networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Monday, November 19, 2012

Abaikan PAS!!Ayuh Bantu Saudara Kita Di GAZA!!!!



Khusus buat warga rakyat Malaysia yang begitu prihatin mengenai keadaan saudara kita di Gaza.

Anda boleh menyalurkan sumbangan melalui 4 akaun bank di bawah :

Maybank : 562263010787

Bank Islam : 12029010047880
CIMB Islamik : 12150001242107
Bank Muamalat : 12070005133717

Maklumat lanjut boleh layari :www.amanpalestin.net

Masukkanlah diri kita ke dalam golongan yang menjadi penyebab kepada kemenangan islam di Gaza.
BANGI - Aman Palestin (AP) hari ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ketenteraan tidak berperikemanusiaan Israel melalui udara dan laut yang mensasarkan orang awam di Gaza, menurut Ketua Pegawai Eksekuti AP Awang Sufian Awang Piut.

AP meminta kerajaan Malaysia berbuat sesuatu kerana tindakan tidak bertanggungjawab Israel yang telah membunuh sekurang-kurangnya seorang pemimpin Hamas dan tujuh nyawa termasuk dua kanak-kanak adalah tindakan tidak bertanggungjawab, kata Awang Sufian.

"Kami berharap rakyat Malaysia mengambil perhatian yang lebih serius mengenai isu Gaza kerana melalui sumber-sumber kami disana, terdapat kemungkinan apa yang berlaku pada tahun 2008/2009 akan berlaku sekali lagi. Mereka memerlukan doa dan bantuan rakyat Malaysia, ini sememangnya tanggungjawab kita," katanya.

Awang berkata dari sumber pejabat Aman Palestin di Gaza melalui pengurus cawangan AP Gaza Ir. Omar Seyam, serangan masih berterusan di Gaza sehingga kini dan mereka berada dalam keadaan berjaga-jaga.

"Omar Seyam berkata Gaza berada dalam keadaan genting dan berjaga-jaga sekarang ini untuk menerima sebarang kemungkinan. Terlalu sukar untuk digambarkan," katanya mengenai perbualan telefonnya yang terakhir pada jam 2 petang waktu tempatan bersama pengurus AP Gaza itu.

Manakala, Malaysia melalui Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman telah mendesak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) khususnya Majlis Keselamatan PBB untuk mengambil tindakan tegas berhubung apa yang disifatkan sebagai tindakan ketenteraan tidak bertanggungjawab oleh Israel.

Sayap bersenjata Hamas, Briged Al-Qassam berkata pembunuhan komandernya Ahmed Al-Jaabari di Gaza pada hari Rabu bererti Israel telah membuka laluan ke neraka untuk mereka.-AmanPalestin

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA