networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Wednesday, October 17, 2012

Tahniah SUPER FAKRI!!!gua dengar ada Orang nak bogel depan Plaza Low Yat...buatlah!!!


Tahniah buat pasukan kebangsaan yang berjaya menjinakkan Hong Kong dalam perlawanan malam tadi. Malaysia berjaya menundukkan Hong Kong dengan jaringan 3 gol berbalas 0..

Gol tersebut dijaringkan oleh Safee sali, Safiq Rahim & Fakri Saarani..

Kehebatan Safee Sali dan Safiq Rahim sering menjadi buah mulut rakyat Malaysia...tetapi bila bercakap nama Fakri Saarani pasti ramai yang tidak percaya dengan kewibawaannya..pemain ini sering dikutuk dengan aksinya yang kurang konsisten dan tahap kawalan emosi di dalam padang amat rendah..

Perlawanan malam tadi telah membuktikan bahawa Fakri Saarani juga merupakan salah seorang Super yang boleh digelar Super Fakri...ini fakta!!

Safee Sali memerlukan 59 minit untuk Score.. Fakri Saarani hanya Perlu 4 minit untuk menjaringkan gol..

Perlawanan malam tadi juga kita dihebohkan dengan kebodohan admin fan page Sukan Tak Staq yang sanggup bogel depan Plaza Low Yat jika Super Fakri menjaringkan gol...so sekarang abang Man boleh tunaikan janjinya...


Agak mustahil bagi admin Sukan Tak Staq untuk berbogel lantas dia mendakwa gol jaringan Super Fakri adalah jaringan sendiri oleh Penjaga Gol Hong Kong...apa pun dia spin...adalah mustahil untuk admin bingai tu nak bogel..

Kes ni sama macam Johari Pain yang kononnya nak potong Anu jika Pandalela mendapat pingat pada temasya Olimpik yang lepas..


HE : macam2 hal rakyat Malaysia ni..nak cepat popular buat sahaja benda bodoh...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA