networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Sunday, September 23, 2012

#ProMUPSI Kantol Cubaan Menipu Pelajar Tiada Manifesto!! Mereka CUAI!!!

Landskap pilihanraya kampus UPSI pada kali ini agak melucukan apabila kumpulan Pro Mahasiswa yang diberi gelaran Mahasiswa Pendidik tidak berpuas hati kerana 6 calon mereka dibatalkan bertanding..puncanya hanya tidak menulis MANIFESTO di borang penamaan calon..ini membuktikan bahawa mereka tidak bersedia menghadapi pilihan raya kampus kerana tidak tahu MANIFESTO yang akan diperjuangkan..

Mereka mempertikaikan bahawa mereka dahulu tidak menulis MANIFESTO tetapi layak untuk bertanding..patutlah kita lihat bahawa calon pro m ini tidak berkaliberl sejak dari dulu lagi..manifesto pun tak tahu..inikan pula hendak memimpin..

Tindakan mereka ini ibarat pemimpin yang tiada wawasan..ingin merebut kuasa tetapi tiada hala tuju..baca pendedahan lanjut dibawah ini yang dipetik daripada blog DAILY UPSI...



TANJONG MALIM, 22 September - Enam mahasiswa pro-M yang dibatalkan pencalonan mereka semalam bertindak membuat laporan polis berhubung pembatalan borang pencalonan mereka semalam dengan mendakwa wujud penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa oleh pihak HEP ke atas mereka.

Menurut laporan blog UPSIkini, selain wujudnya penyelewengan dan salah guna kuasa oleh pihak HEP. Kumpulan 'Pro-Aspirasi Mahasiswa' turut ketandusan calon kerana rata-rata daripada calonnya terdiri dari pelajar diploma.

Pihak UPSIdaily cuba mendapatkan pengesahan di atas dakwaan yang ditimbulkan oleh Mohd Shukri dari Fakulti Sains Kemanusiaan dan lima calon pro-M yang lain kononnya tindakan membatalkan pencalonan mereka adalah salah dari sudut Peraturan-Peraturan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Tahun 2012 merupakan satu hujah yang tidak tepat.

Hasil semakan peraturan pemilihan yang dibuat oleh pihak UPSIDaily, jelas tertera di bawah Peraturan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Tahun 2012 perkara 18 (6) yang mengatakan :


  • Borang Penamaan calon yang tidak diisi dengan lengkap dan betul adalah TIDAK SAH.
Ini bermakna setiap calon yang ingin bertanding dalam Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar untuk Tahun 2012 wajib mengisi setiap ruang termasuk ruangan manifesto. Perkara ini jelas berbeza dengan borang pencalonan untuk sesi 2011 yang mana dalam ruangan manifesto pihak pentadbiran UPSI tidak mewajibkan bahagian tersebut diisi dan diletakkan dengan perkataan (JIKA ADA).

Muhamad Zafri Bin Zabidin,
Calon Fakulti Pengurusandan Ekonomi
Seorang pelajar Muhammad Zafri Zabidin dari Fakulti Pengurusan Ekonomi berkata, "mereka pada awalnya tidak berniat untuk membuat bantahan ke atas calon Pro-M, sebaliknya bantahan dimulakan selepas mereka melihat calon Pro-M mula mengambil borang bantahan, dari sinilah kami bertindak-balas dengan mengemukakan bantahan ke atas calon-calon mereka yang tidak melengkapkan borang penamaan di ruangan manifesto."

"Mereka menuduh pihak HEP sengaja membatalkan pencalonan mereka dan wujud unsur penyelewengan, jika begitu bolehkah saya pula menuduh pihak HEP juga terlibat dalam membantu calon Pro-M iaitu Wan Nur Atiqah yang memenangi kerusi Fakulti Sains dan Matematik selepas calon kami gagal mengemukakan bantahan kerana pada waktu tersebut beliau berada dalam kelas?".

"Dengan bertindak membuat laporan polis tanpa meneliti perkara 18 peraturan pemilihan, menunjukkan kepada mahasiswa UPSI yang lain bahawa pelajar pro-M terlalu naif dari segi perundangan, kerana gagal membaca dan membezakan di antara borang penamaan tahun 2011 dan 2012". tambahnya lagi.

*SELANJUTNYA DI SINI

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA