networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Thursday, December 13, 2012

Khalid Ibrahim Terus Memfitnah Supaya Loji Langat 2 Tidak Dilaksanakan!!! #IsuAirSgor


Pakatan Haram Selangor sekali lagi mencetuskan kontroversi hangat apabila mengeluarkan kenyataan akan menangguh projek Loji Rawatan Air Langat 2 selama mungkin walaupun memakan masa 100 tahun.

Isu besar yang melanda sekarang ini ialah masalah kekurangan air bersih. Loji Rawatan sedia ada tidak mampu lagi menampung permintaan yang semakin meningkat di Selangor sehingga ada loji yang beroperasi melebihi tahap maksimum.

Kerajaan pusat telah Nampak peningkatan permintaan ini dan telah membuat kajian dan mengenal pasti Loji Rawatan Langat 2 ini sejak 2000 lagi.

Disebabkan perasaan dendam kerajaan pembangkang kepada kerajaan pusat, maka pimpinan Khalid dibawah pakatan rakyat telah melengahkan projek ini dengan alasan mahu menstruktur semula kesemua konsesi air di Selangor.

Khalid mengugut akan menangguh projek Air Langat 2 ini selama mungkin selagi permintaannya mahu menstruktur air di Selangor tidak berjaya. 

Apa yang dilakukan Khalid ini telah memperjudikan nasib rakyat Selangor yang mana bakal membawa malapetaka besar kepada rakyat Selangor yang kini berada di ambang Krisis Air.

Khalid dengan lantang tidak mengendahkan krisis Air ini dengan alasan semua perkara ini (Kekurangan bekalan air) akan selesai jika permintaannya untuk menstruktur air Selangor selesai. 

Sebenarnya, Khalid sememangnya tahu akan krisis air bakal melanda negeri Selangor walaupun jaminan yang sumber air mentah sedia ada di empangan dan sungai mencukupi sehingga 2019.

Kajian oleh pakar air diambil remeh, dikatakan tidak benar.. 

Pakar kata air tidak cukup, Khalid cakap banyak air. 

Apa yang Khalid lakukan menunjukkan sebaliknya. Malah Khalid pernah mencadangkan air lombong, air tanah, air dari Tasik Kenyir dan akan menggunakan teknologi Membran bagi meningkatkan pengeluaran air terawat.

Terkini, semasa membentang Bajet 2013 pada November lepas, Khalid umumkan peruntukan RM100 juta untuk mengkaji kaedah "storm water", nak guna pakai air hujan untuk kegunaan harian pengguna.

Pelbagai kaedah sudah dikenalpasti Khalit, tetapi HABUK PUN TARAK!!!..

Nampak sangat Khalid memang tiada hala tuju bagi jalan penyelesaian. Inilah MB bebal yang dimiliki Pakatan..Bebal-bebal pun Nuar suka sebab dia ni tak ada wawasan...

Senang dicucuk hidung...

Secara jelasnya, Khalid hanya pandai berkata tanpa membawa hasil yang diinginkan.

Masalah penstrukturan yang sehingga kini gagal dilaksanakan oleh Khalid adalah atas kelemahan dia sendiri dan tiada kaitan langsung dengan kerajaan Pusat. 

Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri pernah mengeluarkan kenyataan bahawa membenarkan cadangan Khalid untuk menstruktur semula tetapi terserah atas kebijaksanaannya berunding dengan syarikat konsesi air di Selangor.

Sehingga hari ini, Khalid sudah menjalankan rundingan sebanyak 3 kali tetapi masih gagal mencapai kata sepakat.

Khalid cuba sedaya upaya mengaitkan penstrukturan air dengan pembinaan loji rawatan Langat 2 ini. Ya lah rundingannya tak berjaya, jadi Khalid heret sekali kerajaan pusat dalam usahanya untuk menstruktur semula air di Selangor. Menurut Khalid, jika penstrukturan tidak berjaya maka loji tidak akan dibina.

Sebenarnya, Pembinaan loji rawatan Langat 2 ini tiada kaitan langsung dengan penstrukturan yang ingin dijalankan Khalid. 

Dua benda yang berbeza okey!!

Khalid boleh menstruktur syarikat konsesi jika pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 dilaksanakan. Tetapi Khalid masih berkeras kepala untuk tidak membenarkan pembinaan loji. 

Kesan dan akibat tindakan Khalid ini akan menyebabkan rakyat Selangor sengsara berikutan tanda-tanda krisis air Selangor 2014 bakal berlaku lebih awal.

Khalid dalam satu laporan di portal Mstar mendakwa meminta kerajaan Pusat mengembalikan aset air kepada kerajaan negeri. Sekiranya Khalid mahukan hak mutlak terhadap 4 konsesi air itu maka dia perlu berunding dengan konsesi tersebut. 

Kerajaan Pusat tidak perlu campur tangan dalam hal ini malah memberi kebenaran kepada Khalid untuk melakukan tindakan tersebut.

Khalid sendiri tahu bahawa pembinaan Loji Rawatan Langat 2 satu keperluan tetapi dia telah memperjudikan nasib rakyat Selangor atas alasan mahu menstruktur air terlebih dahulu.

Untuk rekod, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air berkata :
"projek pembinaan Langat 2 mengalami kelewatan 29 bulan berbanding jadual asal ekoran keenganan kerajaan negeri Selangor memberi kerjasama dengan kerajaan Pusat dalam projek berkenaan. Berdasarkan jadual asal, pembinaan loji itu sepatutnya sudah pada tahap 68.95 peratus, namun setakat Oktober lepas status pembinaan hanya 28.40 peratus."
Selepas tidak membenarkan projek loji rawatan air Langat 2 atas alasan mahu menstruktur terlebih dahulu, kini Khalid memfitnah bahawa perlaksanaan loji tersebut akan menyebabkan harga air meningkat...itu adalah dakwaan yang tidak berasas.

Bukan pakatanlah kalau tak memfitnah!!! 

Loji Rawatan Air Langat 2 bermatlamat mahu menyelesaikan krisis bekalan air 2014 yang dijangka berlaku lebih awal dan bukannya untuk menyeksa rakyat dengan peningkatan harga air...

HE : usahlah Khalid terus memfitnah dan melengahkan pembinaan loji rawatan air langat 2!!!rakyat Selangor diancam krisis air lebih besar jika loji ini tidak dilaksanakan!!!


SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.


COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA