networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Saturday, August 11, 2012

Sorang Laki Taruh Nyawa Jalan Atas Kabel..

Betul kata pepatah orang Putih akan mati kalau tak lakukan sesuatu yang baru yang belum dilakukan orang lain..kali ini aku nak kongsi satu cerita yang mana seorang bernama Nik Wallenda (Pelagak ngeri) sanggup nak gadaikan nyawa buat aksi yang bagi aku Bud**...

tapi tak apalah...dia lakukan itu semua untuk dirinya dan kepuasan diri dia..kalau jatuh pun tak susahkan orang lain..

itu bezanya orang putih dengan kita di Malaysia...di Malaysia ramai juga yang nak buat benda baru untuk tarik perhatian ramai...benda ni kebanyakannya dilakukan oleh puak pembangkang...hina bendera Malaysia...Hina Kejayaan orang lain..iri hati kejayaan orang lain...terkini nak MERDEKA sendiri dan tak nak campur kemerdekaan negara...bagi mereka merdeka sendiri tu lebih baik...tulah namanya syok sendiri...baru pegang negeri dah xnak campur urusan kemerdekaan Negara...bengong...jom baca cerita di bawah 



BANDAR ATLANTIC, New Jersey - Seorang pelagak ngeri, Nik Wallenda berjalan di atas kabel sepanjang 396 meter dan setinggi 30 meter di sebuah pantai di sini kelmarin.

Wallenda yang berusia 33 tahun melakukan aksi tersebut tanpa menggunakan peralatan abah-abah keselamatan.

Seorang guru, Norren Saggese yang tinggal di Resort Tropicana dan Kasino di sini berkata: "Dia melakukannya tanpa jaring dan abah-abah keselamatan".

Seramai 150,000 orang menyaksikan pertunjukan pelagak ngeri itu.

"Nik," jerit pengunjung yang berada di pantai tersebut. Turut kelihatan sebuah helikopter berlegar-legar untuk merakamkan aksi Wallenda.

Selepas selesai melakukan pertunjukan itu, Wallenda berkata, "terdapat pasir di atas kabel menyebabkan kakinya terasa licin".

Dia merupakan keturunan keluarga pelagak ngeri yang terkenal selama dua dekad di Amerika Syarikat (AS).

Pada 15 Jun lalu, Wallenda berjalan di atas kabel di Air Terjun Niagra yang terletak di sempadan AS dengan Kanada. 

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA