networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Thursday, August 2, 2012

Tak perlu minta rakyat 'membalas budi' - KJ


"Syukur kepada Allah bukan pemimpin. Pemimpin yang baik akan terus diberi amanah oleh rakyat. Tak perlu minta rakyat 'membalas budi'."

itulah luahan rasa KJ yang mungkin tidak selesa dengan lagu tema kemerdekaan yang meminta rakyat membalas budi yang mana telah menulis "Kini masa balas budi"

tapi bagi aku membalas budi ni satu nilai yang subjektif. Kita mungkin telah dipengaruhi dengan agenda syaitan pembangkang yang mana Kerajaan BN meminta rakyat mengundi mereka di dalam lirik lagu kemerdekaan ke-55...

Puas aku menghayati lagu ini..tak ada satu pun lagu ini hasut rakyat Undi Barisan Nasional untuk PILIHAN RAYA...ada ker??kalau ada buktikan pada aku?kikiki....

Membalas Budi mungkin maksud lirik lagu ni suruh kita berterima kasih dan menghargai pemberian kerajaan pemerintah...itu pendapat aku...tapi memang serius aku cakap tak ada satu pun ayat UNDI BARISAN NASIONAL...malah tak ada sebutpun ejaan BARISAN NASIONAL..kenapa pula kita nak takut...

Salah ke Balas BUDI?kalau kawan kita buat baik dengan kita...kebetulan satu hari dia susah..takkan kita tak tolong...sebab itulah kita perlu balas budi..aku yakin korang pun diajar untuk membalas budi mak bapak korang yang banyak berjasa kepada korang...

tak ada pun mak bapak ajar anak mereka jangan balas budi orang lain..malah pijak je orang yang berbudi dengan kita...cara balas budi tu macam mana??tu terpulanglah kepada korang nak balas macam mana..kalau mak bapak korang dah tak ada lagi..doakanlah kesejahteraan mereka..itu pun salah satu cara membalas budi..betul tak??

jom kita lihat lirik lagu ni yang pembangkang kata BN hasut rakyat UNDI BN dalam PRU 13 ni..ni masalah besar ni...kahkahkah...

Macam malam ikut siang
Macam bulan ikut matahari
1Malaysia terus berjuang
Janji Kita ditepati

Kata Kita dikota
Janji Kita ditepati
Hidup Rakyat Dibela
Masa Depan Diberkati
Janji sudah ditepati
Kini masa balas budi

(Chorus)
Janji siapa? Janji kita
Janji apa? Janji 1Malaysia
Janji siapa? Janji kita
Janji apa? Janji 1Malaysia

Ini janji kita BR1M 1Malaysia
Ini janji 1Malaysia
TR1M 1Malaysia
Kata kita dikota
Kini 1Malaysia
Janji kita ditepati
Kedai 1Malaysia

Serius akau cakap lagu ni memang sesuai didengar..sebabnya ia mengingatkan kita supaya berterima kasih dan menghargai pemberian orang lain..dalam erti kata lain kita harus membalas budi..mungkin juga suruh kita hargai KR1M, TR1M, BR1M, dll...

betul tak aku kata?walaupun aku setuju lirik lagu ni tapi aku tetap berpendirian ianya tidak sesuai dimainkan sempena bulan kemerdekaan..sebabnya, dalam lagu merdeka harus letakkan semangat perpaduan dan bukannya cerita apa yang sudah kerajaan pemerintah beri...

Jadi aku rasa lagu tu perlu ditukar yang baru..dan kita harus reka satu lagi lagu seperti lagu ini dalam versi kontra...kalau lagu ni tajuknya janji ditepati..maka kontranya janji dimungkiri..jom layan


HE : Pendirian aku tegas bahawa lagu ni tak sesuai untuk kempen kemerdekaa..tetapi kalau untuk kempen JANJI DITEPATI memang aku setuju habis2an...

2 comments:

Generasi Siswa Online said...

ape lg.lu tibai lah abg lu 1Peluru dengan YY.haha!

Baka Tok Ayah said...

Rakyat memangkah Ahli2 politik ketika pilihanraya bukan untuk "membalas budi" kepada pihak kerajaan..

Sebaliknya rakyat memangkah Ahli2 politik ini untuk bekerja untuk mereka..rakyat dah bayar gaji setiap bulan kepada Ahli2 politik ini so apa kejadahnya rakyat harus "bayar budi" balik? so budi rakyat yang memangkah ahli2 politik ni macamana pulak?

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA