networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Thursday, November 8, 2012

@NajibRazak lawan @AnwarIbrahim Di Pekan : Penamat Karier Politik Anwar.

Sumber Gambar
Sejak kebelakangan ini Parlimen Pekan menjadi sasaran utama Pakatan Rakyat untuk menjatuhkan karier politik Perdana Menteri Najib Razak. Umum telah mengetahui bahawa parlimen Pekan merupakan kubu kuat Barisan Nasional yang dipimpin oleh Najib Razak.

Pakatan berpendapat jika mereka berjaya mengurangkan majoriti undi di kawasan Pekan sudah memadai dan ia boleh dikira sebagai satu kemenangan buat mereka di Pekan. Mengikut statistik yang telah tercatat, keputusan PRU 12 menunjukkan peningkatan majoriti undi berbanding PRU 11. Keputusan tersebut seperti yang ternyata di imej bawah.

Pada PRU 11, sebanyak 22,922 undi majoriti memihak kepada Najib dan ia meningkat kepada majoriti sebanyak 26, 464 undi pada PRU 12. Malalui pengamatan saya, majoriti ini akan terus meningkat pada PRU 13 memandangkan Najib Razak berjaya dalam mentransformasikan negara selepas beliau mengambil alih kepimpinan negara daripada Tun Abdullah.

PRU 13 ini merupakan Pilihan Raya yang sebenar bagi mengukur tahap prestasi Najib Razak memimpin kerajaan. Pada PRU 11, Barisan Nasional mencatat kemenangan besar berikutan faktor aura rakyat yang merasakan Tun Abdullah sebagai pemimpin yang bersih 'Mr. Clean'. Kemenangan besar pada PRU 11 juga salah satu faktornya ialah kepimpinan Tun M di tahap kemuncak selepas bersara. Biarpun ketika itu, Tun M sudah bersara tetapi kehangatan sokongan rakyat ketika itu kepada BN ditahap kemuncak.

Kehilangan banyak kerusi pada PRU 12 berpunca dari kelekaan BN sendiri yang mungkin terlalu yakin terhadap sokongan kepada BN. Malah ada juga cakap-cakap orang awam mengatakan kehilangan banyak kerusi pada PRU 12 adalah kekhilafan yang dilakukan oleh kepimpinan Tun Abdullah. 

Bagi pihak pembangkang, mereka merasakan ia merupakan suatu tsunami politik yang berlaku dalam negara kononnya rakyat sudah mula menolak Barisan Nasional. Tanggapan itu hanyalah mainan persepsi bagi pembangkang untuk mengurangkan sokongan kepada BN.

Mainan persepsi ini terus dimainkan sehingga hari ini. Memang benar tsunami politik berlaku pada 2008. Antara bukti nyata ialah Anwar yang dulunya di pihak Barisan Nasional kini beralih arah ke Pakatan Rakyat.

Berbalik kepada siapa yang akan menjadi lawan kepada Najib Razak pada PRU 13 ini di Pekan, pembangkang cuba mencucuk jarum untuk mewujudkan aura rakyat menyokong mereka di Parlimen Pekan. Semuanya bermula apabila Hadi Awang mengeluarkan kenyataan menyatakan kesediaan menentang Najib di Pekan.

Sebaik sahaja Hadi menyatakan kesediaan, Anwar pula mengeluarkan kenyataan bahawa Najib perlu menentang Hadi di Parlimen Marang. Teka-teki siapa yang ingin menentang Najib Razak di Pekan masih belum terjawab. Pembangkang hanya bermain dengan persepsi tetapi masih tidak menyatakan jelas siapa yang ingin bertanding di Pekan. 

Pembangkang yang kita kenali sememangnya gemar bermain dengan sentimen dan persepsi. Lihat sahaja bagaimana PAS menabur fitnah bahawa Najib Razak akan membubarkan parlimen dan mengundi pada Musim Haji yang lepas. Sehingga musim haji tamat pun tarikh PRU 13 masih menjadi teka-teki.

Terkini Ketua UMNO Bahagian Cheras,  Datuk Wira Syed Ali Alhabshee mencabar Anwar Ibrahim pula menentang Najib Razak di Parlimen Pekan :
"Saya cabar Anwar menentang Najib di Pekan, kita nak tengok setakat mana kemampuan dan keberanian beliau membohongi rakyat Pahang dengan pelbagai isu fitnah".
Jika benar Anwar ingin bertanding menentang Najib, ia bererti Anwar meletakkan sebelah kakinya untuk kalah sebelum berlangsungnya PRU 13. Saya tidak menolak kemungkinan bahawa jika Anwar menentang Najib di Pekan maka saingan akan sengit. Kemenangan tetap pada Najib Razak tetapi majoriti kemenangan akan lebih rendah berbanding sebelumnya. Jika ia benar terjadi maka Anwar kena menunaikan janjinya bahawa akan bersara jika kalah pada PRU 13 ini.

Biar apapun percaturan dan fitnah dari pembangkang siapa yang akan menentang Najib Razak di Parlimen Pekan, mereka sedar bahawa mereka tetap tidak akan menang di Pekan tetapi cukuplah sekadar dapat mengurangkan majoriti sokongan kepada Najib Razak. Mengurangkan majoriti ialah tujuan utama mereka.

HE : Mengurangkan majoriti di Pekan dan Permatang Pauh merupakan kemenangan moral buat BN dan PR. 

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA