networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Saturday, August 18, 2012

Blog Anwar Nafi Minta Maaf Kepada PM dan Beri Kenyataan Di HACK!!!

Terkejut beruk aku baca kenyataan di Blog Anwar Ibrahim dlm 1 perutusan hari raya di blog rasminya malam tadi..Namun perutusan yang aku kira baik itu telah ditarik semula oleh pengendali blog tersebut...entah kenapa tiba-tiba Anwar keluar kenyataan yang menunjukkan seakan dia menyesal dengan tindakan lampaunya selama ini yang banyak menyusahkan rakyat Malaysia..aku pun hairan...

mungkin anda mahu tahukan apa yang tertulis di dalam blog tersebut sebelum ia dipadam..di sini aku lampirkan salinan yang sempat di copy paste..
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Kesejahteraan. 
Alhamdulillah kita sedang memasuki fasa terakhir bulan puasa di mana kita akan bergembira kerana beroleh kemenangan pada Hari Raya Aidil Fitri. Pada tahun ini, saya dan keluarga ingin mengambil kesempatan memohon ampun dan maaf, dari hujung kaki ke hujung rambut, khususnya kepada YAB Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansur yang saya sebenarnya sangat kenal rapat baik orangnya.

Saya sebenarnya merasa sugul dan berdosa dengan keterlampauan beberapa pihak dalam pasukan kita, di mana dalam usaha kita mengejar kedudukan dan jawatan Perdana Menteri, kita telah jauh pergi hingga memfitnah Datuk Seri Najib dan keluarganya. Saya ingin mengajak rakan-rakan saya dan jentera pakatan supaya membuat perubahan dengan menghormati institusi kePerdana Menterian yang sekian lama kita warisi. Jawatan Perdana Menteri adalah khas untuk orang Melayu dan Islam sahaja, bukannya untuk bangsa lain. 
Kepada umat Islam di Malaysia, saya turut ingin memohon maaf atas keterlanjuran saya menyokong Israel tempoh hari. Sesungguhnya saya tidak mampu untuk menghalang kehadiran mereka dalam hidup saya, maka dalam keterpaksaan saya perlu mengikuti kemahuan, desakan dan asakan bertubi-tubi mereka. 
Sebenarnya saya turut mendapat maklumat yang salah berkenaan kes Altantunya. Saya akui maklumat itu belum boleh disahkan. Dalam hal Bersih 3.0, saya sangat-sangat menyesal kerana melibatkan kerosakan keharmonian negara. Sebenarnya, saya tidak pernah bersetuju secara peribadi hal-hal yang sedemikian, melainkan desakan rakan-rakan bukan Islam dalam pakatan. Sebagai Ketua, saya perlu adil kepada semua dan memenuhi segala keinginan mereka walaupun ianya sebenarnya bertentangan dengan kehendak saya. 
PRU13 akan menjelang tidak berapa lama lagi, sekiranya saya tewas kali ini, saya akan kembali ke Amerika Syarikat dan kembali mengajar di universiti di sana. Kepada rakyat Malaysia, saya akui Datuk Seri Najib adalah seorang pemimpin dan pentadbir yang paling sesuai untuk rakyat Malaysia. 
“SEBANGSA SEJIWA SENEGARA” 
Selamat Hari Raya Aidil Fitri & Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-55 Tahun 
Anwar Ibrahim,
Ketua Umum,
Parti Keadilan Rakyat (PKR)
18 Ogos 2012.
Atas ni kenyataannya...dan di bawah ni print screen...


Tak sampai beberapa jam posting tersebut...pengendali blog tersebut telah mengeluarkan kenyataan bahawa entry perutusan Anwar adalah palsu dan dihack...

Yang postkan entry penafian tersebut ialah PENGENDALI BLOG ANWAR IBRAHIM..rupa-rupanya selama ini bukan Anwar yang tulis..ada pengendali upahan yang buat..mantap beb...haha...nak jadi blogger tapi suruh orang lain handle..lucu wey..

Persoalannya:

1) Artikel susulan daripada perutusan tersebut menyatakan tajuk "Percubaan Menggodam Blog DSAI"..Percubaan ke memang dah benar2 jadi? atau sekadar nak cetuskan gimik supaya blog DSAI akan terkenal...anwar yg kita kenali memang hebat dengan teknik raih simpati rakyat..rata2 orang yang menyokong dia pada era 98 dulu pun atas dasar simpati...betul tak?

2) Blog Anwar dihack atau penulis blognya tidak puas hati dengan DSAI?biasalah..tak ada benda berlaku tanpa sebab..mungkin juga penulis Blog Anwar rasa geram sebab tak dibayar gaji lalu sengaja cetuskan konspirasi..

3) Kenapa ek orang hack blog tersebut tak lenyapkan terus blog tu?untuk makluman semua..jika sesuatu blog mempunyai ramai penulis maka di ruangan POST akan tercatat siapa yang POST?buktikanlah printscreen tersebut yang mengatakan diHACK dan siapa yang tulis?

4) Aku pun boleh keluarkan post menyokong pakatan rakyat dan mengutuk gomen...nanti aku cakaplah blog aku dihack oleh Pembangkang..betul tak??

5) Hari ini telah membuktikan bahawa ada pengendali upahan yang disuruh handle blog tersebut..

6) Mudahnya meletakkan kesalahan kepada UMNO..boleh pula tuduh blogger UMNO yang sebar fitnah..kan ada bukti tu...kikiki...inilah sifat puak pembangkang...tak nak mengaku salah dan menuduh UMNO..cukup2lah tuduh UMNO..siasat dulu baru boleh cakap..belum siasat terus kata Cybertrooper UMNO yang buat fitnah..jangan memandai serkap jarang...

Dibawah ini kenyataan nafi..
Salam hormat. 
Untuk makluman pembaca, blog ini telah digodam sekitar jam 11.50 malam tadi dan sebuah posting palsu kononnya ‘perutusan khas’ oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah dimuatnaik di blog ini. 
Pihak pentadbir blog mengesahkan bahawa ‘perutusan’ tersebut adalah palsu dan bukan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim, justeru telah mengeluarkan posting tersebut serta merta. 
Pihak kami difahamkan keratan skrin posting tersebut telah berjaya dirakam dan kini giat disebarkan oleh cybertroopers UMNO bertujuan memburuk dan memfitnah Dato’ Seri Anwar Ibrahim. 
Sekian, harap maklum.

PASUKAN PENTADBIR BLOG DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM


HE : salah ke ucapan MAAF?atau memang bagi Anwar mohon maaf kepada DS NAJIB adalah suatu perkara yang jijik?keluarkanlah PRINTSCREEN siapa yang post entry tu?

*sengaja nak naikkan populariti blog dier letuw...kikiki

4 comments:

Anonymous said...

Nampak sangat bukan ayat DSAI. Boleh pikir la brader

Anonymous said...

Ni percubaan untuk mengalih perhatian isu -isu panas dlm pakatan..

Oda Nobunaga said...

mmg bukan ayat dia...tapi itulah hakikat sebenarnya yg berlaku...fahami..

Anonymous said...

betoi2..ayt anuar bkn cmnie..ayt anuar sume maki hamun,mncarut,mngata org je..ne de ayt lmbut cmnie..sah kne hack!trok3...

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA