networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Sunday, October 28, 2012

Zulfahmi Gagal Tamatkan Saingan GP Australia...Maaf Rakyat Malaysia!!!


Apa boleh buat..tuah tak ada buat Zulfahmi kali ini...aku rasa kalau Zul dapat tamatkan saingan comfem dia naik podium sekali lagi..tapi malangnya di terlebih shoot ketika lap pada 4 pusingan terakhir sampai terbabas...biasalah barang bayekkk memang over shoot time lap...kalau tak..takkan baru start dah no 2...mantap Zulfahmi...

Gua sokong LU!!!

PHILLIP ISLAND, 28 Oktober - Penunggang Moto3 GP negara, Zulfahmi Khairuddin yang memenangi tempat kedua pada GP Malaysia minggu lepas tidak bernasib baik pada perlumbaan MotoGP Grand Prix Australia 2012 di Litar Philip Island hari ini apabila terjatuh pada pusingan empat terakhir sebentar tadi. 
Zulfahmi yang memulakan perlumbaan hari ini di petak ke lima mengakui bahawa Litar Philip Island antara litar yang mencabar ekoran keadaan cuaca di Phillip Island yang sejuk dan berangin. 
Philip Island bukannya litar yang membawa tuah buat Zulfahmi apabila pemuda berusia 21 tahun itu gagal melayakkan diri pada 2010, manakala tahun lalu dia bermula pada petak ke 27 dan menamat perlumbaan di tangga ke-20. 
Pada perlumbaan sebentar tadi, Zulfahmi memulakan saingan di barisan kedua dan terjatuh pada pusingan ke empat terakhir. 
Keputusan perlumbaan motosikal Moto2 dan Moto3 Grand Prix Australia 2012 di Litar Philip Island yang berlangsung hari ini adalah seperti di bawah. -Putrajaya Online
Selanjutnya di SINI

2 comments:

Anonymous said...

Fahmi memang jockey bro... dia leading dah 6 lap dah... tetiba jer enjin motor dia problem... tu pun kira bagus la tu dia boleh control lagi xnak kasi jatuh smp lap ke 19 dah... pastu enjin moto dia jamm xleh wat ape... tapi tu la, kesiah kat dia turun satu anak tangga dlm world ranking record duduk no 8... ape pon kami seluroh rakyat malaysia TETAP sokong ngko fahmi... KAMI NAMPAK KEHEBATAN NGKO...!!!

Anonymous said...

Fahmi memang jockey bro... dia leading dah 6 lap dah... tetiba jer enjin motor dia problem... tu pun kira bagus la tu dia boleh control lagi xnak kasi jatuh smp lap ke 19 dah... pastu enjin moto dia jamm xleh wat ape... tapi tu la, kesiah kat dia turun satu anak tangga dlm world ranking record duduk no 8... ape pon kami seluroh rakyat malaysia TETAP sokong ngko fahmi... KAMI NAMPAK KEHEBATAN NGKO...!!!

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA