networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Thursday, August 23, 2012

Jawapan @HarapanEsok : Gambar Makan Masalah BESAR Bagi Blogger @Aku_Peduli_Apa ..Kenapa?

Sebelum aku jawab aku harap korang boleh baca berita tentang program yang menjadi masalah paling besar dalam hidup blogger APA di SINI.

Isunya hanyalah gambar makan anak yatim ketika program tadarus aritu. Gambar program yang menjadi masalah besar bagi kehidupan APA boleh rujuk di SINI

APA kata :
Tujuan aku membuat permohonan terbuka begitu agar kedua dua program yang amat baik ini jangan tercemar dek persepsi orang yang membacanya bila tiada gambaran tentang betapa gembiranya anak anak yatim ini diraikan oleh tuanrumah baik Dato Ahmad Maslan atau Pemuda Umno Malaysia.
Jawapan AKU :
Aku rasa dia yang mula2 buat pencemaran tu...boleh pulak kata pembaca yang membawa persepsi buruk..Anak2 Yatim tu makan cukup sempurnalah APA oi...mereka langsung tak kelaparan..malah ada yang bertambah nasi...kalau APA nak tahu..aku sendiri makan bubur n jamah nasi baryani jer..Anak2 Yatim tu pun makan Nasi baryani..malah lagi kenyang dari aku... 

Kerana gambar di atas ini, APA menuduh Pemuda UMNO kejam kerana beri makan Anak Yatim berbuka puasa hanyalah Bubur dan Pulut kuning. Cuba kita fikir secara logik...takkanlah kejam sangat UMNO hendak bagi anak-anak yatim makan bubur sedangkan VIP makan besar dan hebat...APA yang dah separuh abad pun boleh fikir..

inilah padahnya kalau blogger APA tak ikut sekali program tersebut...ada je nak meroyan tak tentu pasal...aku berhujah ini atas dasar pro kepada ISU dan tak terlintas nak kurang hajar dengan APA..kalau jumpa lepas ni komfem aku bersalam-salaman seperti sebelum ini...

terus terang aku cakap...aku amat memuji kredibiliti APA kerana dia amat komited dalam tugasnya..jarang aku jumpa orang seusia dengannya amat chaargas seperti golongan muda...semua ni aku nampak masa Himpunan Belia tempohari..APA memang blogger yang sangat rajin dan penuh dengan sifat2 terpuji...

Kalau aku dah kata aku tak ada gambar Anak yatim tengah makan buat apa nak mintak lagi..APA sebagai ayah kepada anak2 daranya pasti akan berang jika anaknya meminta sesuatu yang dia sendiri tak mampu berikan...mau makan pelempang jika didesak bertubi kali..betul tak apa?kikiki..
*kalau tak betul abaikan jer..

itu sahaja jawapan ringkas aku (Kenyit mata kat APA)....kalau APA nak tahu anak-anak yatim ni tak dapat makan dan minum apa pun (sindir)..bubur dan pulut kuning atas meja tu adalah KONSPIRASI UMNO nak khianat anak-anak yatim (SINDIR LAGI)...anak-anak yatim itu pun pulang dengan kelaparan kerana tak makan apa pun...(Sindir lagi)...kikiki (ketawa sikit)

HE :  K lah aku nak TUTUP BLOG...lepas ni kalau UPDATE maknanya BUKAN AKU..UNDER PROTES...nantikan countdown untuk pendedahan PANAS BERAPI...aku nak masuk PAS...nak jadi Blogger PAS plak..ops...kikiki

7 comments:

Aku Peduli Apa @ APA said...

Assalam HE.
He he he...

Anonymous said...

Wah...lip..lap...lip...lap...ler...mcm lampu raya.

Harapan Esok said...

wkslm..HEHEHE

Anonymous said...

baik tutup selamanyalah. aku tengok macam drama pulak ni. APA dahlah dengan hal dia dan kamu pulak nak ikutkan dia. berprinsiplah bro dan janganlah berjuang sekerat jalan. BN sedang berperang dan mengharapkan blogger saperti kamu. salah tu lari dari medan perang. kalau APA yang menjadi sebab kamu tutup blog, maknanya kamu belum cukup cekal. dalam perjuangan cyber apa pun boleh berlaku. setiap perkara yang dilakukan hendaklah ikhlas, maknanya kerana Allah dan tak payah harapkan balasan dalam apa jua bentuk sekali pun. setiap keikhlasa tu pasti ada ganjaranya kerana kiranya kalau kita percayakan Allah, Allah tak akan memungkiri kerana janjiNYA berbuat baik dibalas baik.............

Harapan Esok said...

bila plak aku nak stop ni..tu aku saikow orang yang kata nak stop blogging tapi tak stop2...

Anonymous said...

kalau gitu maaflah. mungkin saya sedikit beremosi. blog saudara yang selalu jugak lawati dan tak der masaalah pun. artikel yang menarik jugak. dengan itu saya rasa terkilanlah kalau benar saudara bertujuan menutup. maaf sekali lagi di bulan baik ini ke atas ketelanjuran kata. SELAMAT BERHARI RAYA

Harapan Esok said...

xde hal..aku tak amek hati pun..Selamatr Hari Raya juga utk saudara/i...

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA