networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Tuesday, November 20, 2012

3 Perdana Menteri Jika PR Memerintah....?


Bukan lagi suatu yang agak menghairankan bagi pakatan pembangkang tentang perebutan kuasa jadi Perdana Menteri...sejak kebelakangan ini PAS dengan lantang mahu menjadikan presiden parti mereka Hadi Awang sebagai PM...

Bagi pihak PR pula Anwar calon yang terbaik untuk menjadi Perdana Menteri.jangan pula kita lupa bahawa Karpal pun mempunyai keinginan untuk menjadi Perdana Menteri...perkara ini ditegaskan sendiri oleh Tun M...

Jika beginilah caranya Malaysia akan menghadapi perebutan kuasa calon untuk menjadi Perdana Menteri...

Masihkah kita ingat bahawa jika Pakatan Memerintah Anwar akan mengiktiraf 2 orang untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri...

Kalau beginilah landskapnya tidak hairanlah Malaysia akan ada 3 orang Perdana Menteri dan 2 orang Timbalan PM...belum memerintah sudah berebut kuasa...

Kuasa diuTAMAKan, rakyat DIPINGGIRkan....

Semua rakyat sudah tahu mereka dalam pakatan pun tidak bersetuju antara satu sama lain...mereka hanya bersatu atas alasan 1 musuh yang sama iaitu UMNO BN sahaja...penyokong totok DAP pun tidak menerima PAS...penyokong totok PAS pula tidak menerima Anwar jadi PM....macam anjing berebut tulang...


KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan kepada Pakatan Rakyat (PR) agar melantik Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Sigh sebagai Perdana Menteri jika PR rakyat berjaya mentadbir negara. 
“Bagi kat dialah (Karpal Sigh), teruk lama dah dia berjuang ni, patut bagi Karpal Sigh jadi perdana menteri... Yang Amat Berhormat Karpal Sigh, bila pencen boleh dapat Tun tau, Tun Karpal Sigh, Tun Anwar Ibrahim , Tun Haji Hadi,” katanya dengan sinis ketika ditanya wartawan berhubung kecelaruan PR dalam soal siapa layak jadi Perdana Menteri. 
Menurut beliau, rakyat boleh melihat sendiri sikap pemimpin pembangkang yang sudah berebut-rebut jawatan sebelum berjaya menguasai kerusi di Parlimen. 
“Inilah yang kita lihat belum jadi kerajaan dah berebut-rebut dah. Bukan sahaja Haji Hadi (Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang), bukan sahaja Anwar (Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim), Karpal Sigh pun nak jadi Perdana Menteri jugak,” katanya. 
Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendirian perwakilan di Muktamar Pas ke-58 baru-baru ini yang mahu Abdul Hadi menjadi Perdana Menteri sekiranya kemenangan berpihak kepada PR pada pilihan raya umum (PRU) akan datang. 
Bagaimanapun, DAP dengan tegasnya mengulangi pendirian mereka mahukan Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri jika PR memerintah. 
“Ini adalah pilihan sepakat bagi ketiga-tiga parti, bahawa jika Pakatan Rakyat menang, Anwar yang akan menjadi perdana menteri,” kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng semalam. 
Mengulas lanjut berhubung perkara itu , Dr Mahathir berkata DAP, mahu mendapat kepercayaan daripada masyarakat Melayu, oleh kerana itu mereka beriya-iya mahukan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. 
“Dia nak orang Melayu percaya pada DAP, kerana pemimpin DAP tidak ada orang Melayu, yang ada sudah lari keluar. Jadi dia nak Melayu punya sokongan, sebab itu dia nak orang Melayu jadi PM, jadi orang Melayu merasa legalah orang Melayu jadi PM. 
“Tetapi, nanti jadi seperti di Perak, bila Nizar (Datuk Seri Nizar Jamaluddin) jadi Menteri Besar, dia duduk di bawah telunjuk DAP, sebab itu dia bagi tanah, kita tentukan dasar tanah tidak boleh bagi lebih daripada 99 tahun tapi dia bagi sampai kiamat,” katanya.-SH

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA