networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Monday, October 15, 2012

Umat Islam PAS 'Tunduk' Kepada Teresa Kok..Kenapa?


Umat Islam yang berada di dalam 'PAS' semacam membiarkan sahaja apa yang pernah dilakukan oleh Teresa Kok walaupun dia mengganggu sensitiviti Melayu Islam di Malaysia. 

Dahulu kalau anda masih ingat, dia tidak selesa dengan tulisan Jawi yang digunakan di papan tanda jalan lantas mendesak kerajaan negeri mengharamkan tulisan Jawi di papan tanda. Ini semua dilakukan kerana dia mendakwa tulisan jawi tidak difahami oleh masyarakat Malaysia. Dia yang sebelum ini membantah penggunaan tulisan jawi di papan tanda telah mencadangkan agar tulisan cina dan india sebagai penganti.

Bukan itu sahaja, Teresa Kok juga suatu ketika dahulu pernah mengeluarkan arahan supaya memperlahankan suara Azan di Selangor. Dia mendakwa bahawa seruan azan yang terlalu kuat sangat bingit dan menganggu penduduk bukan Islam. 

Ketika dia ditahan dibawah Akta Hasutan, dia sekali lagi cuba mencetuskan huru-hara bahawa kerajaan bertindak kejam dengan mendakwa memberinya makanan anjing. 

Malah, YAB PM turut menjadi mangsa keadaan apabila, Teresa memfitnah PM bahawa PM telah mengeluarkan arahan tidak mempamerkan lambang SALIB dan tidak memainkan lagu keagamaan Kristian sewaktu majlis sambutan hari Krismas 25 Disember 2010. 

Tujuannya hanya satu iaitu ingin memporak perandakan institusi keagamaan yang mana cuba mewujudkan sentimen kurang senang penganut agama Kristian terhadap penganut agama Islam.

Teresa mendakwa bahawa kononnya YAB PM menghalang mempamerkan lambang Salib dan memainkan lagu keagamaan adalah satu tindakan PM prejudis terhadap kehormatan agama lain di Malaysia. Inilah fitnah maha jahat yang dilakukan Teresa, dia yang sebenarnya tidak menghormati Agama lain cuba menghapuskan Tulisan Jawi dan menyarankan agar Suara Azan diperlahankan, DS Najib pula dituduh kononnya tidak membenarkan lambang salib dan lagu keagamaan Kristian dimainkan.

Fitnah yang mengatakan YAB PM mengharamkan lambang salib dan lagu kristian dimainkan telah dijelaskan oleh Tan Kong Beng, Setiausaha Eksekutif Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) bahawa tiada arahan seumpama itu (menyembunyikan lambang Salib dan tidak memainkan lagu keagamaan Kristian) dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri ketika YAB PM menghadiri majlis sambutan Krismas pada 25 Disember 2010.



Persoalannya, dimana suara PAS untuk menegakkan ISLAM apabila tidak menyekat suara Teresa Kok yang ternyata anti Islam. Melarang tulisan Jawi dipaparkan di papan tanda telah mengganggu gugat kestabilan masyarakat Melayu Islam, Mengeluarkan arahan supaya suara Azan diperlahankan adalah satu tindakan tidak profesional bagi seorang YB dari DAP ini. 

Apa yang dilakukan oleh YB ini hanyalah cubaan menyekat aktiviti keagamaan umat Islam di Malaysia, selama ini umat Islam tidak pernah menghalang, mempertikaikan atau megeluarkan patisyen menghalang paluan gendang upacara kematian agama lain, pembakaran colok, melarang upacara pecah kelapa bagi perayaan Thaipusam.

HE : Kita sebagai rakyat Malaysia perlu menghormati hak sesebuah institusi keagamaan di negara ini.

2 comments:

Anonymous said...

teresa kok ni yahudi kaifeng..berdarah cina bercampur yahudi dari tanah besar china kaifeng..no wonder lah dia satu2 nya cina yang berani menenyeh Islam di Malaysia..yahudi sorang ni kalau kita tak awasi baik2 tak mustahil Malaysia boleh berada di ambang kemusnahan..watch out Teresa, we are watching - dari Pendeta Tanah Melayu -

Anonymous said...

sudah lama non muslim di malaysia ni bersabar dengan tindak tanduk all these islamic fanatics. Sampai masa sudah somebody terus terang. Syabas Teresa. Makin lama makin tidak hormat agama lain sampai suruh seorang uztazah (sebenarnya pelacur) menghurai dan menghina secara terbuka tentang agama suci Kristian di TV dan u-tube. Suka2 cakap pasal agama lain tapi bila islam dipersoalkan sekecil semut, satu kampung menyalak. Hormat dan toleransi sikit la sama agama lain, baru kami hormat islam kamu, faham? Ingat, byk tempat d malaysia non muslim juga majoriti. Shalom, A. Francis, Tawau, Sabah.

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA