networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Sunday, November 4, 2012

Blogger Prihatin : Bekas Pemain Bola Sepak Derita Kanser Hidung Tahap 4


Ezmi Md Janyang, Bekas Pemain Bola Sepak (Selangor, Perlis, MPSI) sekarang ini dikhabarkan menderita Kanser Hidung Tahap 4..sama-sama kita bantu saudara kita ini agar dia dapat menjalani kehidupan seperti biasa.

Kepada yang ingin menyumbang boleh rujuk maklumat di bawah :
No. akaun: 162076594008 (Maybank) - Mariam binti Md Jan (adik Ezmi Md Jan)
Alamat: 1332, Kg. Sentosa, Batang Kali, Selangor
No. telefon: 03-60571804

Bekas ketua pasukan bola sepak Sukan Malaysia (Sukma) Selangor 1998, Mohd. Ezmi Md. Jan, 35, yang menderita penyakit barah hidung atau limfoma perlu menjalani pembedahan penggantian tisu bagi merawat penyakit itu. 
"Doktor yang pernah merawat Mohd. Ezmi beritahu pembedahan itu hanya dapat dijalankan apabila luka pada hidungnya kering dan bebas kuman supaya tisu sesuai dapat ditampal pada luka tersebut," katanya ketika ditemui KosmoAhad di rumahnya di Kampung Sentosa, Batang Kali di sini semalam.
Menurut ibunya, Latifah Daud, 55, walaupun barah anak sulungnya itu kini berada pada tahap empat, dia masih berpeluang sembuh dan kembali menjalani kehidupan normal.
Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang tolong kita. Bukankah ini budaya masyarakat kita 1 Malaysia? Janji, tolong mesti ikhlas. Baru berkat kehidupan anda. Semoga anda dimurahkan rezeki. Amin...

HE : Hanya sedikit sumbangan ikhlas yang saya dapat transferkan melalui Maybank2u dan doa sahaja...mohon anda juga melakukan perkara yang sama.... 

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA