networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Tuesday, November 6, 2012

Presiden PAS Semakin Tua Semakin Celaru

Arak dan PAS berpisah tidak..
Apa hendak jadi dengan Hadi sorang ni..semakin lama dia memimpin semakin teruk pemikiran dia berbanding Nik Aziz yang sudah tua tu. Belum pun reda dengan isu dia tidak mahu bertanding dan cuba membunuh diri sendiri dengan kenyataan ingin bertanding di parlimen PEKAN SINI..timbul pula kenyataan menyuruh umat Melayu sertai DAP..

umum sudah mengetahui PEKAN sememangnya kawasan kubu kuat UMNO BN di sana...

Apa kejadahnya seorang Presiden parti mahu bertanding di kawasan yang dia sendiri tahu bahawa peratusan hendak menang tersangatlah tipis sekali..terbaru Zaid Botol pula mahu bertanding di PEKAN...sudah tentu kalah...siapa yang mahu pemimpin kaki botol seperti itu...

Hadi..ohh hadi...dahulu PAS dengan lantangnya mahu orang UMNO sertai PAS dengan harapan mahu mengislamkan penyokong setia UMNO..itu dahulu..selepas berkawan dengan DAP..satu persatu bencana dan azab ditunjukkan oleh Allah S.W.T..

kini, Hadi pula menyeru UMAT Islam berbangsa Melayu menyertai DAP Cauvanis..

Sudahlah negara Isalam ditukar kepada negara berkebajikan..hudud pun tiada dalam manifestor mereka..kini PAS menyuruh umat Islam Melayu menyerai DAP..kenapa tidak Hadi menyeru Melayu sertai PAS?

Mungkin Hadi sendiri sudah malas hendak memikirkan soal politik PAS...dia dulu pun sudah berkali-kali mahu berundur untuk tidak bertanding apda PRU 13..atas desakan oleh PAS suruh dia bertanding..dia terpaksa bertanding dengan memilih Parlimen PEKAN iaitu kawasan yang dia rasa akan kalah....
"Oleh itu, adalah agak aneh untuk Abdul Hadi membuat kenyataan itu kerana kita semua tahu bahawa hubungan DAP-PAS bermasalah dan tidak kukuh," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Forum Inovasi Dunia Kuala Lumpur 2012 (WIF-KL2012) di sini Isnin. 
Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan Abdul Hadi yang merestui orang Melayu menyertai DAP memandangkan sebelum ini Pengerusi DAP Karpal Singh menyatakan tentangannya terhadap pelaksanaan hukum Hudud dan negara Islam yang diperjuangkan PAS. 
Muhyiddin juga berkata: "Kalau semua orang masuk DAP, PAS tidak ada orang. Itu membingungkan saya kalau betul kenyataan dari Presiden PAS itu. Semua orang tahu khususnya orang Melayu bahawa DAP tidak pernah menjadi parti yang berjuang untuk semua kaum," katanya. 
Beliau berkata DAP merupakan parti yang mementingkan satu kaum sahaja dan tidak demokratik. 
Malah DAP tidak pernah bertanding di kawasan Melayu dan hanya memilih kawasan bukan Melayu, terutama kawasan-kawasan bandar, katanya. 
Menyentuh tindakan DAP menghalang akhbar Utusan Malaysia daripada membuat liputan semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, beliau berkata bahawa parti itu "memang cakap tak serupa bikin." 
"Kita mendengar tentang prinsip perjuangan, menjunjung ketelusan dan sebagainya yang dijadikan asas perjuangan parti itu, tetapi dari segi amalan sebenar, ia tidak begitu," katanya.
Ditanya pandangan timbalan perdana menteri mengenai bekas presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Datuk Zaid Ibrahim yang ingin bertanding di Pekan, beliau berkata:

"Itu saya tidak tahu. Kita tengok betul atau tidak," katanya. -Bernama
HE : Negara Islam tukar Negara Kebajikan...Hudud tiada dalam Manifesto..Presiden tidak mahu bertanding ubah fikiran untuk bertanding di kawasan MAUT...tidak berjaya memaksa ISLAM Melayu sertai PAS maka dia pula suruh sertai DAP...semakin celaru orang tua ni... 

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA