networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Tuesday, August 14, 2012

Hukum Memberi Duit Raya..

Hiase : "buleh duit..."
Saya tahu anda banyak duit. Tapi adakah memberi "ANGPAU" terdapat di dalam sunnah..?? Sebenarnya sampul & angpau lebih mendekatkan diri kepada Sunnah Tahun Baru Cina, bukan Sunnah Eidul Fitri.

Lihat asal usul "Angpau" di sini: http://ms.wikipedia.org/wiki/Angpau

Jika tidak berduit, jangan paksa diri. Selain Ittiba', syarat diterima sesuatu ibadat mestilah dihadiri dengan IKHLAS. Buat apa memaksa diri bersedekah jika tidak mampu dan sekadar mahu menutup malu. Sebenarnya kita patut malu mengajar anak² minta duit pada orang.

Bagaimana pula jika orang tu MAMPU..??

Sekiranya kita perhatikan dengan bijak, jika kita berduit sekalipun, jika kita MAMPU sekalipun, adalah lebih afdal kita memberinya pada bulan Ramadhan kerana Allah telah menjanjikan pahala yang berlipat kali ganda.

Sabda Nabishallallahu ‘alaihi wa sallam:
"Setiap amal anak adam dilipatgandakan pahalanya. Satu macam kebaikan diberi pahala sepuluh hingga tujuh ratus kali. Allah 'azza wajalla berfirman: " Selain puasa, kerana puasa itu adalah bagi-ku dan Akulah yang akan memberinya pahala. Sebab, ia telah meninggalkan nafsu syahwat dan nafsu makannya kerana-Ku. Dan bagi orang yang berpuasa ada dua kebahagian. Kebahagian ketika berbuka, dan kebahagian ketika ia bertemu dengan Rabb-Nya. Sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada wanginya kasturi" (hadith Sahih riwayat Bukhari & Muslim)
Ini janji Allah, bukan janji ahli politik. Tak percaya dengan JANJI ALLAH..??

Jadi, kenapa simpan duit untuk berhari raya, sedangkan duit anda tu boleh buat pahala yang lagi byk pada bulan puasa..?? ^__^

SUMBER : https://www.facebook.com/abuaqif

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA