networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Thursday, November 22, 2012

WAJIB BACA!!! Siapa Sebenarnya Pejuang Hamas? Satu Pencerahan!!!

FITNAH DAJJAL ISRAEL
Tragedi peperangan antara Gaza dan Israel sememangnya diketahui oleh masyarakat seantero dunia. Tetapi adakah kita megetahui apakah punca semua ini berlaku. Ada pendapat mengatakan bahawa Israel menyerang bumi Gaza adalah dengan tujuan untuk menguasai wilayah tersebut. Hal ini disebabkan kerana bumi Palestin kaya dengan hasil bahan mentah minyak dunia. Tetapi ada juga pendapat mengatakan ianya bermula apabila Pilihan Raya Parlimen Palestin (PLC) yang dijalankan pada tahun 2006. 

Sebenarnya, jika hendak diikutkan tarikh keberlangsungannya PLC harus diadakan pada tahun 2006. Atas desakan, masalah dan konflik yang berterusan, ianya telah tertanggunh sejak 1996. 

Pilihan raya yang telah diadakan pada tahun 2006 disahkan adil dan teratur oleh Jimmyn Carter yang merupakan seorang pemerhati mantan presiden Amerika Syarikat (US). Hal ini membuktikan bahwa semua keputusan pilihan raya adalah atas kehendak rakyat Palestin dan bukannya kerana ugutan, membeli undi atau taktik-taktik tidak jujur. 

Dalam pilihan raya tersebut, lebih daripada 70% rakyat Palestin keluar mengundi dan jumlah ini merupakan jumlah yang tertinggi. Dalam pilihan raya tersebut Kerajaan Hamas telah menangi dengan mendapat jumlah undian majoriti. Dengan ini, Hamas telah mendapat mandat oleh rakyat Palestin untuk membentuk kerjaan. Keputusan PLC adalah seperti berikut: 

Komponen Pilihan raya
Bil Kerusi yang Dimenangi
Hamas
74
Fatah
45
Lain-lain
13
(Sumber: Palestinian Legislative Council) 

Selepas keputusan pilihan raya diumumkan, Amerika terkejut bagaimana sebuah organisasi ‘pengganas’ mendapat mandat selesa dari rakyat Pelestin. Kekalahan ini berpunca dari tindakan Amerika yang gagal memahami aspirasi rakyat Palestin yang telah dijajah dan dinafikan hak dan tanah air mereka. 

Kemenangan ini disebabkan majoriti rakyat Palestin menyokong polisi Hamas yang tidak mahu mengiktiraf Israel dan menolak ‘perjanijian damai’ yang berat sebelah. Selepas kekalahan sekutu Amerika (Fatah), Amerika memaksa atau menuntut Hamas supaya melucutkan genjatan senjata, mengiktiraf semua peranjian terdahulu di antara Palestine Authority sebelum ini dengan Israel. 

Jika Hamas mengiktiraf Israel, maka mereka terpaksa mengakui penubuhan negara haram Israel di atas bumi Palestin, menghalalkan semua jenayah keji atau kemanusiaan yang telah dilakukan ke atas rakyat Palestin, mengkhianati lebih 5 juta pelarian Palestin yang tidak dibenarkan pulang dan merestui hasrat Israel untuk mengambil alih Baitul Maqdis dan masjid Aqsa. 

Setelah kita melihat bagaimana tuntutan dan segala perkara yang harus dilakukan oleh Hamas terhadap Israel, sekarang kita akan melihat bagaimana pendirian Hamas terhadap isu ini. Hamas membuat tuntutan iaitu menawarkan genjatan senjata jangka panjang serta perbincangan semula terhadap isu: 
1) Kedudukan Baitul-Maqdis (Resolusi PBB 252),

2) Nasib 5 juta pelarian Palestin (Resolusi PBB 194),

3) Penempatan haram Yahudi di wilayah Palestin (resolusi PBB 446),

4) Pengunduran Israel kepada kedudukan sebelum Perang 1967 (Resolusi PBB 242).
Demikianlah tuntutan yang dikemukakan Hamas kepada PBB terhadap Israel. Namun, isu ini semacam menemui jalan buntu. Amerika, Israel serta sekutunya menekan Kerajaan Paklestin baru yang dibentuk oleh HAMAS. Bukan itu sahaja, mereka merampas wang cukai hak rakyat Palestin, menghalang bantuan makanan, ubatan dan wang ringgit dari masuk ke kawasan Palestin. 

Sekutu Amerika juga melancarkan kempen pulauan atas alasan HAMAS pertubuhan pangganas dan mengalakkan pertentangan antara HAMAS dan FATAH. 

Namun propaganda yang ingin diwujudkan oleh Amerika dan sekutunya semacam tidak berjaya. HAMAS mengambil inisiatif untuk mencari jalan penyelesaian antara kedua-dua fahaman tersebut. Antara inisiatif HAMAS ialah: 
1) Mempelawa Fatah membentuk kerajaan campuran sebaik sahaja menang pilihan raya.

2) Mendekati masyarakat antarabangsa menjelaskan pendiriannya tentang program keamanan.

3) Menawarkan genjatan senjata jangka panjang dengan Israel.

4) Malah mengistihar genjatan senjata sehala (unilateral cease fire) selama 18 bulan – tiada lagi kejadian serangan berani mati.
Perkara yang amat menyentap perasaan adalah kesemua inisiatif yang di utarakan Hamas semacam langsung tidak dihargai atau disentuh oleh media antarabangsa dalam mengupas isu Gaza. Media hanya memprovokasi hak asasi manusia yang berlaku dan banyak memutar belitkan fakta sebenar. Pencapaian yang boleh dikirakan baik terhadap inisiatif Hamas adalah telah berjaya membentuk kerajaan Perpaduan melalui Arab Saudi dan menyerahkan pentadbiran utama kepada Fatah. 

Kerajaan Campuran atau Perpaduan yang diusahakan Hamas tidak mampu bertahan lama apabila Mahmud Abbas keluar dari kerajaan pakatan ini pada bulan Jun 2007. Natijah dari kejadian ini, Hamas pula dituduh “merampas kuasa” tetapi sebenarnya tiada rampasan kuasa kerana Hamas memang pemerintah yang sah dan berkuasa. 

Amerika dan Israel terus menekan Palestin (Hamas), kali ini mereka meneruskan pembekalan senjata dan kewangan kepada kelompok bersenjata Fatah. Mahmoud Abbas pula tetap mengekalkan pasukan keselamatan ‘Preventive Security Force’ di Gaza. Kali ini situasi lebih teruk apabila Palestin (Hamas) mendapat ancaman dari Amerika, Israel dan Fatah. 

Situasi ini berlaku di Gaza. Ancaman kelompok bersenjata Fatah di Gaza telah menggugat keselamatan negara. Mereka mengadakan sekatan-sekatan jalanraya dan mengganggu ketenteraman awam, menyerang pejabat-pejabat kerajaan dan melakukan penculikan dan pembunuhan ke atas musuh-musuh politiknya. Akibat dari propaganda ini, kerajaan Hamas mengambil keputusan untuk menangani masalah ini dengan membersihkan Gaza dari kelompok-kelompol bersenjata termasuk dari kumpulan Fatah. 

Kesannya, Gaza kembali aman. Masyarakat dapat menjalankan kehidupan seperti biasa. Tindakan pembersihan ini mendapat sokongan ramai termasuk penyokong Fatah. Hamas juga menyeru Mahmoud Abbas untuk terus berunding kearah perpaduan. Sebanyak 85% rakyat Palestin minta rundingan antara Hamas dan Fatah dilaksanakan. Kerajaan Hamas telah berjaya menyelesaikan beberapa masalah yang rumit seperti penculikan ke atas wartawan BBC Alan Johnston. Muhammad Dahlan, antara dalang utama kekacauan, meletakkan jawatannya sebagai penasihat keselamatan. Seterusnya, Kerajaan menyusun semula sistem kehakiman di Gaza. 

Sekutu Amerika dan Israel terus menekan Hamas dengan mengatakan Hamas melakukan rampasan kuasa di Gaza. Persoalan yang timbul dalam situasi ini adalah bagaimana sebuah kerajaan yang sedang memerintah secara sah dengan mandat besar yang diberikan oleh rakyat merampas kuasa. Sedangkan usaha Maomoud Abbas menggantikan kerajaan Hamas yang menang dengan Fatah itulah ‘rampasan kuasa’ yang sebenar. Tetapi sekutu Israel menyokong tindakan Mahmoud Abbas. Antara tidakan Mahmoud Abbas yang mendapat sokongan kuat Israel dan sekutunya walaupun secara realitinya beliaulah dalang rampasan kuasa ialah: 
1) Memecat PM Ismail Haniyeh.

2) Membubarkan kerajaan Perpaduan.

3) Melantik ‘kebinet darurat’ walaupun menyalahi [erlembagaan.

4) Melantik Salam Fayyas yang hanya memperolehi 2.4% undi dalam PR 2006 sebagai PM.

5) Apabila tempoh tamat ‘kabinet darurat’ belalu 30 hati, menubuhkan pula kerajaan sementara (caretaker goverment)
Secara umumnya, Mahmoud Abbas lah merupakan perampas kuasa. Namun hakikatnya yang berlaku beliau telah mendapat sambutan baik dari sekutu Israel. Israel dan sekutunya mengucapkan tahniah dan merestui Abbas. Bukan itu sahaja Israel telah menawarkan persahabatan kepada Fatah untuk melawan Hamas. EU menamatkan sekatan ekonomi dan menyambung semula bantuan ke Tebing Barat. 

Israel menyalurkan hampir AS$200 juta (dari lebih AS$700 juta cukai Palestin yang dirampas) kepada kerajaan Palestin baru lantikan Mahmud Abbas. Israel juga berhenti daripada memburu semua pejuang Fatah yang bersetuju menamatkan penentangan terhadap Israel. 

Berbalik semula kemenangan Hamas dalam pilihan raya yang lalu. Sebenarnya, kemenangan hamas yang telah mendapat undian majoriti rakyat Palestin telah mengecewakan israel. Kekalahan Fatah (Mahmood Abbas dalam pilihan raya pertama di Palestin pada Januari 2006 sebenarnya memberi tamparan hebat kepada rejim Zionis As. 

Dengan segala bantuan yang diberi termasuklah sumber kewangan, ketenteraan dan kebendaan, mereka mengharapkan Mahmood abbas dan Fatah boleh memenangi pilihanraya dengan undian mejoriti rakyat tetapi sangkaan Israel ditidakkan oleh seluruh rakyat Palestin. Amerika dan Israel amat mengharapkan Mahmood abbas dapat mendirikan sebuah negara sekular Palestin, bukan sekadar berjiran dengan Israel malah sanggup menurut segala kemahuan rejim Zionis dan Amerika. 

Namun kemenangan Haman merupakan kemenangan perjuangan Islam di bumi Palestin. Sebenarnya, apa yang berlaku sepanjang tiga tahun ini (2006-2008) dibumu Palestin khususnya di Jalur Gaza adalah usaha untuk melumpuhkan kerajaan pimpinan Hamas dan seterusnya cuba memadamkan api perjuangan umat Islam dibumi Palestin. 

Dalam konteks keadilan dunia, jalur Gaza adalah wilayah yang terjajah menurut undang-undang antarabangsa. Iaitu konvensyen Geneva ke-4 yang berkaitan dengan perlindungan orang awam yang terjajah oleh kuasa asing telah menegaskan bahawa: 
“Tidak sesiapapun boleh menghukum ke atas satu kesalahan yang dia secara peribadi tidak melakukannya. Hukuman secara borong dan semua tindakan yang berbentuk menindas dan keganassan dilarang. Tindakan balas dendam terhadap orang awam yang dilindungi dan harta mereka adalah ditegah” 
Berikut adalah rentetan propaganda yang berlaku di bumi Gaza. sebelum tahun 1967, bumi Gaza telah dikuasai oleh Mesir. Namun pada Jun 1967, bumi Gaza bergolak dan Israel talah berjaya menklui bumi Gaza. Pada Disember 1987, lahirnya Intifadah pertama dan kemunculan HAMAS. Pada September 2005, Israel menarik keluar pasukan tenteranya bersama 85000 pendatang haram Yahudi dari Gaza. 

Pada tahun 2007, Hamas telah menguasai sepenuhnya bumi Gaza, namun penguasaan Hamas di Gaza di huru harakan oleh Israel sehinggan menyebabkan bumi Gaza menderita semenjak Jun 2007 dari sekatan ketat Israel dab hukuman secara borong, yang telah mengakibatkan tragedi kemanusiaan yang parah di bumi tersebut sehingga kini. Antara tragedi kemanusiaan yang berlaku di Gazaadalah seperti berikut: 
1) Sekatan makanan yang menyebabkan ramai masyarakat Palestin kebuluran.

2) Penduduk Palestin mengalami masalah bekalan air bersih.

3) Kemudaratan dan kakurangan khidmat Kesihatan dan kekurangan kemudahan Perubatan mengakibatkan masyarakat Pelestin mengalami maslah bekalan perubatan yang mencukupi.

4) Sekatan perdagangan telah mengakibatkan sektor-sektor perkilangan di Palestin lumpuh.
Kedudukan geografi bumi palestin adalah seperti berikut, wilayah Palestin uyang terjajah, berdasarkan undang-undang antarabangsa. Luas kawasan Palestin ialah 363km2. Wilayah Palestin mempunyai penduduk seramai 1.5 juta termasuk 1 juta pelarian (menurut perangkaan July 2007). 

Palestin bersempadan dengan Mesir iaitu sejauh 11 km daratan, 51 km daratan dengan negara Israel dan 40 km dari pinggir pantai. Israel menduduki Gaza dengan cara mengawal pergerakan darat, laut dan udara. 

Penderitaan yang amat perit ditanggung oleh Palestin penutupan sempadan. Penutupan sempadan ini dilakukan secara borong oleh Israel dengan alasan mahu mengekang keganasan dan menjaga negaranya (Israel) tetapi itu hanya omong-omong suara kosong sahaja yang diwar-warkan oleh Israel dan sekutunya. Israel melakukan sekatan jalan, kawalan sempadan, laut, bekalan air, mengebom lapangan terbang, membedil loji bekalan air, stesen janakuasa, pasar dan kilang sentiasa menjadi modus operandi regim Zionis. Sekatan terhadap Palestin semakin teruk apabila Hamas memenangi pilihan raya pada tahun 2006. 

Natijah dari kemenangan itu, Israel telah melaksanakan penutupan sempadan begitu ketat dan kepungan begitu dahsyat sehingga barang-barang keperluan asas seperti makanan, ubat-ubatan dan air bersih sangat berkurangan. Hal ini disuarakan oleh BBC’s Matthew Price, menurut beliau: 
“Gaza pada hari ini tidak pernah mengalami kepungan sebegini dahsyat. Penderitaan dan ketakutan jelas tergambar pada setiap wajah rakyat Paestin yang anda lihat di sini”
Berikut adalah tarikh-tarikh penting yang berlaku pada tahun 2008 di bumi berdarah Palestin:
1) Januari – Gaza terus dikepung Israel.

2) Februari hingga Mac – Serangan Israel terhadap Gaza membunuh 120 orang.

3) Jun – Genjatan Senjata 6 bulan bermula.

4) Nov – Serangan Israel memaksa HAMAS melancarkan semula serangan roket dari Gaza.

5) 19 Disember 2008 – HAMAS menamatkan genjatan senjata.

6) 27 Disember 2008 – Serangan udara Israel terhadap Gaza.

7) 29 Disember 2008 – Israel mengumpulkan kereta kebal disempadan Gaza dan mengerahkan 6500 askar simpanan.
Pada 27 Disember 2008 lepas, Israel telah melancarkan “Operation Cast Lead”. Dalam operasi ini, serangan udara yang dilancarkan oleh Israel telah membunuh hampir 400 dan mencederakan lebih dari 1300 orang. Bilangan rakyat Palestin akan terus meningkat kerana masih ramai mangsa yang tertimbus dalam runtuhan bangunan. Serangan juga akan diteruskan oleh Israel tanpa ada tanda-tanda ia akan dihentikan. Israel mendakwa bahawa serangan terbaru ini adalah merupakan langkah keselamatan untuk mempertahankan diri merupakan suatu pembohongan. 

Israel telah merancang serangan ini sejak 6 bulan lalu sebaik sahaja tempoh genjatan senjata berakhir 19 Disember yang lalu. Serangan roket oleh pejuang Palestin hanya dijadikan sebagai alasan untuk mewajarkan tindakan untuk mewajarkan tindakan Israel. 

Sebenarnya, apa yang berlaku ialah serangan roket pejuang Palestin adalah serangan balas ke atas beberapa provokasi tentera Israel termasuklah tindakan menceroboh ke dalam wilayah Gaza ketika tempoh genjatan senjata sedang berkuat kuasa. Serangan ini dilakukan pada akhir musim persekolah menunjukkan bahawa regim Zionis mempunyai niat jahat untuk memaksimumkan jumlah kematian orang awam terutamanya wanita dan kanak-kanak yang berada di tempat kediaman masing-masing. 

Serangan yang ditujukan kepada balai polis, hospital dan masjid yang semestinya berada di dalam pusat bandar jelas bertujuan untuk meningkatkan kematian dan kecederaan di kalangan orang awam. 

Pendirian Umat Islam terhadap peperangan yang dilancarkan Israel dan sekutunya.

Umat Islam mempersoalkan kenyataan Mahmud Abbas yang masih menyalahkan Hamas ke atas serangan di Gaza. Abbas merupakan sekongkol kuat Israel menyalahkan Hamas disebabkan perbuatan melancar serangan roket dari Gaza. 

Sebagai umat Islam dan rakyat Malaysia, kita perlu memahami situasi sebana dan tidak mudah terpengaruh dengan media barat dan kenyataan pemimpin Amerika, Israel, Mesir dan pihak berkuasa berkuasa palestin yang turut mengelak dari membicarakan isu sebenar disebalik penentangan rakyat Gaza dan Palestin. Kita juga perlu berfikiran terbuka dan membidas sikap kepura-puraan negara Islam atau arab termasuk kejujuran kerajaan Mesir yang terus tidak membenarkan penduduk Gaza untuk memasuki Mesir. Rakyat Palestin merupakan rakyat yang paling malang didunia kerana dilupakan oleh PBB, masyarakat antarabangsa, nagara-negara Arab dan umat Islam sendiri. Menurut Riwayat Bukhari: 
“Sentiasa akan ada sekelompok dari umatku yang sentiasa berjuang bersama-sama kebenaran, mencabar dan menentang musuh-musuh mereka. musuh-musuh mereka tidak dapat memberi kudarat kepada mereka sehingga Allah mendatangkan keputusannya. Mereka tetap dalam keadaan demikian.” Maka para sahabat bertanya.”Dimanakah mereka?” jawab rasulullah.” Di Baitul Maqdis dan sekitarnya” (Riwayat Bukhari)
HE : Lihatlah bagaimana Dajal Israel melabelkan Hamas itu pengganas..Sampai bila kita mahu membiarkan Palestin terus dinodai?ini pendapat aku!!!

12 comments:

Anonymous said...

penulisan yang menarik. Izinkan saya print dan sebarkan kepada rakan pejabat yang lain.wallahualam

Harapan Esok said...

Diizinkan...tq ya

Anonymous said...

Malaysia bimbang dengan perkembangan keganasan yang tercetus di GAZA.
Kami menggesa kedua-dua pihak yang terlibat supaya menghentikan segala aktiviti keganasan tersebut agar tidak ada lagi nyawa orang awam terkorban..- PM (Wall FB Najib Razak)

Apekah PM kita mengiktiraf pejuang HAMAS sebagai PENGGANAS???

ss w said...

saya harap semua umat islam dapat menolong palestin dengan melakukan solat hajat berjemaah di seluruh malaysia ini agar negara palestin aman dan terlindung dari serangan israel... allah akan memakbulkan permintaan dlm solat hajat berjemaah.. inshallah....

Anonymous said...

anon Saturday, November 17, 2012 9:38:00 PM

perkataan "keganasan" tak semestinya dikaitkan dgn pengganas terus.. cuba lihat dari segi penulisan dato seri, ia menggambarkan situasi keganasan perang atau "military active conflict zone" ke atas org awam sekitarnya.. jadi dato seri mengharapkan gencatan senjata dgn kadar segera agar menjamin keselematan org2 awam terutamanya penduduk gaza dpt diberikan bantuan.

Anonymous said...

sapa yang faham dan ikut perkembangan politik palestin akan faham bahawa hamas adalah pemerintah yang menerima sokongan majoriti rakyat palestin, manakala fattah menerima sogokan dari israel dan amerika. mahmud abbas digelar pembelot oleh orang palestin sendiri, mananya tidak, dia menyokong supaya palestin menjadi wilayah autonomi dalam israel. sedangkan hamas memperjuangkan negara palestin yang merdeka dan mengambil semula tanah palestin yang dijajah.

semak senarai pengiktiraf perjanjian annapolis, hanya ada nama pemimpin fattah, takde nama pemimpin hamas. NAMA ANWAR IBRAHIM PUN ADA. memang nyata anwar penyokong israel.

Anonymous said...

Anonymous Saturday, November 17, 2012 9:38:00 PM

awak ni kena belajar membaca. mana dalam perenggan tu najib panggil hamas pengganas? keganasan tu merujuk kepada konflik antara kedua2 pihak.

Afifi Johari said...

seriously, saya terkeliru antara 2 puak ni... penulisan ni sangat jelas kepada isi penyampaian... terus follow up dgn isu terbaru berkenaan semenanjung gaza please :) ....

Afifi Johari said...

penulisan yang amat menjelaskan jalan cerita... terus follow up cerita baru berkenaan semenanjung gaza please :)

Deli24 said...

Jarang aku membaca sampai habis..tp kali baca abes

Fadzli Deli said...

Nk kopy nk send kat kwn2

Pembantu Pejuang said...

Saya share di fb Noryusry Mansor

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA