networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Tuesday, November 27, 2012

#PAU2012 : UMNO'S INTERNATIONAL FORUM - Tun M Welcoming Speech.


KUALA LUMPUR - Masyarakat dunia digesa menolak peperangan dan budaya keganasan dalam menyelesaikan konflik politik bagi memastikan keamanan dan kemakmuran global dapat dicapai.

Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad berkata, masyarakat dunia hari ini boleh mencontohi pendekatan Malaysia menangani konflik di kalangan negera-negara Asean.

"Malaysia sentiasa mengelak konfrontasi di kalangan negara-negara jiran. Kami sentiasa mengambil pendekatan rundingan untuk menyelesaikan segala masalah atau tuntutan bertindih. 

"Ini adalah rahsia kejayaan Malaysia mengekalkan keamanan di rantau ini. Peperangan bukan jalan penyelesaian walaupun Malaysia mampu untuk berperang," katanya sambil berseloroh di hadapan jemputan 'UMNO's International Forum' sempena Perhimpunan Agung UMNO 2012 hari ini.

Dalam pada itu, beliau mendakwa amalan hak demokrasi untuk berhimpun dan kebebasan bersuara yang melampau dan ekstrem meletakkan masyarakat dalam ketidakstabilan.

Dakwanya, golongan minoriti yang tidak berpuas hati kerana tewas dalam pilihan raya akan menggunakan hak berkenaan untuk menjejaskan dan menumbangkan kerajaan.

Kumpulan yang tumbang itu pula, dakwanya, akan menggunakan hak mereka untuk menentang perkara ini dan kitaran berkenaan seterusnya akan menyebabkan ketidakstabilan yang lebih besar kepada masyarakat dan negera.

Perkara ini, dakwanya, akan berterusan tanpa henti jika masing-masing tiada sepakat untuk mengekalkan keamanan demi kemakmuran negara. Apabila kepentingan peribada mengatasi kepentigan negara.-Shah Alam Rebels 

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA