networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Sunday, August 5, 2012

"Kalah Berjuang" tidak mengapa Lee Chong Wei...

Kekalahan Datuk Lee Chong Wei pasti membuatkan ramai rakyat Malaysia sedih dan hampa. Bagi aku, kita perlu akur dengan kehebatan Lin Dan. Lin Dan dan Lee Chong Wei sememangnya seteru yang sama padan dan sama hebat.

Siapa yang berjaya dalam mengatur taktikal dan teknik pasti akan menang. Biarpun fizikal Lin Dan nampak lebih gagah berbanding Datuk Lee Chong Wei tapi LCW telah membuktikan bahawa fizikal bukan penghalang untuk menyekat Lin Dan.

Kalah Berjuang..itu je komen aku...

Chong Wei menang set 1 - 21-15
Lin Dan menang set 2 dan 3 - 21-10 dan 21-19.

Masa tengok tadi Hasbullah Awang ada cakap seorang penonton terpaksa menghantar ibunya ke hospital..mesti mind set kita fikir ibu penontot tersebut darah tinggi atau sakit..cuba kita ubah fikiran mengatakan ibunya mungkin kerja di hospital dan penontot tersebut terpaksa melupakan seketika untuk hantar ibunya..

Baca berita penuh dibawah:

Lin Dan meraikan kejayaannya sebaik sahaja menumpaskan Datuk Lee Chong Wei

LONDON, 5 Ogos - Datuk Lee Chong Wei sekali lagi ditewaskan oleh musuh tradisinya Lin Dan (China) dalam penentuan pingat emas Olimpik London 2012.

Perlawanan yang dilangsungkan di Wembley Arena selama hampir 1 jam telah berlangsung sehingga set penentuan apabila Datuk Lee Chong Wei menumpaska Lin Dan pada set pertama (21-15) sebelum kecundang pada set kedua dan penentuan (10-21) dan (19-21).

Pada set pertama, Chong Wei beraksi dengan baik apabila berjaya melakukan pukulan-pukulan tepat yang tidak dapat dijangkau Lin Dan. Lin Dan yang banyak melakukan kesilapan memukul bola keluar gelanggang terpaksa akur dengan kekalahan 21-12.

Set kedua memihak kepada Lin Dan SELANJUTNYA

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA