-aluka lebih ramai lagi artis berhijrah..

yang tak sedapnya...bila mereka berubah terus Ustad2 PAs yang kononnya ahli syurga dan menganggap UMNO ini syaitan segala jembalang panggil untuk bantu kempen politik diorang...fikirlah sendiri guna aqal yang waras...

kau hendak berubah tapi kau melaga-laga kan masyarakat...UMNO itu semuanya Melayu Islam...jadi bila kau berubah atas kapasiti ISLAM tapi kau jadi tentera bodoh serang sesama Islam sendiri...tujuannya 1 je...nak dapatkan undi PAS...

sedarlah wahai artis yang berubah ni..macam Abby Abdi...Hairi Osmang..Bob Lokmang...Tak ada siapa larang kau nak berdakwah cara Islam...tapi yang buat masyarakat memandang serong kat korang ni apabila kau serang Islam UMNO..

Lu tunjukkan gua nas atau hadis mengatakan syarat sah taubat ialah serang Parti Politik UMNO demi ketuhanan PAS...tak payah cari pun korang dah taukan komfem tak ada...

Alhamdulillah, Akhil hayy sudah sedar dulu dia jadi kuda tunggangan PAS..Abby Abdi bila lagi?

jom baca pendedahan mantap dari mStar  dibawah....



KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas Ustaz Akhil Hayy menasihati golongan artis yang baru berhijrah dan kembali mendekati agama Islam supaya berhati-hati agar tidak dipergunakan oleh ahli politik yang tidak bertanggungjawab.

Akhil atau nama sebenarnya Akhil Abdul Hai berkata, keadaan itu sering berlaku tanpa disedari bagi kebanyakan artis yang baru berhijrah di mana ia bermula dengan jemputan menghadiri sesebuah taklimat untuk berkongsi kisah perubahan diri masing-masing.

"Kalau saya cakap, pasti ada pihak yang marah nanti. Tetapi ia pernah berlaku kepada diri saya ketika mula-mula penghijrahan saya dulu di mana ada sesetengah pihak yang menggunakan saya kononnya untuk ditemu bual dalam sesebuah taklimat.

"Lain pula jadinya apabila majlis taklimat yang dianjurkan itu akan berubah menjadi kempen menyerang mana-mana parti yang tidak disukai mereka.

"Memang digalakkan untuk berkongsi pengalaman hijrah kita kerana ia juga salah satu permulaan dakwah, tetapi kita mesti bijak menyampaikan kata-kata tanpa sebarang pengaruh daripada persekitaran yang mungkin menekankan isu-isu politik," katanya.

Tambah Akhil, tidak salah sekiranya seseorang artis itu menyokong mana-mana parti politik sama ada Umno, Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau PAS kerana ia adalah hak masing-masing.

Bagaimanapun, golongan artis yang berhijrah ini diminta untuk berhati-hati dan berfikirlah adakah motif penghijrahan itu untuk mendalami ilmu-ilmu agama yang tercicir dahulu atau mahu memperjuangkan politik?

"Saya rasa, usahlah kita beria-ia berkempen tentang hal politik kerana itu bukanlah kepakaran kita.

"Walaupun Islam ada perjuangan politiknya, tetapi sebagai umat Islam yang kembali ke fitrah asal, biarlah kita mendalami ilmu agama terlebih dulu sebelum ingin berdakwah atau membetulkan kesalahan orang lain.

"Saya faham, apabila sudah berubah ke landasan yang betul, terdapat satu semangat dan ketenangan yang membuatkan seseorang itu begitu berkobar-kobar mahu berkongsi perasaan itu.

“Saya juga begitu, tetapi seperti yang saya katakan, dalami ilmu agama Islam itu secukup-cukupnya sebelum melangkah ke fasa lain pula," ujarnya.

HE : belajar dari pengalaman...

1 comment:

Bro Yusri said...

kena banyak membaca dan belajar walau apa pun destinasi yang hendak di tuju ...

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA