networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Tuesday, November 13, 2012

BN Bakal Kehilangan Seorang Blogger HEBAT Dari Penang?!!! Betul ka @MatKilauPenang?

Pergh!!aku dengan ada sorang blogger TERSOHOR Pro BN dari PENANG akan swing kepada puak cacai pakatan Haram Jadah..betul atau tak aku tak dapat nak pastikan tapi inilah cakap-cakap yang aku dengar dari mulut kawan-kawan di utara..

Ceritanya bermula apabila blogger ni rasa dirinya tidak dihargai oleh jentera parti UMNO sendiri apabila dia hendak lawan kes SAMAN dengan pemimpin CACAI tetapi tidak mampu dari sudut kos..apa taknya, nak lawan sesuatu isu dan turun naik mahkamah bukannya seribu dua bai...kalau tak ada puluh ribu jangan mimpilah nak dapat khidmat guaman yang terbaik...

Tapi inilah realtiti dalam UMNO, bila kita susah memang susah nak dapatkan bantuan, dikhabarkan blogger ini ada juga berjumpa beberapa pemimpin tertinggi di peringkat negeri di Utara..tetapi rata-rata pemimpin UMNO di Utara yang juga negeri pembangkang DAP memandang blogger ni macam tak ada nilai langsung..

Setiap hari blogger ni menghadap depan laptop dan tidak pernah kering idea untuk cari idea membalun kepimpinan pembangkang tetapi bila ada kes saman seperti ini, UMNO negeri Utara buat tak tahu jer..bukannya Blogger tersebut mahukan bantuan 100% tetapi cukuplah sekadar sokongan kos yang berpatutan...

Inilah realiti blogger pro BN yang mana kita ini sentiasa berhadapan dengan saman tetapi pemimpin dalam kerajaan tidak pernah ambil tahu..yang mereka mahukan ialah, kita mampu membalas isu dan menang isu..itu mereka sukalah..pemimpin puak cacai sekarang ini semakin kuat hendak menyaman orang keran bagi mereka dengan saman mampu menutup mulut kita..kalau nak ikutkan isu xdelah terus sangat ke tahap fitnah macam mereka... 

Bak kata pepatah, kawan suka mudah dicari tetapi kawan duka teramatlah sukar...

kita lihat perbualan tentang blogger tersebut :
"Hang ada dengar tak blogger top dari utara nak masuk PKR?"
"Takdak dengar pulak, betoi ka hang cakap ni, siapa dia..?"
"Itulah hang, selalu dok lepak padang kota jaa, sekali-sekala lepak lepak Komtar baru hang dapat tahu isu terkini...!"
"Hang ini loqlak betoi, aku lepak Padang Kota sebab aku meniaga rojak kat sana, kalau meniaga dekat Komtar boleh la lepak Komtar...weih awat blogger tu nak masuk PKR, nak khianat parti..?"
untuk membaca teks perbualan penuh rujuk SINI

Persoalannya, siapakah identiti blogger tersebut? kalau nak ikutkan ramai juga blogger dari Penang seperti :

Generasi Pejuang Bangsa

Empayar Pemuda

Anak Seberang

Dr. Mim

Mat Kilau Penang

Media Permatang Pauh
HE : Aku rasa blogger yang dimaksudkan ialah MAT KILAU PENANG..bagi aku dia antara blogger yang menyerlah di Utara....sama-sama kita nantikan jawapan dari blogger MKP..mungkin dia ada jawapannya...

6 comments:

Anonymous said...

saya rasa blogger no4 dalam list di atas... betui tak?

Anonymous said...

Jika blog Mat Kilau Penang, saye rase umNGOK tak yah bagi duet pon! dia blogger copy & paste. Naper nak saman umNGOK mana penah fitnah! kahkahkahkahkahkahkah!lembuuuu

Harapan Esok said...

anon 3:01 : tak pasti.

anon 3:15 : rafizi lembu ka?

Anonymous said...

Umngok?? Xdak nama lain kaa nak kutuk umno.... bunyi serupa budak2 gaduh jaa. Ngok sana... ngok sini.... hahaha . Lengai....

Anonymous said...

itulah masalahnya pemimpin UMNO ni... payah sangat nak tolong orang sendiri.... ubah2 lah perangai tu..... takkan Datuk Sri Najib nak kena ajar jugak....

Anonymous said...

ubah2 lah perangai lembab tu wahai pemimpin UMNO... orang makin nak cari penyokong... korang dok sibuk pandang orang sebelah mata... takkan bendda2 macam ni nak suruh Datuk Seri Najib ajar....

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA