networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Monday, December 24, 2012

Isu Kalimah Allah Hidup Kembali...Kali Ini Lim Guan Eng Cuba Jadi Batu Api... #PenipuRakyat !



1. Setelah sekian lama isu ini dimatikan, nampaknya Lim Guan Eng dengan beraninya mengeluarkan kenyataan menggesa supaya perkataan Allah dapat diguna pakai untuk penganut agama Kristian bagi merujuk kepada Tuhan mereka.

2. Sekali lagi taktik kotor pembangkang khasnya DAP digunakan supaya menimbulkan kemarahan umat Islam terhadap penganut agama Kristian.

3. Seperti yang dijelaskan di dalam artikel sebelum ini, ternyata pembangkang masih lagi menggunakan taktik yang sama; iaitu mengusik atau 'provoke' khasnya orang Melayu untuk menyerang agama Kristian lalu melabelkan mereka sebagai orang UMNO yang ekstremis.

4. Sengaja perkara ini dibangkitkan pada ambang sambutan perayaan terbesar penganut agama Kristian, Krismas.

5. Ini adalah peluang bagi Lim Guan Eng dan parti pembangkang untuk menggunakan peluang tatkala penganut agama Kristian yang pada waktu ini sedang bergembira dan bersuka ria bersama keluarga supaya dihasut lagi elemen membenci kerajaan.

6. Mesej ini khususnya disasarkan kepada penganut Kristian di Sabah dan Sarawak kerana penganut Kristian di semenanjung kebanyakannya menggunakan bahasa Inggeris di dalam kitab mereka dan tidak sekali-kali merujuk kepada Tuhan mereka sebagai Allah tetapi 'God'.

7. Lim Guan Eng ataupun nama Kristiannya, Joseph Lim semakin lama semakin mirip kepada PAS dengan menggunakan agama sebagai pentas politik mereka.

8. Tidak kurang juga gereja-gereja kini dipenuhi oleh ahli-ahli DAP mengambil kesempatan perhimpinan penganut Kristian di pagi Ahad dengan berpolitik dan bukan berkhutbah untuk membawa kebaikan.

9. Mesej-mesej kebencian telah disampaikan di dalam gereja supaya menolak kerajaan yang sedia ada sama seperti modus operandi PAS yang menggunakan masjid sebagai pentas berpolitik dan menyebarkan fitnah-fitnah jahat.

10. Parti pembangkang yang ada ketika ini terlalu menggilakan kuasa sehingga sanggup menggunakan apa sahaja sumber yang mereka ada untuk memaksimakan kepentingan politik mereka.

11. Saya secara jujurnya tidak melihat perbuatan Joseph Lim Guan Eng adalah untuk membela penganut Kristian tetapi sebaliknya menyimbah petrol kepada api yang sudahpun hampir mati.

12. Tidak mustahil apabila dikatakan bahawa demi kepentingan politik, mereka sanggup menawarkan kepada penganut Kristian untuk menjadikan agama Kristian sebagai agama rasmi negara semata-mata untuk meraih simpati pengundi beragama Kristian. Walaupun pada hakikatnya mustahil untuk mengubah perkara tersebut atas dasar undang-undang dan perlembagaan persekutuan negara kita yang melindungi kedudukan agama Islam.

SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.


COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA