networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Wednesday, October 17, 2012

Graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Akan Temuduga November Ini..Muhyiddin mesti tahu!!!


Graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) yang telah menamatkan pengajian awal tahun ini akan menduduki temuduga perlantikan guru pada November ini. Kenyataan ini dimaklumkan oleh wakil badan bertindak Gabungan Graduan ISMP (GGIM).

Pengesahan itu telah dibuat oleh Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia yang mana mengakui bahawa bulan November ini graduan ISMP akan ditemuduga..mereka juga ada bukti rakaman perbualan antara wakil GGIM dan Wee Ka siong..

Sumber wakil Badan Bertindak GGIM :
Timb Menteri KPM beri JAMINAN November IV untuk ISMP. kalaulah anda boleh dengar sendiri dr wee ka siong ckp, itu lebih bagus,...... (wakil ada record, sebagai bukti dan jika dapat keizinan kita boleh bg semua dengar)

Apa yang dikesalkan sebelum ini, Muhyiddin ada mengatakan di Twitternya akan memberi jaminan posting kepada Graduan ISMP..apabila pengumuman dibuat...sepatah haram langsung tiada sebut graduan ISMP...

Apabila pengumuman dibuat, dia kata 2,960 dikesan telah menamatkan pengajian sebelum 1 Julai 2012. Pengumuman tersebut sebenarnya adalah temberang semata-mata dan tidak tepat kerana ada graduan ISMP yang menamatkan sebelum 1 Julai 2012 sejumlah 2,8++ tidak termasuk dalam pengumuman yang dibuat oleh Muhyiddin...

Inilah padahnya bila TPM memegang jawatan Menteri Pelajaran..Menteri Pelajaran antara kementerian yang sangat berat untuk dipikul...sepatutnya Muhyidin tidak layak memegang jawatan tersebut memandangkan bidang tugasnya sebagai TPM sudah berat...

Aku dimaklumkan ada graduan yang meghubungi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) dan KPM tetapi mereka sendiri tidak mengtahui status mengenai penempatan graduan ISMP..

Seperti ada yang tidak kena dengan KPM dan SPP apabila staf mereka sendiri tidak mampu menjawab soalan-soalan rutin iaitu:
1) Bila Tarikh permohonan di SPP?
2) Bila Tarikh Interview?
3) Bila tarikh Posting?

Jika KPM dan SPP mempunyai kakitangan seperti ini lebih elok diberhentikan sahaja kerja kerana mereka sendiri tidak mampu menjawab soalan-soalan biasa..yang mereka jawab hanyalah "Kami tidak mendapat maklumat lagi", "Tunggu keputusan meyuarat", "Bersabar..kami sedang uruskan"...

yang hairannya selepas Muhyidin keluarkan kenyataan media, masih ada kakitangan di SPP dan KPM tidak mengetahui kenyataan media tersebut...apa ni?

Adakah Muhyidin sedar bahawa kakitangan di KPM dan SPP seperti ini..atau Muhyiddin sendiri gagal menyelesaikan masalah ini dengan sebaik-baiknya...

Aku difahamkan baru-baru ini Muhyiddin ada mengumumkan bahawa pelajar 9A SPM akan diberi keutamaan untuk menjadi guru mengikut kapasiti yang ditetapkan..malah seramai 50 orang Guru dari USA telah mengajar di negara ini..dan dijangka 25 orang lagi akan menyusul tahun hadapan...

Inilah padahnya bila pak menteri gila nama tetapi anak bangsa terabai...selesaikan dulu graduan ISMP menganggur ni..bukan buat-buat tak tahu...sebelum jemput tetamu pastikan anak bini dijaga baik...budak-budak ni hanya mahu tarikh tetap bukan memandai buat pengumuman yang level tong kosong..berbunyi tapi tak ada isi...

HE : nantikan pendedahan rakaman perbualan Wee Ka Siong mengenai panggilan temuduga ISMP pada November ini...gua bagi dia masa dulu sampai November!!!

1 comment:

Hairi said...

betul tu.Isteri saya telah menamatkan pengajian di UPSI dalam bidang pendidikan pada Januari lepas. Dia konvo pada bulan 5 tetapi sehingga hari ini pihak SPP dan KPM tidak memberi info status penempatan dia.

saya penyokong kerajaan dan berkhidmat sebuah sekolah menengah di Melaka. apa yang saya nampak sekarang ini KPM perlu selesaikan isu-isu penempatan ini sebelum membuka peluang kepada guru dari luar negara

Banyak kelemahan sebenarnya berlaku dalam kementerian pendidikan perlu ditangani segera.

Pengumuman yang dikeluarkan Menteri Pelajaran tempoh hari tidak menyatakan status isteri saya dan rakan-rakan mereka bidang ISMP.

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA