networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Monday, August 27, 2012

Graduan UPSI bukan lagi ikut unjuran Kementerian Pelajaran Malaysia?

Melihat perkembangan kakitangan kerajaan hari ini. Saya merasakan ada betulnya dakwaan yang dikeluarkan oleh sebuah Blog UPSIDaily yang mengatakan bahawa pihak Kementerian Pelajaran tidak mengeluarkan Unjuran lagi untuk ambilan UPSI..

Perkara ini mungkin betul dan mungkin tidak. Hal ini kerana, melalui cerita yang saya dengar sendiri dari seorang graduan UPSI yang baru sahaja konvo pada bulan Mei lalu.

Beliau berkata, "kami telah tamat pengajian pada bulan Januari 2012 dan istiadat Konvokesyen diadakan pada awal bulan Mei yang lalu. Namun setakat ini, tidak ada panggilan ataupun war-war makluman dari pihak KPM tentang posting kami."

"Malah kami juga belum mengisi sebarang borang untuk panggilan temuduga."Ujar bekas mahasiswa UPSI lagi.

Pada hemah saya, kelewatan posting berlaku bukan kerana kerajaan tiada duit. Tiada duit untuk menggaji adalah perkara yang agak tidak logik memandangkan DS Najib sendiri selaku Perdana Menteri memberi berbagai inisiatif dan dana untuk membantu rakyat. Contohnya, KR1M, TR1Ma, BR1M, Bonus setengah bulan gaji dan lain-lain.

Jika kerajaan tiada duit masakan PM berani memberikan semua itu. Pada hemah saya masalah kelewatan panggilan ambilan guru ini berpunca daripada dasar kerajaan yang melanjutkan usia pencen kakitangan kerajaan daripada 55 ke 56 dan terkini 60 (jika memohon).

Masalah lambakan guru sebenarnya sedikit sebanyak berpunca daripada dasar usia pencen dan juga pihak UPSI yang tidak mengikut unjuran yang ditetapkan KPM sebelum ini. Jika pihak UPSI mengikut unjuran sekali pun, ia tetap bermasalah jika dasar usia pencen berubah lagi.

Saya tidak menyalahkan kakitangan kerajaan yang mahu pencen usia 60 tahun. Mereka juga ada hak selaku warganegara Malaysia. Kerana itu, setiap dasar yang dibuat perlu memikirkan kesan baik dan liabilitinya untuk jangka masa panjang.

Sekarang ini,kecoh yang mana bakal mahasiswa yang akan melanjutkan pengajian di UPSI tidak lagi mengikut unjuran KPM..

Malah ketika saya menghubungi Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Ir Wee Ka Siong dalam satu pertemuan, beliau tidak dapat mengeluarkan statement tentang posting dan pihaknya sedang usaha..sampai bila?

Saya berpendapat adalah lebih elok jika Menteri Pelajaran selaku TPM, Timbalannya Dr Puad Zakarshi dan Wee Ka Siong mengeluarkan kenyataan rasmi bersifat 'hitam putih' melalui KPM supaya bakal guru ini jelas dengan status posting mereka dan tidak terpengaruh dengan ideologi pembangkang jika pembangkang mengambil isu ini sebagai janji manis mereka untuk kempen PRU 13 ini.

Jika pembangkang mengambil masalah ini sebagai manifesto mereka, makanya ia akan memberi impak terhadap undi Barisan Nasional. Rata-rata golongan ini sudah boleh mengundi.

Jika Universiti Pendidikan Sultan Idris bukan lagi melahirkan guru di sekolah adalah elok namanya ditukar kepada Universiti Sultan Idris..

Ikuti artikel asal di : http://dailyupsi.blogspot.com/2012/08/ambilan-upsi-bukan-lagi-dalam-unjuran.html?m=1

Program Minggu Suai Kenal ini dilakukan setelah bakal-bakal calon menjalani peperiksaan ujian MedSi dan temuduga. Namun begitu, terdapat ura-ura yang sedang tersebar luas di UPSI bahawa ambilan kali ini bukan lagi dibawah unjuran KPM disebabkan pihak KPM menghentikan pengeluaran unjuran bermula tahun ini. 

Sekiranya berita ini benar-benar berlaku maka kesan daripada pengambilan tahun ini ialah keluaran pemegang ijazah pendidikan tahun 2016 bukan lagi guru yang diperlukan oleh KPM dan mereka perlu mencari sekolah swasta untuk berkhidmat. 

HE: nantikan pendedahan lanjut mengapa graduan UPSI dikatakan mempunyai masalah untuk Posting dan PTPTN sedikit masa lagi..
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

1 comment:

Anonymous said...

Banyak lagi sekolah swasta, international school, sekolah pondok dan yang sewaktu dengannya, memerlukan khidmat dari graduan UPSI, janganlah memilih sangat....
UPSI ditubuhkan sebagai Institusi yang indipendent bukan tertakluk dibawah Kementerian Pelajaran.

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA