networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Tuesday, October 2, 2012

PAS Pertikai BONUS sebulan setengah Ba-JET 2013..



Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sekali lagi tanpil dengan mempertikaikan Ba-JET 2013 yang diumumkan oleh PM DS Najib Razak yang mana telah mengumumkan pemberian bonus sebanyak 1 bulan setengah kelmarin.

Dia cuba pertikaikan kenapa Najib umumkan bonus bagi ba-JET 2013 sebanyak 1 bulan setengah sedangkan setengah bulan gaji telah diberikan pada musim perayaan yang lalu. Dia seolah-olah tidak merelakan bonus yang diberikan kerana tidak puas hati dari mana wang yang diperolehi untuk diberikan kepada rakyat.

Sudah menjadi resmi puak cacai akan mempertikaikan segala pemberian kerajaan BN. Mungkin ada yang tidak tahu bahawa kerajaan pembangkang juga ada mengumumkan bonus kepada kakitangannya pada raya yang lalu. Contohnya di Selangor, dikhabarkan kakitangan kerajaan negeri itu telah mendapat bonus ssetengah bulan gaji yang mana kerajaan negeri memperuntukan sebanyak RM 20 Juta untuk pembayaran bonus tersebut.


Persoalannya, dari mana datangnya RM 20 juta untuk memberi bonus tersebut, adakah telah dimasukkan kedalam ba-JET kerajaan negeri pada tahun lalu? pernahkan Tuan Brahim mempertikaikan darimana datangnya dana tersebut?


Tidak adakah yang ingin mempersoalkan kenapa Kerajaan negeri mampu membayar bonus sedangkan anggaran 100 orang pekerja Jana Niaga Sdn. Bhd. sebuah syarikat kontraktor yang menjalankan kerja-kerja di Unisel tidak mendapat gaji?

Tuan Brahim sebelum ini pernah mencetuskan polemik negara apabila mengumumkan bahawa jentera PAS tidak dibenarkan pergi haji atas dakwaannya bahawa PRU dijangkakan pada musim haji..sehingga hari ini, tidak ada tanda-tanda akan berlangsungnya PRU pada musim haji. Di sini kita dapat lihat bagaimana mereka cuba sedaya upaya menerapkan kebencian kononnya kerajaan BN amat Zalim dan kejam sehingga sanggup memperlekehkan ibadah rukum islam kelima itu.

HE : ada saja tak puas hati puak cacai ni..bagi bonus kt rakyat dikatakan gula-gula..bila tak bagi meroyan...ba-JET Pakatan tu dananya datang dari mana??habak mai....

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA