networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Saturday, November 10, 2012

Nik Aziz Suarakan Bantahan Terhadap Kenyataan @N_Izzah..Tak Nak Saman Nik Aziz ke?


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata jika benar Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mengeluarkan kenyataan mengenai kebebasan beragama yang menimbulkan kontroversi, ia adalah suatu perkara yang tidak betul.

"Itu tak betul, kalau itu ucapan dia (Nurul Izzah)," katanya kepada Bernama selepas menunaikan solat Jumaat bersama Sultan Kelantan Sultan Muhammad V di Masjid Ketereh di sini, hari ini. SELANJUTNYA

Kalau nak tahu..memang benar Nurul Izzah ada kata...tak percaya..bawah ini buktinya

SOALAN : Soalan utama saya ialah apabila anda bercakap mengenai kebebasan beragama, adakah anda juga memaksudkan bahawa orang Melayu patut diberi hak yang sama?

NURUL IZZAH : Tidak harus ada paksaan di dalam agama...

Bagaimanakah seseorang itu boleh berkata maaf...ini (kebebasan agama)

hanya untuk bukan Melayu. Ia (sebenarnya) harus dilaksanakan sama rata (untuk semua kaum,)

Di dalam Al-Quran, tidak ada terma yang spesifik yang mengatakan untuk orang Melayu ini cara ia patut dilakukan.

Apa yang kita mahukan ialah sudah tentu dalam erti kata kualiti (Islam).
Kita harus mempunya akidah yang kuat.
Walaupun saya bersekolah di Assunta yang mempunyai salib besar di dewannya...
Saya tidak terpengaruh (dengan ajaran Katholik).

HE : kali ni gua sokong tok guru...Undi tetap BN...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA