networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Thursday, August 30, 2012

Jangan Terkejut #OppaGangnamStyle pun join #Merdeka55 @NajibRazak


Sekarang ini sedang berlaku gelombang #OppaGangnamStyle di seantero dunia. Di sini aku bukan hendak promosikan Oppa gangnam tetapi aku nak tunjukkan satu cara simulasi bagaimana menyampaikan ucapan #Merdeka55 + @NajibRazak.



Pertama sekali anda perlu mendaftarkan diri. Caranya bagaimana? rujuk sini

Jika anda sudah mendaftar anda perlu rujuk maklumat program di SINI

Jika semuanya sudah selesai.anda boleh menghantar Tweet ke HashTag #Merdeka55 beserta @NajibRazak. jangan ditanya kenapa perlu @NajibRazak sebabnya mudah sahaja kerana beliau perdana menteri. Jika Pak Lah atau Tun M masih PM pasti kita akan mention nama dia kan?Jika Anwar PM pun pasti nama dia akan jadi Mention..



nak tahu contohnya macam mana?ok aku tunjukkan 2 contoh
1) tinggalkan sebentar tarian #OppaGangnamStyle, Skrg masanya ucap #Merdeka55.Tq @NajibRazak umum bonus raya ni. 
2) Baru lepas solat hajat bersama keluarga.Semoga negara kita terus #Merdeka55 @NajibRazak
Jika anda bertuah..anda bakal memenangi Cabutan bertuah yang sangat lumayan seperti Iphone 4s, New Ipad, Macbook, Blackberry Curve, dan banyak lagi termasuk sebuah kereta Proton Preve.

Selebriti tempatan seperti Fizo Omar, Lisa Surihani, Elfira Loy, Mia Sara Nasuha, Remy Ishak, Iqram Dinzly, Kamal Adli, Intan Ladyana, Adi Putra, Scha Al Yahya, Awal Ashaari, Kenchana Devi, Yana Samsudin, Amber Chia, Shaheizy Sam, Johan Asari dan ramai lagi akan turut serta bersama peserta di Stadium dan juga menulis tweet pada hari kejadian.

Jangan risau jika anda tidak dapat ke Stadium Bukit Jalil!!Anda masih boleh sampaikan tweet pada hari kejadian asalkan ada #Merdeka55 dan @NajibRazak


HE : Selamat Menyambut Hari #Merdeka55 semua!!!

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA