networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Friday, November 16, 2012

Ayuh Lancarkan Serangan Siber Kepada Dajjal Israel!!! #PrayForPalestine...SEBARKAN!!!!

https://www.facebook.com/idfonline

Sejurus serangan yang dilakukan kelmarin yang mana telah mengorbankn Ketua Pejuang Hamas,  Ahmed Al-Jabari (Laporan DI SINI). Semalam Dajjal Israel telah menjatuhkan risalah dalam bahasa Arab yang menunjukkan seolah-olah para pejuang Hamas adalah penjenayah yang sangat bahaya yang mana mengancam rakyat Israel..

Risalah seperti dibawah ini telah disebarkan di bumi Gaza untuk mempengaruhi minda rakyat Gaza seolah-olah Israel Dajjal inilah penyelamat dan pengaman dunia..sedar atau tidak bahawa Bumi Palestin ini sudah sedikit demi sedikit dirampas oleh Israel yang maha kejam...

Mereka yang datang ke negara orang lain lalu membina negara mereka sendiri..alangkah kesiannya melihat sahabat Islam kita di bumi Palestin yang mana hidup mereka sentiasa terancam dik serangan dajjal Israel ini..

Today, the Israel Defense Forces dropped thousands of leaflets in Arabic
over Gaza with this message. While Hamas' goal is to kill Israeli civilians,
the IDF does everything that it can to avoid Palestinian casualties. Share the truth.
Bayangkanlah bagaimana mereka sangat kejam dengan menyebarkan dakyah kononnya ISRAEL Dajjal ini adalah pengaman dunia...satu tindakan yang sangat kejam..untuk pengetahuan semua, tentera Hamas ini adalah tentera yang rela syahid untuk mempertahankan bumi mereka sendiri...tetapi mereka ditindas oleh penceroboh kononnya tentera Hamas ialah penjenayah dunia...

This is how Hamas sees Israel.
Di atas ini ialah sywar yang dilakukan oleh satu laman Facebook milik Ketenteraan Israel (SINI) untuk menunjukkan kepada dunia bahawa mereka adalah pengaman yang datang untuk menyelesaikan konflik...memang sangat biadap!!!

Apa yang saya mahu kongsikan disini ialah..ayuh pejuang siber di Malaysia bersatu menyerang mereka didalam alam maya...rujuk FB tentera Israel Dajjal SINI..

Ayuh kita bersatu menyerang mereka...jujurnya kita ISLAM tidak mampu melawan dari sudut ketenteraan tetapi kita mampu melawan mereka di alam siber...


Kita tidak mampu melawan mereka dari segi ketenteraan..ini realiti!!!
Ada juga orang mengatakan bahawa :
1) Ada seorang hamba ALLAH ini pula, mahu mempertahankan ustaz tersebut dengan memberikan faktra yang salah tentang Perang Yarmouk yang melibatkan Orang Islam dan Rom Timur. 
Dikatanya orang Islam hanya 10 000 orang mampu menang dengan 300 000 orang tentera. Saya tak tahu daripada mana fakta ini diambil tetapi ketahuilah ketika Perang Yarmouk, umat Islam harus berdepan dengan 15 000 - 100 000 askar Rom dengan ketumbukan tentera sebanyak 40 000 orang.

Ya, saya akui iman dan takwa adalah sebahagian faktor kemenangan umat Islam namun melawan menggunakan akal yang bijak, strategi perang yang effektif juga memainkan peranan. Bukan sekadar membuat lawak seperti ustaz itu. 
2) Ada seorang hamba ALLAH ini cuba menggunakan hujah bahawa Vietnam boleh mengalahkan Amerika dahulu, kenapa tidak untuk mempertahankan seorang ustaz yang baru sahaja saya tegur. Saya sarankan anda belajar sejarah semula ya ? 
Rujuk balik Perang Vietnam Utara-Selatan dulu. Vietnam menentang Amerika bukan berseorangan. Vietnam (ketika itu tentera vietnam utara dan viet chong) mendapat bantuan daripa
da Khmer Rogue, Laos, Soviet Union, China, Cuba, North Korea, dan Bulgaria. Sebab tu mereka boleh menang.

Soviet Union, China, North Korea dan negara tersebut membantu Vietnam dalam peperangan. Mereka membekalkan askar, senjata dan sebagainya untuk membantu Vietnam menentang tentera anti Komunis yang diketuai oleh Amerika.

Lagipun banyak faktor kekalahan Amerika dan tentera bersekutu dan antaranya ialah faktor mukabumi dan jarak jauh daripada mainland mereka. Dalam isu ini, tak boleh guna hujah semasa perang vietnam kerana ustaz tersebut mencadangkan kita menyerang, bukan bertahan sedangkan dalam isu perang ini, Vietnam bertahan daripada Amerika. 
3) Apa guna ada jet untuk dipamerkan sahaja? Ustaz, maafkan saya kalau saya menegur ustaz. Uztaz mungkin hebat dalam ilmu agama tetapi Ustaz harus belajar dahulu apa itu ilmu ketenteraan.  
Menyerang Israel yang bersekutu dengan tentera Amerika dan British umpama bunuh diri aje ustaz. Kita mungkin ada jet, tapi dengan kekuatan Israel yang mampu mengalahkan tentera bersekutu arab, ustaz rasa kita boleh menang ke? Kita ada jet, Israel ada jet berkali ganda daripada kita. 
Tambahan dengan jarak Malaysia dan Israel. Pejuang kita yang bawa jet tu pun ambil masa nak sampai sana. Bila kita serang, banyak risikonya. Sekatan ekonomi, dunia akan serang kita balik, dan lepas tu, Malaysia akan jadi macam negara arab yang lain.
 
Ustaz, nak berperang kena guna akal. Mungkin ustaz banyak pengikut, tetapi itu bukan bermakna saya akan membabi buta mengikut sahaja ustaz. Saya bukan taklik buta.
Disamping kita berkempen memboikot produk mereka...sekarang masanya bersatu untuk kita serang FB mereka  Israel Defense Forces..saya yakin kita mampu...harap blogger,twitter,facebooker di Malaysia tak kira Kerajaan mahupun Pembangkang lancarkan serangan siber di page FB mereka..kita report page tersebut!!!

HE : Jujurnya saya menyokong pendapat Tun M bahawa hendak berperang kena ikhtiar cara...kita perlu wujudkan kesatuan untuk perang dengan Israel..mungkin OIC boleh membantu...tetapi beranikah OIC untuk tekad bersatu lancarkan perang habis-habisan terhadap ISRAEL..1 cabaran untuk OIC!!!

KEKEJAMAN ISRAEL YANG MENGEBOM KERETA YANG DINAIKI KETUA PEJUANG HAMAS, AHMED AL-JABARI

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA