networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Wednesday, October 3, 2012

Biar Gambar Bicara Sendiri : Ponteng sekolah untuk sertai himpunan Royalti?


Gambar ini telah dikirimkan kepada email harapanesok@gmail.com..aku pada mulanya malas nak layan gambar ini tetapi bila diamati betul-betul..

Aku jadi sayu..sanggup ibu bapa membiarkan anak-anak mereka terlibat dengan perhimpunan menuntut royalti...

Tuntutan itu dengar kata mahkamah persekutuan telah meluluskan rayuan mereka..itu tolak ketepi..

Persoalannya kenapa anak-anak kecil ini perlu dilibatkan sama...apa alasan mereka untuk ponteng dari sekolah atau ibu bapa mereka sendiri yang mendidik anak mereka supaya ponteng sekolah..


Jika ia pun mahu memperjuangkan hak kenapa hanya tak sampai 300 orang sahaja dari 1.8 juta rakyat kelantan yang hadir dihadapan Palace of Justice tadi...

Setakat ini mereka kata jika dapat tuntutan itu makanya mereka akan dapat lebih kurang 10 billion ringgit dan boleh memajukan kelantan..mungkin boleh menyiapkan projek lebuh raya rakyat..dan mungkin juga kita dapat lihat keretapi JET di sana..

Apa pun bagi aku ini tidak lain tidak bukan hanyalah polemik politik PAS untuk meraih simpati rakyat untuk mengundi mereka pada PRU 13 ini...jika hendak maju tak payah tunggu royalti pun boleh maju..

negeri Melaka contohnya tak ada pula dengar tuntut royalti tapi mereka hidup maju..



Jika kita mahukan kemajuan dengan apa sahaja cara pun boleh maju..di Melaka sektor ekonominya didorong oleh bidang pelancongan tetapi di Kelantan mereka memberi alasan tidak maju kerana BN tak bg royalti...fikir-fikirkanlah...andaikata dapat royalti ini apakah alasan lain mereka untuk mencari alasan Kelantan tidak maju?

HE : Pemimpin yang baik akan beri sumbangan bukannya alasan kepada rakyat...

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA