networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Monday, December 17, 2012

HOT!!! Pembangkang Kantol Lagi!!! 308 Permohonan Diterima JPN Tapi Depa Kata 300,000!!! Mana lagi 270,000?

Baru-baru ini, masyarakat India telah diperbodohkan oleh rejim Pakatan Raakyat yang mana Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), N. Surendran dan pemimpin pembangkang mendakwa seramai 300,000 orang rakyat India tidak dapat pembelaan apabila mereka tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri...

Apa yang kelakarnya, penipuann mereka tidak lama...DS Hishammudin telah membuka tembelang mereka dengan mengatakan :
"Jumlah permohonan yang disampaikan pada kita (JPN) hanya 308 permohonan, bukan 300,000. Daripada 308 permohonan, 280 permohonan untuk kad pengenalan merah dan bukan untuk kewarganegaraan".
Kan nampak benor nipunya, angka 308 digandakan sampai 1000 kali...Kalau benar, 300,000 rakyat India yang tidak ada dokumen pengenalan diri mengapa pada hari berkenaan JPN hanya menerima 308 jer permohonan...

Jom baca bagaimana Naib Presiden MIC mencabar Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), N. Surendran untuk membuktikan seramai 300 ribu orang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri....


GEORGE TOWN - Naib Presiden MIC, Datuk SK Devamany sedia meletak jawatan sekiranya benar dakwaan Pakatan Rakyat berhubung 300,000 masyarakat India di negara ini tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.


SK Devamany menegaskan bahawa pembangkang sengaja memainkan isu perkauman tanpa menjelaskan fakta dan maklumat yang tepat. Tujuan mereka melakuka perkara ini hanya mahu menerapkan rasa benci dan tidak puas hati masyarakat India kepada Barisan Nasional (BN).

Memetik kenyataan Bernama, "Saya minta mereka (pakatan pembangkang) bawa semua 300,000 orang yang dimaksudkan, disokong dengan dokumen sebagai bukti dakwaan. Jika semua itu ada, saya sedia letak jawatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Majlis Kelab Belia Tamil Malaysia ke-45 di sini hari ini.

Beliau turut mengutuk tindakan liar yang dilakukan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), N. Surendran, beberapa pemimpin pembangkang serta penyokong pembangkang yang menganjurkan protes jalanan di hadapan Ibu Pejabat Pendaftaran Negara, Rabu Lepas.

Devamany menyeru kepada pembangkang agar menyelesaikan masalah secara berhemah.

Dalam perkembangan berasingan, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata dalm satu sidang media kelmarin "Jumlah permohonan yang disampaikan pada kita (JPN) hanya 308 permohonan, bukan 300,000. Daripada 308 permohonan, 280 permohonan untuk kad pengenalan merah dan bukan untuk kewarganegaraan".

Baca Selanjutnya SINI

HE : Devamany berani letak jawatan jika dakwaan Pembangkang itu tepat...Surendran PKR berani ke letak jawatan jika dakwaan 300,000 tu tak tepat?haha

SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.


COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

1 comment:

Anonymous said...

300,000 - 308 = 299,692

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA