networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Thursday, November 22, 2012

PANAS #IsuAirSgor !!! Khalid 'Gagap' Lidah Bercabang Mahu Kerjasama Tapi Tak Beri Kerjasama Bina Projek Rawatan Air Langat 2



Baru-baru ini kerajaan negeri Selangor telah mengeluarkan Kenyataan “Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air Negeri Selangor , Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya” yang disediakan oleh Unit Perancangan Ekonomi Selangor.

Apa yang hendak disampaikan ialah Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air masih gagal dilaksanakan.

Atas sebab mahu menutup 'kemaluan' Khalid 'Gagap', mereka mengubah laporan tersebut bahawa kegagalan untuk menstruktur perkhidmatan air adalah berpunca daripada tindakan Kerajaan Pusat enggan turut serta dalam pengambilalihan syarikat konsesi air.

Inilah sifat pembangkang, jika mereka gagal melaksanakan sesuatu perkara maka pihak yang akan menjadi mangsa bagi menutup kesalahan mereka ialah Kerajaan Pusat atau Barisan Nasional. Adalah amat mustahil dan tidak akan terjadi jika Pembangkang hendak menyalahkan penasihat ekonominya yang dibayar RM1!!

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin pernah menyatakan bahawa Kerajaan Pusat telah membenarkan Kerajaan Negeri Selangor untuk mengambil alih syarikat-syarikat konsesi air itu.

Kenyataan Tan Sri Muhyiddin secara jelas telah membuktikan bahawa yang kerajaan pusat amat bersifat terbuka dengan memberi kebenaran kerajaan negeri pakatan itu mengambil alih syarikat tersebut.

Ketika ini, rawatan industri perkhidmatan air melibatkan syarikat konsesi Puncak Niaga Sdn Bhd, Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) dan Konsortium ABASS Sdn Bhd. Manakala agihan air pula dikendalikan oleh konsesi Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

Laporan tersebut ibarat membuka pekung di dada Khalid!!! secara jelas menunjukkan bahawa kegagalan Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air disebabkan kesemua konsesi air telah menolak tawaran terakhir kerajaan Khalid Gagap sebanyak RM 9.27 billion pada 31 Januari 2010.

Laporan itu juga tidak menyatakan bahawa kerajaan pusat yang menyuruh konsesi menolak tawaran kerajaan Khalid Gagap. Bagaimana pula kerajaan pusat boleh dilibatkan dalam hal ini. Laporan tu banyak ceritakan perjalanan usaha yang telah dilakukan Kerajaan Negeri Selangor yang realitinya gagal...

Saya agak hairan kenapa mereka menyalahkan kerajaan Pusat, mereka yang memulakan cadangan mahu menstruktur perkhidmatan air tiba-tiba pula kerajaan pusat yang dipersalahkan selepas kesemua konsesi menolak tawaran.

Agaknya dia ingat penstrukturan semula ini melibatkan bekalan air ke Putrajaya dan Kuala Lumpur, boleh lah tarik sekali Kerajaan Pusat untuk “paksa” syarikat konsesi air terima tawaran yang Khalid buat...

Sebenarnya pada 26 Jun 2009, SPLASH dan ABASS telah setuju terima tawaran, kenapa masa tu tak beli? Yang lagi pelik, ABASS, anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor pun tolak tawaran pada 31 Januari 2010. Dengan anak syarikat sendiri pun Khalid tak berjaya nak suruh jual, inikan pula yang lain? Hebat betul “Kampung boy to CEO” ni!! pandai kencing orang..

Anak syarikat kalau lulus dan syarikat bukan milik Gagap tak terima tu lainlah..ini anak syarikat sendiri pun 'ludah balik' nak salahkan orang lain plak...bawah ni buktinya :
ABBAS 90.83% Ekuiti Kerajaan PR Khalid

ABBAS yang kerajaan PR pegang ekuiti 90.83%  Setuju pada 25.06.2009
Kenapa dia tidak beli 1 syarikat dulu?

Individu yang harus dipersalahkan dalam hal ini ialah Khalid Gagap kerana dia gagal menstruktur setelah beberapa kali rundingan. Sepatutnya Khalid sudah boleh beli 2 syarikat konsesi dulu sebelum buat tawaran untuk 2 lagi konsesi..tapi apakan daya sifat tamak telah menguasai diri maka dia tak beli..bak kata pepatah  'yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran'...

Dahulu mereka iktiraf kejayaan Khalid Gagap kerana kejayaannya memberi air percuma tetapi bila mereka gagal menstruktur perkhidmatan air atas cadangan yang mereka buat sendiri, Kerajaan Pusat pula disalahkan.

Mungkin kerana kekecewaan ini, Khalid Gagap membalas dendam dengan tidak membenarkan projek Loji Rawatan Air Langat 2 di negeri itu yang mana adalah usaha Kerajaan Pusat yang peka terhadap krisis air di Selangor.

Melalui pengamatan saya, penstrukturan semula air yang gagal itu tidak ada kena mengena dengan Projek Loji Rawatan Air Langat 2. Langat 2 bertujuan untuk membantu rakyat bagi menangani krisis air besar yang dijangka melanda Selangor 2014 ini.

Berbeza pula dengan penstrukturan semula konsesi air, mereka mempunyai tujuan dan kepentingan tertentu untuk mendominasi perkhidmatan air di Selangor.

Jika benar Selangor menjaga kebajikan dan membela rakyat mengapa tidak mereka membenarkan projek Loji Rawatan Air Langat 2. Khalid gagap secara jelas menuduh dan memfitnah kerajaan pusat kononnya tidak membenarkan usaha menstruktur air tetapi realitinya kerajaan pusat membenarkan.

Punca utama kegagalan penstrukturan semula air ialah kegagalan Kerajaan Khalid berunding dengan pihak konsesi. Kertas Penstrukturan Semula ini sebenarnya menceritakan perjalanan kegagalan si Khalid jer cuma mereka tuduh Kerajaan BN untuk tutup kesalahannya

Jika benar Khalid mahukan kerjasama kenapa dia tidak melakukan perkara yang sama dengan bekerjasama dengan kerajaan Pusat? Bina Projek Rawatan Air Langat 2!!!!

HE : mahu Syarikat Konsesi Kerjasama dengan Pakatan tetapi pakatan tak mahu pula kerjasama luluskan pembinaan langat 2... Langat 2 untuk rakyat..bukannya untuk Pakatan…

1 comment:

Anonymous said...

UMNU fitnah saja!bodoh piang

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA