networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Friday, November 9, 2012

Budak Naikkan Bendera PAS di Bangunan UiTM Cemar Kredibiliti Polis Bantuan?


Sehelai bendera PAS didapati berkibar di puncak Menara 1 S&T pada Rabu lepas. Melalui makluman yang diperolehi di page FB Gabungan Mahasiswa Merdeka (GMM), bendera PAS itu berkibar lingkungan jam 7-9:30 pagi.

Agak hairan bagaimana penjenayah tersebut boleh menyusup masuk ke bangunan setinggi itu sedangkan setiap penjuru kawasan UiTM dan setiap jam dikawal oleh pihak Polis Bantuan.

Secara peribadinya, saya mengharapkan sudah tiba masanya Dato Sahol bertegas dan menambahbaik lagi sistem keselamatan di dalam UiTM. Semua sedia maklum bahawa pengawal keselamatan UiTM seluruh Malaysia telah dinaiktarafkan kepada Polis Bantuan. 

Taraf Polis Bantuan adalah lebih tinggi jika hendak dibandingkan dengan pengawal keselamatan kebanyakan Universiti di Malaysia tetapi komitmen dan integriti Polis Bantuan di UiTM selemah itu sehingga pihak tidak bertanggungjawab boleh menyusup masuk.

Kredibiliti Polis Bantuan di UiTM seharusnya disemak semula, jika tidak percaya, saya menyeru pihak Polis Bantuan UiTM memaparkan laporan kes kecurian dan pecah masuk yang berlaku di dalam UiTM. Apakah statistik kecurian dan pecah masuk mencatatkan penurunan kes atau peningkatan? apakah langkah yang telah dilakukan oleh Polis Bantuan untuk membendung masalah ini? adakah langkah tersebut releven?

Apakah level Polis Bantuan sekadar melakukan rondaan, menahan dan menyaman pelajar sudah menunjukkan KPI mereka ini cemerlang? 

Bagi saya ia tidak melambangkan kecemerlangan jika kes kecurian dan pecah masuk sering berlaku di sekitar UiTM. Saya mendapat maklumat bahawa hampir setiap hari pelajar UiTM diselubungi mimpi gelap kecurian Laptop dan pecah masuk.

Kehilangan barang sememangnya tidak boleh disalahkan kepada pihak Polis Bantuan secara total. Ia juga berpunca daripada kecuaian pelajar itu sendiri tetapi apakah peranan Polis Bantuan sehingga tidak mampu membendung kes seperti ini. Atau apakah hukuman terhadap pesalah ini tidak berat.

Berbalik kepada isu Bendera PAS, bagaimana penjenayah tersebut boleh menyusup masuk ke dalam menara tersebut? apakah tiada pengawasan pihak Polis Bantuan atau pintu tidak berkunci? jika perkara ini sudah terjadi, saya mengharapkan kejadian pecah masuk dan kecurian ini tidak berulang lagi. 

Pihak Polis Bantuan UiTM seharusnya mencari penjenayah yang menceroboh bangunan UiTM dengan mengibarkan bendera PAS melalui rakaman CCTV...Sekiranya tiada rakaman CCTV, seperti ada yang tidak kena dengan kualiti keselamatan di UiTM...Baikki sistem keselamatan UiTM...Wujudkan UiTM sebagai kampus Aman dan sejahtera...



2 comments:

Anonymous said...

Fitnah ni.. Semuanya nak memburukkan dan memberukkan PAS! Ni mesti kerja UMNO! Kau org ingat org PAS saja yg pandai panjat macam Beruk?

Anonymous said...

PAS memang banyak bela MONYET

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA