networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Thursday, August 23, 2012

Budak 'Bengong' Bakar Awek Ditahan Ketika Berdua-dua dengan Seorang Wanita...

Sebelum ini kecoh 1 Malaysia seorang Boypren membakar awek nya dengan petrol. Akibat daripada tindakan itu, polis KL telah memburu saspek yang membakar perempuan tersebut di FB mereka.

Cerita sebelum ini boleh rujuk SINI dan SINI

Alhamdulillah..akhirnya penyangak ini dapat ditahan untuk memudahkan polis melakukan siasatan..

Yang kelakarnya budak ini ditahan ketika berdua-dua bersama seorang wanita...lu fikirlah sendiri..

BERNAMA Melaporkan melalui SMS yang ditrerimanya :
“Suspek ditahan bersama seorang wanita,”



Polis hari ini menahan lelaki yang disyaki membakar teman wanitanya di kawasan semak berhampiran Seksyen 1, Wangsa Maju pada awal pagi 13 Ogos lalu. 
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, berkata lelaki itu ditahan awal pagi ini di sebuah rumah panjang di Setapak Jaya. “Suspek ditahan bersama seorang wanita,” katanya menerusi Sistem Pesanan Ringkas (SMS) kepada BERNAMA, di sini. 
Beliau berkata, kedua-dua mereka ditahan reman lima hari bermula hari ini.
Polis sebelum ini memburu Mohd Amir Mohd Anuar, 18, dari Taman Keramat bagi membantu siasatan kes berkenaan. 
Dalam kejadian itu, teman lelaki Nurul Firzanah Mat Zaki, 16, dipercayai menyimbah petrol ke tubuh gadis berkenaan sebelum membakarnya, menyebabkan mangsa terbakar 25 peratus di muka, dada dan tangan. 
Mangsa kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur. – BERNAMA

HE : buduhlah budak tu...kikiki 

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA