networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Tuesday, November 27, 2012

Ustaz Azhar Idrus Dibidas Kerana Suruh Malaysia Hantar 16 Jet Pergi Berperang Dengan Israel...


Artikel ini agak panjang yang mana dikirimkan ke email harapanesok@gmail.com ..mohon baca dengan teliti!!!

Krisis Palestine sebenarnya sudah berlanjutan sejak ribuan tahun dahulu dan saban tahun semakin melarat. Baru-baru ini, peperangan yang berlaku di Gaza, saya lebih suka gunakan istilahgenocide ataupun penghapusan etnik sebagai istilah yang sesuai untuk menggambarkan kekejaman Zinois.

Artikel ini akan merangkumi tiga fasa, iaitu fasa pertama, membincangkan sejarah awal Bani Israel/Yahudi, kemudian fasa dua yang membincangkan mengenai Perang Arab-Israel 1948 dan Perang 6 Hari. Fasa ketiga akan menyentuh mengenai kenyataan Ustaz Azhar Idrus mengenai isu jet Palestine dari aspek ketenteraan dan agama. 

Sejarah Awal Bani Israel/Yahudi

Sejarah Bani Israel harus bermula dengan Nabi Ibrahim kerana Nabi Ibrahim merupakan bapa kepada tiga bangsa, iaitu bangsa Arab, Yahudi dan Melayu. Kita mulakan kisah dengan singgahnya Nabi Ibrahim A.S dan sepupunya, Nabi Lut A.S ke sebuah negeri bernama Hebron. Di sana, baginda telah berjumpa dengan Sarah lalu berkahwin dengan Sarah manakala Nabi Lut membawa diri ke Kota Sodom sesuai dengan perintah ALLAH.

Di Kota Sodom, terjadinya kisah yang masih diingati dalam sejarah Islam, kisah bagaimana bangsa pertama di dunia yang mengamalkan homoseksual dan kemudiannya menerima bala yang tidak terperi daripada ALLAH dan satu-satunya malapetaka yang ALLAH masih tunjukkan kepada dunia, untuk memberi amaran kepada manusia bahawa ALLAH sangat melaknat hambanya yang mempunyai nafsu songsang.

Kemudian, Nabi Ibrahim membawa isterinya, Sarah ke Mesir. Baginda menetap di sana beberapa ketika dan terjadi peristwa yang kemudiannya membuatkan Nabi Ibrahim kembali ke Hebron lalu berkahwin dengan Hajar. Daripada keturunan Hajar ini, lahirnya bangsa arab melalui Nabi Ismail. Siti Hajar dan Nabi Ismail diperintahkan untuk singgah ke sebuah tempat yang kini menjadi Mekah.

Berbalik kepada Sarah, dia telah melahirkan Nabi Ishak. Nabi Ishak menetap di Hebron dan telah berkahwin dengan Rebeca. Daripada Rebecca ini, lahirnya Nabi Yakub A.S. Nabi Yakub membesar dan berkahwin dengan dua orang perempuan iaitu Leah dan Rachel. Selepas Leah melahirkan empat orang anak, Rachel menjadi cemburu dan berkat doanya kepada ALLAH, akhirnya ALLAH mengurniakan Nabi Yusof A.S sebagai permata keluarga. Daripada Nabi Yakub ini, terdapat 12 orang anak yang kemudiannya menjadi 12 suku bani Israel.

Diberitakan dalam Al-Quran, Nabi Yusof menjadi mangsa kekejaman abang tirinya dan telah dibuang ke dalam perigi. Namun, takdir ALLAH mengatasi segala-galanya, Nabi Yusof A.S telah ditemui dan dijaga. Dipendekkan cerita, Nabi Yusof akhirnya menjadi menteri hal ehwal makanan dan telah berkahwin dengan Zulaikha. Diceritakan oleh Al-Quran, Injil dan Taurat, bahawa ALLAH telah mempertemukan Nabi Yusof dengan adik beradik tirinya yang lain. Nabi Yusof sendiri telah memperlawa adik beradiknya serta ayahnya untuk tinggal di Mesir.

Beratus tahun Bani Israel menguasai Mesir daripada Bangsa Qibti dan apabila tiba satu masanya, mereka menjadi sombong (sifat biasa Bani Israel) dan menaikkan kemarahan Bangsa Qibti, pengasas Tamadun Mesir Purba dan telah dijadikan hamba. Mereka tertekan silih tahun sehingga ALLAH menurunkan Nabi Musa A.S untuk berdakwah serta membawa mereka keluar dari Mesir.

Kisah Nabi Musa A.S yang turut berdakwah kepada Firaun menjadi antara kisah yang paling popular di dalam Al-Quran. Fenomena Laut Merah pasti masih segar diceritakan kepada kita bagaimana Nabi Musa membawa Bani Israel membelah lautan merah, ke sebuah tanah yang dinamakan Tanah Kanaan, tanah milik bangsa Palestine pada hari ini. Namun, Nabi Musa tidak berkesempatan untuk membawa Bani Israel masuk ke Palestine dan tugas itu diambil oleh anak muridnya iaitu Nabi Joshua. Ketika itu, Palestine sudah mempunyai penduduk asal iaitu Bangsa Kanaan, iaitu orang Palestine pada hari ini.

Sebab itu apabila mereka mengatakan bahawa mereka ialah penduduk asal Palestine, maka itu hanyalah bohongan semata-mata. Bangsa Yahudi sebenarnya tidak mempunyai negara. Mereka berjaya membina kerajaan Israel pun hanya kerana ALLAH mengirimkan seorang pemimpin yang bernama Talut di kalangan mereka untuk melawan pemerintah yang bernama Jalut. Ditakdirkan, Nabi Daud berjaya mengalahkan Jalut maka Nabi Daud telah mewarisi kerajaan ini.

Kerajaan ini berdiri sehinggalah pada tahun 586 Sebelum Masihi apabila diserang seorang raja dari kerajaan Babylon iaitu Raja Nebuchadnezzar. Dari tahun ini, bani Israel tidak mempunyai kuasa di Palestine sehinggalah Rom menawan Palestine. Raja Herod telah dilantik oleh Rom untuk menjadi wakil mereka memerintah Palestine. Namun, ketika kelahiran Nabi Isa, Raja Herod dan Bani Israel telah cuba untuk membunuh baginda namun ALLAH telah mengangkat Nabi Isa ke langit.

Seterusnya, ALLAH telah mengurniakan bala ke atas Israel apabila Rom telah menyerang dan menghancurkan Jerusalem. Di atas apa yang mereka lakukan ke atas Nabi Isa, ALLAH telah menarik hak mereka ke atas Tanah Kanaan maka bergelantanganlah Bani Israel ke seluruh tempat. Hal ini sesuai dengan ayat Al-Quran di bawah:

"...telah dilaknati orang-orang kafir dari Bani Israil dengan lisqn Daud dan Isa putera Maryam. Yang demikian itu, disebabkan mereka derhaka dan selalu melampaui batas. (Al-Qur'an, 5:78)

Mereka menunggu kedatangan Nabi Akhir Zaman dan berharap nabi akhir zaman ini akan menyelamatkan mereka daripada bala yang diturunkan oleh ALLAH.

Namun, apabila Muhammad datang daripada keturunan Arab, saudara jauh mereka, maka mereka menolak kenabian nabi Muhammad. Golongan inilah yang dipanggil sebagai Yahudi. Golongan bani Israel yang menerima kenabian Nabi Isa pula dikenali sebagai Nasrani dan kemudiannya Kristian dan istilah itu kekal untuk semua penganut Trinity. Yahudi dan Kristian pada hari ini ialah ahli kitab.

Peperangan Melibatkan Tanah Palestine

Seterusnya umat Islam harus belajar daripada dua orang tokoh Islam yang telah dua kali membebaskan Palestine daripada Rom. Pertama, Khalifah Umar Abdul Khattab, kedua ialah Salahudin Al-Ayubi. Ada perkara positif daripada peperangan ini yang harus dipelajari oleh kita. Mari, kita belajar mengenai sejarah Islam pula.

Selepas Rom menawan Tanah Kanaan, Baitulmaqdis terus lenyap dari pandangan dunia sehinggalah pada tahun 312 apabila pemerintah Rom ketika itu memeluk agama Kristian dan Baitulmaqdis mula dibangunkan sebagai Kota Umat Nasrani. Pelbagai gereja didirikan tetapi sisa tinggalan tembok Kuil Nabi Sulaiman terus dibiarkan tanpa terusik dan hari ini ia merupakan tempat beribadah kaum yahudi di Baitulmaqdis.

Untuk membebaskan tanah suci Umat Islam ini, Saidina Umar Al-Khattab telah mengumpul askar 20 000 orang yang dibarisi oleh panglima-panglima perang Islam yang terkenal seperti Abu Ubaidah, Khalid Al-Walid, Yazid bin Abu Sufyan dan Sharjeel bin Hasana. Tetapi sebelum itu, terdapat peperangan antara Khalifah Umar dan Rom di sebuah tempat berdekatan dengan Sungai Yarmouk. Dengan jumlah tentera sebanyak 40 000 orang, orang Islam berjaya mengalahkan tentera Rom yang ketika dipimpin oleh Maharaja Heraclius. Peperangan sebagai titik permulaan jatuhnya wilayah Syria ke tangan umat Islam dan seterusnya menyenangkan kerja penawanan Baitulmaqdis dan Tanah Kanaan. Perang Yarmouk ini menyaksikan kehebatan Khalid Al-Walid bermain strategi dan taktikal sehingga berjaya memperbudak-budakkan tentera Rom.

Dikatakan Khalid Al-Walid telah memanggil Abu Ubaidah supaya menyatukan menarik kembali tentera Islam dari Syria dan Palestine serta menumpukan kekuatan tentera untuk bertempur dengan tentera Rom di sebuah tempat sementara menunggu bantuan daripada Umar. Khalid Al-Walid sebenarnya telah mengkaji cara peperangan Rom ketika itu. Beliau mengetahui bahawa Rom sebenarnya lebih suka bertempur dalam skala yang kecil dan ini dimanfaatkan dengan menarik kembali askar-askarnya yang berpecah dan menyatukan mereka di satu tempat. Kemenangan di Yarmouk ini menyenangkan kerja penawanan Baitulmaqdis yang berada di dalam wilayah Syria ketika itu. Anda belajar sesuatu daripadanya?

Kesatuan itu membuatkan kita kuat, berpecah itu membuatkan kita lemah. Khalid Al-Walid tahu kalau tentera Islam berpecah di bahagian-bahagian berbeza, senang sahaja tentera Rom akan kalahkan mereka.

Selepas penawanan Baitulmaqdis, Baitulmaqdis berada di bawah penguasaan orang Islam sehinggalah Perang Salib pertama berlaku. Keamanan yang dikecapi menemui penamatnya pada tahun 27 November 1095 di Dewan Clermont, lebih dari 100 000 orang Eropah bergerak ke Palestine untuk “memerdekakan” tanah suci dari orang Islam dan mencari kekayaan yang besar di Timur. Paus Urbanius II ialah dalang disebalik Perang Salib I berlaku. Baitulmaqdis jatuh selepas 5 minggu dikepung oleh tentera Salib. Sejarah menyaksikan pembunuhan beramai-ramai orang Islam dan Yahudi di tangan tentera Salib.

Pemerintahan tentera salib di atas Baitulmaqdis dan Tanah Kanaan tidak lama apabila ALLAH mengutuskan hambanya yang hebat iaitu Salahudin Al-Ayubi pada tahun 1187. Salahudin Al-Ayubi telah mengalahkan Tentera Salib di Pertempuran Hittin. Apa yang mahu kita belajar daripada Pertempuran Hittin ini ialah Salahudin Al-Ayubi menyatukan dahulu umat Islam di sekelilingnya sebelum memimpin 30 000 askar. Kesatuan sekali lagi membuatkan kita kuat.

Konflik Tanah Palestin

Sebelum kita mengulas lanjut mengenai bab ini, mari kita kaji dahulu apa itu Zionis. Theodor Herzl merupakan pengasas ajaran Zionis ini. Dia merupakan seorang Yahudi Austria. Fahaman zionis yang diasaskan olehnya berbunyi seperti ini iaitu orang Yahudi merupakan bangsa yang paling mulia dan berada di atas bangsa lain. Kebanyakan para Zionis menganggap bahawa bangsa lain didunia seperti anjing, di setahap dengan mereka. Para Zinois juga percaya bahawa tanah Palestine itu milik mereka sahaja. Ramai juga orang Yahudi yang menentang fahaman Zionis ini seperti Rabbi Hirsch. Untuk memenuhi matlamat utama mereka, Palestie itu harus menjadi miliki mereka. Sekarang kita sudah kenal siapa itu Zinois dan sila pandai untuk bezakan Yahudi dan Zionis kerana bukan semua yahudi itu jahat.

Kita kembali kepada topik perbincangan kita iaitu mengenai Perang Arab-Israel. Mari kita hayati sejarah awal sebelum tercetusnya perang ini. Selepas perang dunia pertama, kekalahan Turki dan Jerman di tangan tentera perikatan menyaksikan kejatuhan Palestin selepas ditawan oleh Sultan Salim pada tahun 1512. British telah mengambil alih tanah Palestine ini daripada tangan Turki. Kekalahan Turki ini dijadikan satu peluang untuk Yahudi Zionis untuk mendapatkan Tanah Palestine.

Deklarasi Baflour menyaksikan kemasukan beramai-ramai orang Yahudi ke tanah Palestine dan jumlah mereka semakin bertambah sehingga mampu berorganisasi sendiri. Zionis yang menguasai sistem kewangan ketika itu berjaya membeli dan menebus tanah penduduk asal Tanah Kanaan, iaitu arab Palestine. Banyak tanah-tanah arab Palestine dirampas oleh Zionis. Akibat tekanan ekonomi, mereka terpaksa menjual tanah manakala Britsh sekadar memerhatikan sahaja.

Hal ini mengundang rusuhan demi rusuhan yang dibuat oleh penduduk Palestine yang tidak puas hati. Tahun 1930 menyaksikan kebangkitan yang lebih tersusun di mana melibatkan pertubuhan politik yang berjuang untuk mendapatkan hak mereka yang dicabuli oleh Zionis. Menjelang 1936, penduduk Palestine yang menentang British dan Zionis semakin bertambah dengan memaksa British untuk membuat sesuatu.

Suruhanjaya Peel telah ditubuhkan untuk mencadangkan pembahagian tanah Palestine kepada dua, satu milik Yahudi dan satu lagi milik arab Palestine. Di bawah rancangan ini, 33 % tanah Palestine akan diberikan kepada Yahudi. Umat Palestine menjadi marah kerana mereka tidak mahukan pendudukan yahudi kerana tanah yang dimiliki oleh yahudi hanya 5.8 % pada ketika itu.

Ini memaksa suruhanjaya yang baru ditubuhkan. Suruhanjaya yang baru mengatakan bahawa cadangan yang lama tidak praktikal dan mencadangkan seperti berikut:

“Britain’s obligations of the Jewish Nation home had been substantially fulfilled; indefinite mass Jewish immigration to and land acquisition in Palestine would contradict Britain’s obligations to the Palestinian; within the next 5 years, 75 000 more Jews would be allowed in to the country, after which Jewish immigration would be subject to ‘ Arab acquiescence’"

Orang arab sekali lagi tidak bersetuju melalui apabila merasakan kemasukan yahudi tidak terkawal pada 5 tahun manakala Zionist pula mengatakan bahawa impian mereka untuk menubuhkan negara Israel tidak akan tercapai. Hal ini membuatkan British bingung. Akhirnya United Nations General Assembly ditubuhkan untuk menyelesaikan masalah ini. Pada akhir perbincangan, UN mencadangkan agar 56% tanah Palestine diberikan kepada Yahudi manakala 46 % diberikan kepada Palestine. Baitulmaqdis pula diletakkan di atas pimpinan masyarakat antarabangsa.

Masyarakat arab menentang cadangan ini kerana tanah Palestine yang diberikan kepada penduduk arab ialah tanah yang tidak subur berbanding tanah yang diberikan kepada Yahudi.

Perang Arab-Israel 1948

Pada 14 Mei 1948, dunia menyaksikan bagaimana Israel melalui David Ben Gurion mengisytiharkan kemerdekaan negara Israel. Akibat daripada itu, pasukan arab di bawah Liga Arab terus meingistiharkan perang ke atas Israel. Namun perang ini melibatkan kekalahan tentera bersekutu arab. Kenapa boleh kalah? Ada sesuatu yang saya mahu katakan.

Arab pada zahir sahaja bersatu tetapi pada batinnya, mereka masing-masing mempunyai matlamat sendiri. Hasil kajian saya membawa saya kepada penemuan ini. Raja Abdullah I daripada Jordan merupakan pemimpin tentera bersekutu arab ini tetapi Raja Farouq misalnya merasa terancam dengan kepimpinan Raja Abdullah ini sedangkan dia mahu terlihat sebagai hero Palestine. Nuri As-Sahiq pula nak menggabungkan Palestine di bawah impiannya iaitu menubuhkan kembali atau menyatukan semua wilayah di bawah Fertile Cersent. Raja Abdullah I telah membuat perjanjian rahsia dengan Yahudi agar tidak menyerang wilayah Israel namun terpaksa menyerang pada akhirnya kerana desakan negara-negara arab yang lain. Peperangan ini kemudiannya menjadi perang untuk motif politik Raja Abdullah I, bukannya perang untuk membebaskan Palestine. Sebenarnya, negara-negara arab tidak pernah bersatu dan bagaimana anda jangkakan negara arab ini akan ditolong ALLAH dalam peperangan? Akibat daripada perbuatan bodoh negara-negara arab menyerang Israel, yang menjadi mangsa ialah Palestine sendiri. Palestine kehilangan 22 % wilayah mereka seperti mana yang termaktub dalam cadangan UN.

Zionis mula mengambil kesempatan di sini untuk memperlihatkan kepada dunia bahawa merekalah yang menjadi mangsa.. Apa yang saya ingin tekankan di sini ialah seharusnya serangan ini tidak terjadi pun. Bukankah cadangan kedua suruhanjaya British mengatakan bahawa penduduk Palestine mempunyai hak ke atas Tanah Palestine ini? Bahkan British memberi kebenaran lagi kepada penduduk Palestine supaya boleh memberi kebenaran kepada kemasukan orang Yahudi ke dalam negara mereka? Fikirkan sendiri. Seterusnya perang 6 hari pada tahun 1967 menyaksikan banyak lagi wilayah Palestine hilang.

Kenyataan Ustaz Azhar Idrus


Bagi saya, kenyataan beliau sangat-sangat tidak relevan. Beliau mungkin bijak mengenai ilmu agama tetapi saya sarankan beliau janganlah bercakap mengenai sesuatu yang bukan dalam bidang pengetahuan beliau terutama mengenai bidang ketenteraan ini. Saya tahu, kalau kenyataan ini keluar dari mulut orang biasa, bagi saya tiada masalah tetapi kenyataan ini keluar daripada orang yang mempunyai jutaan pengikut. Mungkin ada diantara pengikut ini yang taksub membabi buta terus megangguk kata-kata ustaz.

Mari, saya jelaskan kenapa kita tidak boleh menghantar jet kita? Bukan jet tersebut yang menjadi persoalan tetapi bagaimanakah kita mahu menghantar jet tersebut tanpa ditembak oleh negara lain kerana menceroboh ruang udara mereka sebelum sempat sampai ke Gaza? Pernah dengar tak mengenai Air Invasion, Sea Invasion, DAN Land Invasion? Kalau kita hantar jet pejuang kita, menceroboh ruang udara negara-negara yang akan kita lalu ketika melintasi negara-negara lain, sudahpastinya kita akan ditembak oleh roket mereka. Tak perlu sampai Israel pun sebab perbuatan bodoh hasil cadangan beliau.

Nabi sendiri mengajar kita untuk berperang menggunakan strategi, bukannya melulu macam cadangan ustaz yang akan memberikan semua hak yang diperlukan pentadbiran Amerika Syarikat untuk merogol kedaulatan tanahair kita yang tercinta ini. Nabi tak akan dapat menawan Kota Khaibar, kota yang menjadi rebutan Rom dan Parsi daripada umat Islam kalau tanpa strategi dan taktikal, bukannya nabi suruh kita melulu berani mati. Begitu juga dengan sekarang, kita harus membuat analisis dan strategi untuk menyerang. Tanpa analisis, anda hanya turun untuk mati dalam peperangan. Jom kita buat analisis. Analisis itu ialah salah satu taktikal perang.

Kalau nak buat perbandingan, memang memerlukan artikel yang panjang tetapi tak mengapa, kita bandingkan yang penting-penting. Israel merupakan top 10 negara terkuat dalam bab militari mereka manakala Malaysia menduduki tangga ke 27 di dunia. Senjata darat kita seperti kereta kebal (PT-91M Pendekar dan FV101 Scorpion), dan sebagainya seperti Kenderaan Tempur Infantri , Pengangkut Anggota Berperisai, dan Kenderaan Peninjau Berperisai berjumlah 2465 manakala Israel memiliki12,552 buah. Di atas kertas, sudah tentu Malaysia akan kalah teruk dalam perang darat namun ini agar sukar untuk berlaku dan hampir mustahil kerana jarak yang jauh, dan sudahpasti semuanya akan musnah atau dalam keadaan yang lunyai sewaktu tiba di medan pertempuran akibat serangan dari negara-negara lain ketika dalam perjalanan.

Keupayaan tentera laut kita kiranya seimbang dengan Israel. Jumlah kapal perang kita mengatasi Israel dengan 65, sama dengan bilangan inventori Tentera Laut Israel. Jumlah kapal selam kita hanya berjumlah 2 manakala Israel mengatasi kita dua buah. Bilangan pesawat kita berjumlah 258 manakala Israel mencatat jumlahlebih daripada 1000. Di atas kertas, kita hanya mampu menyangi mereka dalam bab peperangan Laut, itupun sekiranya kita serang mereka secara mengejut menggunakan konsepterror with terror. Selebihnya, kita akan kalah teruk.

Dengan negara kita yang masih perlukan banyak penambahbaikkan dari segi ekonomi, sudah tentu hanya orang yang bodoh sahaja yang akan mewartakan sesuatu cadangan sebegini. Lebih bodoh lagi apabila ada dalam kalangan di sana yang sanggup biar Malaysia dalam keadaan yang terbakar untuk berjihad demi Gaza. Tetapi adakah mereka nampak musuh di hadapan mata sebelum melontarkan pandangan mereka yang penuh kebencian sejauh beribu batu?

Lagi satu, Malaysia tak ada aircraft carrier dan tak ada satu negara Islam pun didunia yang mampu membina aircraft carrier ni. Ohh, kamu tahu ke aircraft carrier ni apa ? Hehehehe... Untuk pengetahuan ustaz, aircraft carrier adalah nama dalam bahasa Inggeris untuk ‘Kapal Pengangkut Pesawat’. Bentuknya sebegini, dan ini adalah contohnya:


Nak tahu ini kapal apa? Inilah aircraft carrier bertenaga nuklear, Kelas Nimitz. Tahu berapa harganya? US$4.5billion.

Negara yang mempunyai aircraft carrier yang paling banyak ialah Amerika Syarikat dengan 11 aircraft carrier manakala 9 negara lain sekadar menmpunyai dua atau 1 sahaja aircraft carrier. Hanya ada 10 sahaja negara di dunia yang mempunyai aircraft carrier. Dan Persekutuan Rusia pun hanya mempunyai dua sahaja, kelas Admiral Kuznetsov.

Sebab itu saya cadangkan jangan melulu dalam peperangan. Rancang taktikal dan strategi, antara strateginya kalau benar-benar mahu menyerang Israel ialah melalui kesatuan. Kita gabungkan askar-askar umat Islam. Ranking dunia menunjukkan Turki negara Islam terkuat, diikuti Pakistan, Indonesia, Mesir, Arab Saudi dan Malaysia merupakan negara Islam keenam terkuat di dunia dalam bab ketenteraan. Selepas kesatuan dicapai, barulah kita boleh merencanakan semua ini. Bukan takat hantar macam itu, tanpa memahami prinsip-prinsip asas the Art of War. Kerana inilah ramai yang tidak bersetuju dengan kepimpinan ulama yang kita tahu akan jahil terhadap logik dan sains.

Mana pergi semua ulama yang kononnya sekarang pewaris Rasulullah SAW dalam isu Rusuhan Mesir? Mana pergi para-para ulama dalam keadaan sekarang yang sedang mempromosikan nasionalisme di antara negara, dan kafir-mengkafirkan sesama Islam, dan mendoakan kejatuhan umat Islam? Yang pelik, puak-puak yang mendoakan kejatuhan sesame umat merupakan salah seorang yang kononnya dari para ulama.

Saya ingin bertanya kepada semua ulama, mana pergi mereka ketika Rasulullah SAW perlu pembelaan dari fitnah Innocence of Muslims? Susah sangatkah untuk mengeluarkan fatwa memberitahu rakyat semua untuk bawa bertenang dan biar para ulama menempah sebuah auditorium dan menghamburkan hujah berdasarkan fakta terhadap tuduhan-tuduhan yang dilemparkan oleh Sam Bacile?

Dengan soalan yang seperti itu tidak terjawab, sudahkah kita bersedia untuk menempur rejim Zionist yang bersekutu, bersatu dan berpadu? Saya tidak maksudkan seluruh umat Islam tetapi ada pepatah Melayu yang menyatakan, ‘siapa makan cili, rasalah pedasnya.’

P.S: Pada asalnya saya mahu memasukkan mengenai perjanjian keamanan yang berlaku antara Palestine dam Yahudi dan pendapat saya mengenai HAMAS, tetapi tak mengapa, itu akan bersambung apabia saya free nanti.

6 comments:

Anonymous said...

Salam admin , untuk info twitter tu bukan milik Ustaz Azhar Idrus .. Beliau tidak pernah ada twitter . Segala update dari twitter bukan dari beliau. Terima Kasih

Anonymous said...

Ustad Natang bercakap ikut kepala lutut je..ramai perminat kerna suka panggil org lain Natang..

Anonymous said...

assalamualaikum saudara..
maaf..klau kita betol2 nk berjuang utk tlg saudara kita kt palestin tu sy rasa tidak masalah klau kite nk pergi pun..

saudara ckp jet kite akn ditembak jika lalu ruang udara negara lain..
tapi awak thu x jet tu diterbangkan dari rusia ke malaysia..xmustahil kn jet tu lalu ruang udara negara lain..

ustaz azhar komeng said...

Bukankah twitter tu sebenarnya ambil dari kata2 UAI semasa ceramah?

ustaz azhar komeng said...

Bukankah twitter tu ambik kata2 dari ceramah UAI?

Anonymous said...

Dasar pengganas.ingat peeeeeeerang je.bodoh.kalau dah obses perang pegi la palestin dn letupkan diri sendiri d sana.bangang.

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA