networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Saturday, December 15, 2012

@Khalid_Ibrahim Jangan Keras Kepala!!! #Langat2 Perlu Dilaksanakan Segera!! #IsuAirSgor


Sudah berulang kali aku katakan yang rakyat Selangor dalam keadaan malang apabila mempunyai Menteri Besar yang bebal tahap maksima..Selangor semakin hari semakin diancam masalah kekurangan bekalan air.

Negeri Selangor yang pesat membangun sudah pasti mencatatkan peningkatan penggunaan air. Jika hendak diharapkan dengan loji rawatan yang sedia ada sudah tentu tidak mencukupi. Ditambah pula dengan masalah yang dihadapi SYABAS apabila pihak mereka acap kali diganggu dengan anasir jahat dari pimpinan Pakatan Rakyat negeri.

Masalah air di Selangor berpunca daripada kelemahan pentadbiran kerajaan Khalid sendiri. Mereka memberi bermacam-macam dalih untuk merampas kesemua konsesi air di Selangor. Syarikat yang mengagihkan bekalan air seperti SYABAS sudah pasti mengalami tekanan dari kerajaan Khalid.

Kerajaan Khalid sebelum ini telah menggagalkan kelulusan CAPEX oleh SYABAS [SINI] [SINI] untuk membaiki paip dan sistem perairan di Selangor. Apabila Khalid tidak meluluskan CAPEX maka pihak SYABAS tidak boleh membuat pinjaman bank ataupun mencari danauntuk membaiki sistem paip yang sudah usang.

Khalid tidak habis-habis dengan idea mahu menstruktur semula konsesi air Selangor dan menggunakan teknologi mambran.

Umum sedia mengetahui bahawa tidak ada gunanya jika Penstrukturan berjaya tetapi bekalan air bersih Selangor tidak mencukupi. Atas keprihatin kerajaan Pusat, Projek Loji Rawatan Air Langat 2 telah dicadangkan pembinaannya.

Namun ianya tidak boleh dilaksanakan kerana Khalid dan kerajaannya tidak membenarkan projek itu di bumi Selangor.

Ibarat kerajaan Yahudi..mereka fikir mereka berkuasa dilangit dan bumi..Rakyat membayar cukai untuk mendapatkan perkhidmatan dan kehidupan yang sempurna tetapi hak itu telah dinafikan oleh Khalid dan Pakatan Rakyat.

Tindakan Khalid dan Pakatan Rakyat di Selangor amat melampau dan mereka bermain sandiwara dengan bermacam-macam janji yang tidak tertunai. Manifesto mereka untuk rakyat tetapi Isu Langat 2 ini telah membongkar kudis-kudis yang disimpan oleh Khalid dan Kerajaannya...

Dalam perkembangan isu Air langat 2 baru-baru ini, Ahli Parlimen kawasan Pandan, Datuk Seri Ong Tee Keat membidas kerajaan Selangor kerana tidak membentangkan 'angka meyakinkan' pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) sekali gus mengakhiri perbalahan mengenai air, berkata, Selangor menghadapi dua isu air iaitu kekurangan bekalan air mentah dan kapasiti loji rawatan air.


Khalid mati balik hidup pun tidak akan mengakui kesilapan itu berpunca daripada dirinya. Dia tidak luluskan projek Langat, kerajaan BN pula disalahkan kerana menggagalkan usaha kerajaan Khalid menstruktur semula.

Usahlah Khalid terus memperjudikan masa depan rakyat Selangor. Jika projek loji rawatan langat 2 ini tidak dilaksanakan kesannya anak cucu kita pasti akan melarat dengan ketiadaan sumber air bersih.

Tiada gunanya duduk di negeri mewah tetapi bekalan air bersih harus dicatu..ketika itu, teknologi mambran sudah tidak berguna lagi kerana air pada ketika itu pasti akan lebih berkali ganda mahal. Cukup-cukuplah tu Lidah Bercabang!!!

YB Pro Khalid pun akui Selangor Punyai masalah air [SINI]

HE : Selangor sudah tiada masa...Projek Air Langgat 2 harus dilaksanakan segera!!! Kalau Khalid masih mengharapkan keuntungan jika penstrukturan Berjaya...harap dia berkorban kali ini untuk rakyat....

SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.


COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA