networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Saturday, November 10, 2012

Melayu Beragama Islam..Bila Sokong Melayu Bebas Beragama Bermakna Islam Turut Sama Maksud!!!


Blogger Truth Vaccine telah melancarkan kempen SAMAN KAMI yang mana kandungannya adalah seperti berikut :

1. SAMAN KAMI! sekiranya anda bersetuju bahawa Melayu berhak untuk memilih agamanya sendiri!

2. SAMAN KAMI!sekiranya anda mahukan generasi Melayu akan datang tidak lagi beragama Islam!

3. SAMAN KAMI!sekiranya anda mahukan keluarga Melayu akan datang akan berpecah-belah!

4. SAMAN KAMI! jika anda bersetuju dengan Islam Liberal versi Nurul Izzah dan Papanya!

5. SAMAN KAMI! sekiranya anda marah kami menegur politikus yang memperjuangkan Plurisma agama!

6. SAMAN KAMI! sekiranya anda seorang Melayu yang mahu MENUKAR agama lain!



SOALAN : Soalan utama saya ialah apabila anda bercakap mengenai kebebasan beragama, adakah anda juga memaksudkan bahawa orang Melayu patut diberi hak yang sama?

NURUL IZZAH : Tidak harus ada paksaan di dalam agama...

Bagaimanakah seseorang itu boleh berkata maaf...ini (kebebasan agama)

hanya untuk bukan Melayu. Ia (sebenarnya) harus dilaksanakan sama rata (untuk semua kaum,)

Di dalam Al-Quran, tidak ada terma yang spesifik yang mengatakan untuk orang Melayu ini cara ia patut dilakukan.
Apa yang kita mahukan ialah sudah tentu dalam erti kata kualiti (Islam).
Kita harus mempunya akidah yang kuat.
Walaupun saya bersekolah di Assunta yang mempunyai salib besar di dewannya...
Saya tidak terpengaruh (dengan ajaran Katholik).

Melalui apa yang dikatakan oleh Nurul Izzah, dia secara jelas menyokong kebebasan beragama bagi semua kaum yang mana dia berkata :
ini (kebebasan agama)...hanya untuk bukan Melayu. Ia (sebenarnya) harus dilaksanakan sama rata (untuk semua kaum,)Di dalam Al-Quran, tidak ada terma yang spesifik yang mengatakan untuk orang Melayu ini cara ia patut dilakukan.
Di Malaysia, kaum Melayu bergama Islam dan jika ini yang dikatakan olehnya, maka dia secara tidak langsung telah memaksudkan Malayu Islam bebas beragama..

Blogger Truth Vaccine turut mengaitkan bahawa tindakan seumpama itu boleh terjatuh Murtad Qawli :

Murtad boleh berlaku dengan perkataan atau ucapan dan kata-kata yang dikeluarkan oleh seseorang Islam yang menunjukkan dia menolak hukum-hukum Islam dan prinsip-prinsip ajaran Islam yang diketahui oleh semua orang atau kata-kata yang menghina mana-mana ajaran Islam, hukum-hukum Islam, menghina Allah SWT, menghina nabi Muhammad SAW dan nabi-nabi lain dan sebagainya, atau seseorang itu mengingkari wajib mengeluarkan zakat, wajib berpuasa, wajib sembahyang lima waktu, wajib haji dan lain-lain. 
Begitu juga kalau seseorang Islam menghalalkan hukum yang diharamkan oleh Allah dan Rasulnya atau sebaliknya mengharamkan sesuatu yang halal yang telah disepakati oleh para ulama tentang halal atau haramnya seperti dia menghalalkan zina, menghalalkan liwat (hubungan sejenis), menghalalkan minum arak atau mengharamkan perkahwinan, mengharamkan jualbeli dan seterusnya. Maka sikap demikian boleh menjadi murtad.

Ustaz Fathul Bari turut memberi komen terhadap tindakannya :





HE : macam-macamlah puak ni!!ada saja nak dibebaskan...hurm... 

1 comment:

Anonymous said...

Salam saudara, Melayu tidak semestinya Islam. sebagai contoh di Sabah dan Sarawak, ada dikalangan mereka daripada kaum Melayu, tapi agama mereka bukan Islam. saya rasa Nurul Izzah mungkin merujuk kepada orang Melayu yang bukan Islam.

mengenai kebebasan beragama, ianya dibolehkan kepada mana-mana kaum kecuali orang yang beragama Islam.

tipikal pemikiran orang Malaysia yang sering merujuk orang Melayu sebagai orang Islam, tidak tepat begitu. Bangsa tidak melambangkan agama. Sekian.

-saya bukan menyokong mana-mana pihak, sekadar mengutarakan pandangan-

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA