networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Wednesday, November 21, 2012

AMARAN!!! Siapa Beri Teguran Kepada PAS Dilabel 'Sampah'


Inilkah realiti yang terjadi dalam PAS dan Pakatan Rakyat..Barang sesiapa yang memberi teguran untuk menambah baik parti PAS mahupun PR tidak akan diiktiraf oleh kepimpinan pusat PAS...

Kelmarin PAS Selangor telah menganjurkan wacana 'Mengembalikan Pas ke Landasan Asal', tetapi tidak mendapat perkenan PAS kerana Khalid mendakwa individu yang menjadi panel ialah individu yang telah ditolak parti..

Apa salahnya memberi teguran..tapi di dalam PAS sesiapa yang beri teguran maka akan digelar keluar parti dan dilabelkan ibarat sampah yang tiada gunanya
Timbalan Pesuruhjaya III Pas Selangor, Khalid Abdul Samad mendakwa 11 resolusi yang dicapai hasil wacana 'Mengembalikan Pas ke Landasan Asal' yang diadakan Sabtu lalu di Hotel Vistana, Kuala Lumpur dekat sini bukan mewakili akar umbi parti. 
Beliau berkata, wacana yang kononnya dianjurkan oleh Pas Selangor itu juga bukan dihadiri oleh ahli parti, sebalik terdiri daripada individu yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan parti sekarang. 
"Wacana tersebut hanya syok sendiri yang diadakan untuk memecahbelahkan parti. Perkara yang dinyatakan dalam resolusi itu juga tidak masuk akal langsung dan hanya menipu rakyat dan umat Islam di negara ini. 
"Untuk pengetahuan umum, Pas tidak pernah tersasar dalam perjuangannya, malah kerjasama yang dijalankan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP adalah satu langkah yang betul," katanya pada sidang akhbar mengenai perkara itu hari ini. 
Sabtu lalu, Pas Selangor menganjurkan wacana 'Mengembalikan Pas ke Landasan Asal', namun wacana tersebut tidak mendapat perkenan kepimpinan tertinggi Pas. 
Akibatnya, wacana tersebut tidak diiktiraf oleh Pas meskipun dibuat bagi memperbetulkan dasar-dasar perjuangan parti itu yang kini dilihat jauh terpesong. 
Khalid turut mempertikaikan kelayakan individu yang dijemput memberi ucapan dan menjadi ahli panel dalam wacana tersebut. 
"Mereka yang menjadi ahli panel merupakan individu yang telah ditolak oleh parti. Mereka hanya memberi pendapat untuk memecahbelahkan parti yang kini semakin berkembang. 
"Sebagai contoh, bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali...dia dibuang parti. Sebelum ini dialah individu utama yang mencadangkan di muktamar agar kerjasama antara Pas, PKR dan DAP dibubarkan, jadi layakkah dia untuk menjadi ahli panel?" katanya. 
Dalam pada itu, Khalid turut mempersoalkan dakwaan bekas Setiausaha Pas Selangor, Norman Toha yang mengatakan 70 peratus daripada rakyat negeri ini mengharapkan satu kerjasama Pas dan UMNO demi mempertahankan Islam dan Melayu. 
"Kajian yang dilakukan Norman meragukan, daripada mana beliau mendapat peratusan tersebut?" katanya. 
HE : Khalid kata PAS tak pernah tersasar dlm landasan perjuang..perjuangan apa?Hudud xada dlm manifesto..negara Islam tukad negara kebajikan..dahulu kata UMNO kerjasama dengan MCA haram..depa kerjasama DAP tak kata haram tetap BAGUS!!!yang buruk dan hina pada diorangkan BN saja...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA