networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Tuesday, September 18, 2012

BN tak pernah halang umat Islam tunai haji


Alhamdulillah..musim haji datang kembali..di sini aku hendak ucapkan semua jemaah haji selamat pergi dan selamat pulang..tetapkan misi mahu dapatkan haji mabrur...pergilah haji...jika diberi pilihan memilih haji atau pilihan raya..harap tunaikan haji jadi keutamaan daripada PRU...

BN tak pernah halang umat Islam Malaysia tunai haji..jangan ikut fahaman parti politik di bawah ini..menuduh membuta tuli...

Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, PAS menjangka PRU-13 bakal berlangsung semasa musim haji iaitu selepas bulan Ramadan, antara September hingga Oktober. 
Katanya, penangguhan ibadah haji itu dianggap wajar kerana PAS memerlukan jentera parti untuk melaksanakan gerak kerja semasa pilihan raya nanti. 
“Inilah masalah yang dihadapi negara kita berhubung tarikh pilihan raya menyebabkan rakyat susah untuk membuat perancangan. 
“Kalau ikut pemantauan kita, memang dijangkakan pilihan raya bakal diadakan pada musim haji tahun ini iaitu jemaah haji bertolak ke Makkah. 
“Kalau berlaku demikian, kita minta ahli PAS yang terlibat secara langsung dalam pilihan raya sama ada sebagai calon atau wakil calon atau agen parti untuk menangguh ibadah haji ke tahun hadapan,” katanya. 
Tuan Ibrahim juga berkata, jika pilihanraya diadakan pada musim haji ia akan mendatangkan kesukaran bagi pengundi yang dipilih untuk pergi ke Makkah. 
“Kita melahirkan rasa dukacita terhadap perkara ini. Takkan kita nak salahkan orang ramai untuk menunaikan ibadah haji? Kerajaan sepatutnya lebih awal tetapkan tarikh, supaya tidak mengganggu perkara-perkara lain,” ujarnya. 
Timbalan Pengerusi DAP Kepong, Dr Tan Seng Giaw juga tidak setuju PRU-13 diadakan pada musim haji kerana ia mengganggu urusan ibadah umat Islam. 
“Umat Islam sibuk dengan kegiatan agama pada musim haji, janganlah ditambah lagi dengan masalah PRU. 
“Walaupun tempoh berkempen adalah selama dua minggu, tetapi kita perlu lakukan persiapan sebulan lebih awal. 
“Kerajaan perlu fikir masak-masak sebelum umumkan tarikh PRU-13. Tidak pernah PRU diadakan pada musim haji ataupun bulan Ramadan. Saya berharap kali ini pun tiada. Kita perlu beri peluang kepada umat Islam untuk laksanakan kewajipan mereka,” ujarnya. 
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam kenyataannya semalam mendakwa Umno-BN menafikan hak sebahagian besar rakyat jika mengadakan PRU-13 pada musim haji tahun ini. 
“Hanya segelintir umat Islam yang dapat membezakan diantara wajib mudayyak yang tidak boleh ditangguh dan wajib muwassaa yang boleh ditangguh. 
“Umno yang memisahkan politik daripada agama tidak peduli kepada musim haji yang menafikan hak sebahagian besar rakyat, kerana kaedahnya wajib menang dengan apa cara sekali pun.”


1 comment:

Anonymous said...

Penulisan anda betul memang BN tak halang org menunaikan Haji tapi pernahkah anda dengar tentang kepentingan maslahat serta mudharat besar dan kecil.
Katakanlah org Islam di Malaysia lebih 50% semua boleh menunaikan haji pada waktu pilihanraya, tahu tak apa kesannya kepada? Sudah tentu mudharatnya amat besar sbb org bukan Islam yg akan menang dan bakal menentukan undang 2 negara. Adakah Cuma orang Pas sahaja yang menunaikan Haji? Tidak bukan? Jadi, baik Umno baik Pas, parti masing2 kena alert dan WAJIB utk mengingatkan ahli agar menangguhkan urusan Haji mereka disebabkan ada perkara yg lebih penting dan besar mudharatnya kepada Islam jika ianya tidak ditangani. Rasullullah juga pernah menangguhkan Haji tahun ke-10 Hijrah dan menangguhkan kpd tahun berikutnya.

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA