networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Saturday, December 1, 2012

GEMPAR!!! Masalah Air Selangor Semakin Kritikal!!! #IsuAirSgor



Gempar!! Takungan simpanan air bersih di Selangor semakin kritikal walaupun negeri itu mengalami hujan yang banyak sejak kebelakangan ini..

Antara kawasan yang teruk dilanda masalah air ini ialah kawasan Subang. 

Masalah ini telah menyusahkan seramai 15,000 isi rumah dikawasan SS12-SS19..kenyataan ini telah dikeluarkan dalam berita NST M/S 4 tarikh 28 November 2012..

Pada hari selasa yang lalu aku ada menulis tentang ADUN DAP Subang Jaya, Hannah Yeoh yang menurutnya dalam twitter bahawa bekalan air selalu tiada di kawasan SS12-SS19..Rujuk SINI

Sekarang SYABAS pula terangkan kenapa bekalan air di SS12-SS19 tiada...
Menurut, Unit Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam SYABAS, Priscilla Alfed turut mengesahkan dakwaan ini dengan mengatakan bahawa penurunan paras air ini semakin kritikal yang dikesan dalam tempoh 2 hari ini.
Kenapa agensi LUAS (Lembaga Urus Air Selangor) yang mendapat pujian menggunung MB Khalid diam membisu?kata LUAS ni bagus menjaga air..bila air bermasalah di Selangor SYABAS pula disalahkan

Walaupun hujan tetapi paras air di kolam Bukit Dengkil dan Lapangan Terbang Subang terus menurun..

Perkara ini merupakan malapetaka akibat tangan 'syaitan' Khalid yang menganiaya rakyat kerana masih enggan mengubah pendirian membenarkan Loji Rawatan Air Langat 2 dibina di Selangor. 

Akibatnya, SYABAS telah mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan Kod Hijau pada Jumaat lepas kerana penurunan aras air mencapai tahap Kritikal!!!

Rasanya salah satu sebabnya penurunan paras air ini ialah peningkatan permintaan air yang tinggi di Kolam Lapangan Terbang Subang! 

Atas rasa tanggungjawab bagi terus membekalkan bekalan air bersih, SYABAS telah menyalurkan air dari Loji Rawatan Air Semenyih dan memantau keadaan ini. 

SYABAS turut menghantar 4 tangki air bagi membekalkan air bersih kepada pengguna yang menghadapi masalah ini...Tapi agensi yang mendapat pujian Khalid iaitu LUAS senyap sahaja...

Betapa prihatinnya SYABAS menjaga kebajikan agar pengguna mendapat bekalan air yang mencukupi walaupun keadaan bekalan air di Selangor telah mencapai tahap kritikal..

Kemana pergi KHALID yang lantang mengutuk SYABAS tak pandai mengurus?? Kenapa dia tidak mempromosikan teknologi MAMBRAN yang katanya canggih dan boleh tambahkan keluaran air!!! Cepatlah pasang, rakyat dah tak der air ni…LUAS bangunlah dari tidur tu...

Kalau dah syaitan tu syaitan juga...nak memburuk-burukkan SYABAS pandai..bila rakyat menghadapi masalah AIR, SYABAS juga datang membantu..KHALID cabut lari...LUAS tidur...

Kalau kita perasan, Isu SYABAS ini hampir sama dengan pembatalan khidmat sampah Alam Flora..habis semua syarikat hendak dicantas dan menjadi hak milik Pembangkang..

Motif mereka mudah sahaja..mereka akan menuduh syarikat yang hendak dirampas dengan berbagai tohmahan kononnya tidak pandai mengurus...itu hanya alasan bagi mereka untuk merampas sesebuah syarikat dan peluang bagi mereka menambahkan kroni mereka dalam pentadbiran pembangkang...

Masalah air makin meruncing tapi aku serius tak faham mengapa Khalid masih berdegil mahu mendahulukan penstrukturan semula daripada memikirkan sumber air Selangor dalam keadaan kritikal!! 

Bukan ke dah jadi tanggungjawab kerajaan negeri Selangor memastikan bekalan air terawat cukup? SYABAS cuma AGIH air terawat...

Janganlah KHALID nak berdalih. Isu sekarang ni ialah Selangor bukan BAKAL menghadapi kekurangan bekalan air terawat, tetapi SUDAH TERJADI!!! 

Kenapa tak beri kerjasama untuk jayakan Langat 2 bagi meningkatkan sumber air mentah dan air terawat.

Penstruktruran tu cuma tukar pengurusan jer, bukannya boleh meningkatkan bekalan air pun.. Boleh ke KHALID confirm masalah kekurangan air akan hilang kalau penstrukturan dibuat?

Bagi aku serius tidak..mereka yang untung kerana dapat rampas konsesi..masalah bekalan air semakin kritikal tetap terjadi...

Hairan juga Khalid masih tidak mahu meneruskan projek Langat 2..

Sekiranya dia bijak sudah tentu dia akan meluluskan projek rakyat Langat 2 ini kerana yang dapat menyelesaikan bekalan air dan Rakyat pun akan senang bila dapat tahu projek Langat 2 diteruskan.

SYABAS pula dapat membaiki paip-paip lama jika Khalid lulus CAPEX. Kuranglah NRW seperti yang Khalid nak.

Apakan daya..pemikiran Khalid tidak secerdik itu...

"MB lemah IQ...Rakyat Sengsara.."

HE : Nantikan artikel seterusnya yang akan mendedahkan bahawa Khalid memberi arahan untuk membekukan CAPEX untuk SYABAS!!!

"Katakan Ya pada Projek Langat 2!!!"

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA