networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Thursday, October 4, 2012

Seperti Ada yang tidak kena dengan NC UKM dan Rektor UIA...

Dari kiri : Naib Canselor UKM Prof. Tan Sri Dato' Wira Dr. Sharifah Hapsah &
Rektor UIAM Prof. Datuk Dr. Zaleha Kamaruddin
Pilihanraya kampus untuk memilih Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sessi 2012/2013 telah selesai dijalankan di 20 IPTA yang mana kampus UIA yang mengadakan pengundian semula semalam telah dimenangi oleh Pro-M atau pelajar pro-pembangkang.

Kegagalan Pro-AM untuk menafikan penguasaan pelajar pro-pembangkang di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sememangnya sudah dijangkakan oleh pemerhati.

Sungguh aneh kerana mandat terus diberikan kepada kumpulan pelajar pro-pembangkang yang terbukti gagal melaksanakan tugas mereka sebagai MPP sessi yang lepas terus dipilih untuk menerajui kepimpinan dua kampus besar oleh penuntut di sana.

Sudah tiada pilihan lainkah penuntut-penuntut kampus tersebut?

Jika mengikut logik apabila terdapat kumpulan pelajar yang membawa perjuangan parti pembangkang di UKM dan UIAM ini bermakna Naib Canselor UKM, Rektor UIAM, Timbalan Rektor UIAM, TNC HEP serta TNC Akademik gagal mendekati penuntut dan memberi pemahaman mengenai gagasan 1Malaysia dan agenda tranformasi yang diilhamkan oleh DS Najib Tun Razak.

Kegagalan Pro-AM di UKM dan UIAM menggambarkan kepada masyarakat mengenai sikap tidak peduli Naib Canselor UKM dan Rektor UIAM dan timbalannya terhadap persekitaran politik kampus, malah mereka juga tidak peka dengan denyut nadi mahasiswa serta pensyarah-pensyarah di sana.

Tindakan Naib Canselor UKM dan Rektor di UIA membuktikan bahawa penerangan secara jelas mengenai dasar-dasar kerajaan tidak dijalankan dengan sempurna.

Sehinggakan pentadbiran universiti gagal melahirkan pemimpin pelajar yang baru dan beridealisme yang mempunyai perjuangan sendiri dalam membawa aspirasi atau suara sebenar penuntut IPT.

Kejadian yang berlaku di UKM di mana 7 kerusi dikatakan dimenangi tanpa bertanding oleh pelajar pro-pembangkang adalah asas kukuh bagi membuktikan kegagalan Naib Canselor UKM dalam melahirkan pemimpin pelajar yang mempunyai keberanian, pemimpin pelajar yang bertanggungjawab dalam memikul setiap amanah yang disandarkan.

Kesedaran-kesedaran berbentuk kepimpinan ini prosesnya harus diambil tempat di universiti, yang mana ianya merupakan langkah dalam melahirkan pemimpin masa hadapan dalam pelbagai bidang termasuk profesional.

Jika Naib Canselor UKM iaitu Prof. Tan Sri Dato' Wira Dr. Sharifah Hapsah dan Rektor UIAM Prof. Datuk Dr. Zaleha Kamaruddin beserta TNC HEP & TNC Akademik menjalankan tugas mereka mendekati pelajar, nescaya pelajar pro-pembangkang tidak akan mampu menjalankan gerakan membawa suara parti pembangkang ke dalam kampus.

Gantikan Naib Canselor UKM & Rektor UIAM

Kegagalan ini tidak boleh dibiarkan, sewajarnya Perdana Menteri DS Najib Tun Razak menggantikan Naib Canselor UKM, Rektor UIAM, TNC HEP serta TNC Akademik dari kedua-dua kampus ini dengan mereka yang lebih faham tentang agenda transformasi kerajaan. selanjutnya

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA