networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Saturday, August 11, 2012

Kebenaran Yang Cuba Disembunyikan : Karya Ciptaan Pembangkang Di Media Arus Perdana..Bukti Kerajaan Tak Pilih Bulu..

Puak pembangkang sebelum ini memainkan sentimen bahawa mereka tidak langsung diberi peluang dan ruang untuk masuk ke dalam media arus perdana..

Mereka seringkali mengatakan arus perdana milik UMNO secara MUTLAK dan UMNO MengHARAMkan mereka masuk kedalam media arus perdana..apa yang mereka katakan ini hanyalah sentimen fitnah semata-mata mahu menunjukkan kerajaan sekarang ini sangat Zalim..

Sebenarnya tidak..mereka tidak sedar kerana mereka yang dalam golongan pembangkang ini sangat jumud pengetahuan semasa..apa tidaknya mereka lebih percaya ostad pas dan artis pas yang beranggapan mereka ini adalah membawa KEBENARAN secara HAKIKI..

Apa yang ostad dan artis PAS katakan adalah 100% betul dan harus dipercayai..jika tidak percaya maka mereka bukanlah pembangkang...walaupun perkara yang dikatakan itu salah tetapi mereka tetap percaya..

Berbalik kepada isu pembangkang yang kata mereka DIHARAMKAN masuk ke media arus perdana..sebenarya itu adalah pembohongan para munafik yang amat terbesar di Malaysia ini...

Sekarang kecoh kata ada 1 lagu raya dikatakan hasil karya seorang penyokong BERSIH..di Malaysia ni kalau mana-mana yang menyokong BERSIH memang sah penyokong PEMBANGKANG..ini kebenaran yang puak pembangkang cuba sembunyikan..

Jika benar apa yang dikatakan oleh pembangkang maka hasil karya nukilan ahlol tolol pembangkang pasti tidak akan masuk ke arus perdana...tetapi apa yang mereka katakan itu adalah dusta nestapa sahaja..

Iklan Raya bernas ini bukanlah hasil karya pembangkang yang pertama masuk ke media arus perdana...sebelum ini ada hasil karya puak pembangkang yang berjaya masuk arus perdana.malah dapat pengiktirafan dalam Anugerah Juara Lagu...





Iklan Raya direka puak pembangkang

Masihkah anda ingat lagu yang memenangi Anugerah Juara Lagu..artis Hafiz telah menyampaikan lagu bertajuk Awan Nano..aku tak maksudkan Hafiz itu sebagai puak pembangkang..tetapi anda mungkin tidak sedar bahawa individu yang menghasilkan ialah ahlol PKR iaitu Hasmi Hashim.. Dia sekarang ini memegang jawatan sebagai Ketua Cabang PKR di sebuah kawasan.





lirik lagu direka puak pembangkang

HE : Jika benar dakwaan pembangkang bahawa mereka tidak diiktiraf media arus perdana kenapa ada hasil karya mereka diiktiraf dan dimainkan di media arus Perdana...fikir-fikirkanlah

1 comment:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA