networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Tuesday, August 28, 2012

Saya sudah mendaftar peserta @TwtUpMerdeka @NajibRazak.Jom sertai saya #Merdeka55!!!

Selamat Hari #Merdeka55!!!

Sebentar tadi saya telah mengisi borang penyertaan di www.twtupmerdeka.blogspot.com.

Kemudian pihak pengurusan TwtUpMerdeka telah mengirimkan email kepada saya aturcara sepanjang program @TwtUpMerdeka #Merdeka55..

Disini saya ingin kongsikan satu kiriman email yang saya dapat.

Saya sudah mendaftar..anda bila lagi?

TAHNIAH ! Anda Telah Mendaftar Secara Online Sebagai Peserta Tweet Merdeka 2012 Di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 31 Ogos 2012.

PROGRAM TWEET MERDEKA INI BERLANGSUNG DI STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL sempena sambutan Hari Kemerdekaan Negara 2012 di mana tetamu kehormatnya ialah Dato' Sri Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia @NajibRazak.
Anda dikehendaki datang awal sepertimana butiran berikut:

Tarikh : 31 Ogos 2012
Masa : 2:00 ptg - 4:00 ptg
Tempat : Stadium Hoki Bukit Jalil

Di Stadium Hoki Bukit Jalil, semua peserta Tweet Merdeka akan berkumpul terlebih dahulu untuk bermesra dengan artis, agihan t-shirt, taklimat awal program dan membuat persiapan sebelum bergerak beramai-ramai ke Stadium Nasional Bukit Jalil pada jam 5.30 petang.

Di Stadium Nasional Bukit Jalil, para peserta Tweet Merdeka akan berkumpul untuk tujuan memecahkan dua rekod iaitu :

1) Rekod Perhimpunan Twitter Terbesar di Dunia
2) Rekod Tweet Paling Banyak Dalam Masa Sejam Menggunakan Hashtag #Merdeka55. Sasaran adalah 20,000 tweet dalam masa sejam.

Tweet Merdeka akan bermula pada jam 8.12 malam dengan pelancaran Tweet Merdeka selama sejam dilakukan oleh Dato Seri Utama Dr Rais Yatim. Pada jam 8.15-9.15 malam adalah diminta semua peserta Tweet Merdeka untuk bersama-sama tweet bagi mencapai sasaran 20,000 tweet selama sejam.

Apa yang perlu dibuat dan perlu ditaip oleh para peserta Tweet Merdeka selama sejam tersebut (8.15-9.15 malam, 31 Ogos 2012) adalah:

1) Tweet tentang patriotisme dan sayangkan negara
2) Tweet tentang kemerdekaan negara
3) Tweet tentang kemakmuran dan keamanan negara ini
4) Tweet tentang Hari Raya dan Kemerdekaan
5) Tweet dengan mengambil gambar suasana di stadium
6) Tweet dengan mengambil video suasana di stadium
7) Dalam setiap tweet yang dilakukan perlulah ditulis bersama #Merdeka55 dan @NajibRazak

Anda semua akan menjadi sebahagian daripada rakyat Malaysia yang bertuah untuk mencipta sejarah baru pada 31 Ogos 2012 nanti. Sumbangan anda ini kepada negara adalah amat dihargai.

Oh ya sebelum terlupa, anda juga layak untuk mendapat beberapa hadiah bertuah yang telah disediakan nanti. Sebuah kereta Proton Preve menanti untuk dimenangi pengunjung yang bertuah pada malam tersebut.Jumpa di sana!

Terima kasih.

The TwtUpMerdeka Team

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA