networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Saturday, November 10, 2012

Pakatan Akan Bubar 1MDB Yang Menaja Pakej Haji Dalam Tempoh 100 Hari Berkuasa

PAS atau Pakatan sering melaungkan bahawa UMNO ini parti sesat, kafir dan berbagai lagi tohmahan sesat untuk meraih undi dari orang Islam. Namun sejak kebelakangan ini tindakan mereka yang menggunakan Agama Islam sebagai sandiwara politik mereka telah terdedah sedikit demi sedikit...

Sebelum ini kecoh isu Izzah mengatakan bahawa Melayu juga perlu bebas beragama...

Masihkah kita ingat bahawa sebelum ini, Pakatan menabur fitnah bahawa kepimpinan Najib Razak dan Barisan Nasional adalah sangat kejam kerana mahu membubar dan melaksanakan Pilihan Raya musim haji..

Setelah berakhirnya musim haji, Pilihanraya belum lagi dilaksanakan..tetapi mereka sudah mengeluarkan arahan supaya jemaah haji tidak menunaikan haji berikutan tohamahan kononnya Pilihan Raya akan diadakan pada musim haji...

Gambar di bawah ini adalah salah satu bukti bahawa Pakatan cuba untuk membubarkan sebuah organisasi (1MDB) yang menjaga kepentingan agama dengan menaja jemaah haji menunaikan haji..

Apa yang dikeluarkan oleh Suara Keadilan adalah, mereka akan mebubarkan 1MDB dalam tempoh 100 hari mereka berkuasa...bayangkan betapa jahatnya mereka ini untuk menutup usaha amal ibadah menaja rakyat menunaikan rukun Islam kelima..

sumber gambar : http://mymassa.blogspot.com/2012/11/berita-yang-tak-keluar-di-harakah-atau.html?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter
Metro
Gambar di atas menunjukkan betapa bersyukurnya umat Islam yang telah ditaja menunaikan Haji dalam program 1MDB..dan di bawah ini adalah agenda syaitan pakatan untuk membubarkan peranan 1MDB...

Keadilan
Dibawah ini pula Pakatan menghalang jentera partinya menunaikan haji berikutan untuk memberi fokus PRU 13 yang didakwa akan dilaksanakan pada musim haji

Jentera Parti Diminta Tangguh Haji Untuk Fokus PRU-13

SHAH ALAM, 5 JUN : PAS hari ini meminta kesemua ahlinya yang terlibat secara langsung dalam pilihan raya untuk menangguh ibadah haji bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Ini kerana menurut Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, PAS menjangka PRU-13 bakal berlangsung semasa musim haji iaitu selepas bulan Ramadan, antara September hingga Oktober.

Katanya, penangguhan ibadah haji itu dianggap wajar kerana PAS memerlukan jentera parti untuk melaksanakan gerak kerja semasa pilihan raya nanti.

“Inilah masalah yang dihadapi negara kita berhubung tarikh pilihan raya menyebabkan rakyat susah untuk membuat perancangan.

“Kalau ikut pemantauan kita, memang dijangkakan pilihan raya bakal diadakan pada musim haji tahun ini iaitu jemaah haji bertolak ke Makkah.

“Kalau berlaku demikian, kita minta ahli PAS yang terlibat secara langsung dalam pilihan raya sama ada sebagai calon atau wakil calon atau agen parti untuk menangguh ibadah haji ke tahun hadapan,” katanya.

Tuan Ibrahim juga berkata, jika pilihanraya diadakan pada musim haji ia akan mendatangkan kesukaran bagi pengundi yang dipilih untuk pergi ke Makkah.

“Kita melahirkan rasa dukacita terhadap perkara ini. Takkan kita nak salahkan orang ramai untuk menunaikan ibadah haji? Kerajaan sepatutnya lebih awal tetapkan tarikh, supaya tidak mengganggu perkara-perkara lain,” ujarnya.

Timbalan Pengerusi DAP Kepong, Dr Tan Seng Giaw juga tidak setuju PRU-13 diadakan pada musim haji kerana ia mengganggu urusan ibadah umat Islam.

“Umat Islam sibuk dengan kegiatan agama pada musim haji, janganlah ditambah lagi dengan masalah PRU.

“Walaupun tempoh berkempen adalah selama dua minggu, tetapi kita perlu lakukan persiapan sebulan lebih awal.

“Kerajaan perlu fikir masak-masak sebelum umumkan tarikh PRU-13. Tidak pernah PRU diadakan pada musim haji ataupun bulan Ramadan. Saya berharap kali ini pun tiada. Kita perlu beri peluang kepada umat Islam untuk laksanakan kewajipan mereka,” ujarnya.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam kenyataannya semalam mendakwa Umno-BN menafikan hak sebahagian besar rakyat jika mengadakan PRU-13 pada musim haji tahun ini.

“Hanya segelintir umat Islam yang dapat membezakan diantara wajib mudayyak yang tidak boleh ditangguh dan wajib muwassaa yang boleh ditangguh.

“Umno yang memisahkan politik daripada agama tidak peduli kepada musim haji yang menafikan hak sebahagian besar rakyat, kerana kaedahnya wajib menang dengan apa cara sekali pun.”

HE : Mereka sanggup melakukan apa sahaja asalkan matlamat politik tercapai..subhanallah!!!

3 comments:

Anonymous said...

fitnah UMNO Lembu.Berapa kau dapat bayaran buat fitnah ni?bodoh

dewi_sue said...

Tak nak terima kenyataan ke Bro?

Harapan Esok said...

merekakan lebih Islam daripada islam

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA