networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Saturday, October 6, 2012

PANAS!!!Kenyataan Mursyidul Am TIBAI Terhadap Masalah Dalaman Pembangkang!!!


AMPANG, 5 Oktober - Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) 'Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim' (TIBAI), menganjurkan satu ceramah penerangan isu-isu semasa melibatkan parti Pakatan Rakyat diperkarangan Dewan orang ramai Pangsapuri PKNS Taman Dagang malam tadi.


Ceramah penerangan itu telah disampaikan oleh beberapa pemimpin yang pernah mengasaskan parti Keadilan seperti, Zahid Mat Arip, Ng Lum Yong, Azwandin Hamzah dan Ghani Harun yang turut disaksikan sekitar 250 orang masayarakat setempat.

Mursyidul Am TIBAI, Zahid Mat Arip dalam ucapannya berkata "Kabinet bayangan Pakatan Rakyat yang baru diumumkan hari ini di UTUSAN membuktikan bahawa Anwar Ibrahim benar-benar mahu menjadi Perdana Menteri. Dahulu dia dengan lantang mengutuk UMNO sebagai parti kroni dan nepotisme tetapi sekarang ini dia pula mengamalkan budaya anak beranak. Isterinya Wan Azizah dikhabarkan memegang kuasa Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan anak kesayangannya Nurul Izzah pula sebagai Menteri Wilayah dan Persekutuan."

Mengulas mengenai kabinet bayangan tersebut, beliau turut berkata bahawa kabinet bayangan pembangkang telah meminggirkan masyarakat India di Malaysia, "Karpal Singh perlu menjadi Timbalan Perdana Menteri III untuk menegakkan keadilan mengikut bangsa utama di Malaysia."

Ketika berkata mengenai dana asing Soros, Zahid menjelaskan bahawa "Kononnya Anwar tidak mengaku dan marah jika dia dikaitakn dengan Soros, dia sangat hipokrasi tidak mahu dikaitkan dengan Yahudi Israel tetapi menyeru keamanan bagi Yahudi."

Dalam perkembangan yang sama, Bekas ketua AMK Kelantan, Wan Khairul Ihsan Wan Mohamad berkata dalam ceramahnya "Kelantan dibawah tadbiran PAS boleh diibaratkan Kelantan sebagai negeri Batu Asas. Pentadbiran Kelantan sangat pandai berjanji tetapi banyak yang tidak tertunai. Tahun 2000, satu batu asas untuk pembinaan jambatan telah didirikan. Sehingga sekarang, jambatan tidak nampak batu asas pula hendak roboh".

Selanjutnya di Putrajaya Online

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA