networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Saturday, August 25, 2012

iLMU akan terangkan HUDUD kpd MCA, MIC, GERAKAN & DAP

Kiriman email harapanesok@gmail.com

Tahniah kepada pihak iLMU yang mengambil inisiatif mengadakan program Jelajah Hudud ini. Terima kasih juga kepada pihak yang sudah
menyatakan minat mereka untuk menyertai program ilmiah ini yang mana dijangkakan akan diadakan dalam masa terdekat. Doakan semoga segala urusan dipermudahkan.

iLMU Jelajah Hudud Seluruh Malaysia

KUALA LUMPUR – Sekretariat Ilmuan Malaysia (iLMU) akan menganjurkan program jelajah hudud di seluruh negara dengan memfokuskan masyarakat bukan Islam mulai bulan depan.

Program itu bertujuan memberi penerangan dan kefahaman terperinci mengenai undang-undang berkenaan supaya tidak disalah tafsir mereka.

Pengerusinya, Fathul Bari Mat Jahaya, berkata pihaknya sedang dalam proses menghantar jemputan kepada parti politik seperti MCA, MIC, GERAKAN dan DAP.

"Kita mahu terjemahan hudud itu disampaikan menerusi tafsiran yang mudah difahami dan jelas supaya mereka (bukan Islam) tidak menganggap ia (hudud) sebagai ancaman dan zalim kepada penganut bukan Islam.

"Tumpuan jelajah ini juga bukan untuk membincangkan bagaimana kaedah pelaksanaan hudud, sebaliknya usaha memahami isi kandungan hukum Islam itu, disusuli alasan dan hujah sebenar," katanya.

Fathul Bari berkata, ia juga sebagai platform untuk memastikan hukum itu tidak terus dijadikan bahan pertikaian dan perbalahan terutama pemimpin politik.

Jelajah itu akan bermula di Perlis pertengahan September depan sebelum ke negeri lain. Sesi penerangan dan diskusi akan disampaikan oleh panel daripada iLMU serta ulama dan tokoh agama.

Siaran akhbar Berita Harian, Jumaat 24 Ogos 2012, m/s 4

Link: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=493807207314021

HE : sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email ke alamat harapanesok@gmail.com ..insya'allah saya akan kongsikan maklumat anda..

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

1 comment:

whiteorange said...

Satu langkah yang memang sudah lama dinanti bukan sashaja oleh masyarakat bukan Islam malah masyarakat Islam sendiri.
bukan semua masyarakat Islam yang arif soal hudud.

Tahniah ILMU, semoga usaha ini akan menjernihkan segala kekeliruan yang melanda masyarakat Islam dan bukan Islam berabad lamanya..

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA