networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Tuesday, October 23, 2012

Farid Kamil Hadir Temuduga Sukarelawan Polis




Pelakon dan Pengarah filem tempatan Farid Kamil dikhabarkan telah menghadiri satu temuduga kemasukan menjadi Pasukan Sukarelawan Polis (PVR) di IPD Shah Alam.

Kehadirannya untuk mengikuti temuduga bukan kerana populariti tetapi atas kesedaran untuk membantu rakyat menangani masalah jenayah..

Mantaplah Farid..lepas ni boleh bantu pihak polis mengatasi masalah jenayah contohnya penagih ganja..huhuhu
"Saya rasa dengan menyertai PVR ini kita dapat bersama-sama membantu polis menangani masalah jenayah dan menjaga keamanan negara," ujarnya ketika ditemui selepas menghadiri sesi temu duga di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam. 
Dalam pada itu, Farid memberitahu kesedaran untuk berkhidmat sebagai PVR timbul selepas dia terbaca mengenai nisbah tidak seimbang 111,000 polis mengawal keselamatan 28 juta penduduk di negara ini. 
Kata Farid, pembabitannya dalam PVR juga diharap akan menjadi contoh kepada golongan belia untuk bekerjasama dengan pihak keselamatan dan tidak hanya meletakkan tanggungjawab mencegah jenayah di bahu polis semata-mata. 
"Saya juga mengetahui mengenai PVR ini ketika bekerjasama dengan polis bagi menjayakan filem terbaru arahan saya iaitu PER3 dan sejak itu saya mula mempunyai kenalan dari kalangan anggota polis yang turut mencadangkan saya untuk menyertai PVR," jelasnya. 
Sementara itu, Farid memberitahu dia akan menempuh latihan lasak di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur dengan penuh semangat, selain sabar dan berani menghadapi pelbagai risiko dalam apa juga keadaan. -mstar
HE : aku harap lebih ramai lagi artis masuk polis sukarelawan..tahniah!!!

3 comments:

sukakartun said...

Cayalah farid kamil..

bhar zul said...

Tahniah Farid..harap lebih ramai yang akan menyertai PVR.

Anonymous said...

Cayalah farid...sy pon berminat hendak menyertai PVR...bile lg jawatan kosong ni di buka??

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA