networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Sunday, December 16, 2012

Melayu hanya boneka dalam DAP...Perlantikan Terus Tidak Mengubah #DAPTolakMelayu


Melayu dalam DAP hanya dilantik selepas kalah dalam pengundian pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat CEC semalam. Seramai 8 orang calon Melayu yang bertanding dalam perebutan 20 kerusi CEC telah tewas termasuk seorang anak Cina yang mengaku Melayu, Zairil Khir Johari...

Selepas dibalun dengan hebat di media, ia ternyata meresahkan 20 pucuk kepimpinan yang baru dilantik melalui sistem pengundian...Tatkala DAP mahu menambahkan kuasa Melayu di dalam parti mereka keputusan semalam telah membuktikan bahawa perwakilan DAP ternyata menolak bulat-bulat kesemua calon Melayu yang bertanding...

Apa tidaknya, jika dicampurkan kesemua 7 calon Melayu, mata pengundian hanya mencatat sebanyak 807 jumlah undi. Jumlah yang mengundi 7 orang Melayu ini masih tidak dapat menandingi keputusan tercorot undi yang ke-20 iaitu Ngeh sebanyak 824 undi.

Melihat akan jurang persempadanan ini, maka SU DAP, Guan Eng telah mengumumkan perlantikan 2 orang Melaku kedalam CEC atas alasan mampu mendekati rakyat Malaysia merentasi sempadan kaum.

2 orang itu ialah Zairil Khir Johari dan Senator Ariffin SM Omar selepas kesemua calon Melayu yang bertanding itu kalah dengan jumlah undi yang sangat kecil.

Perlantikan 2 orang ini membuktikan bahawa DAP tidak mengamalkan ketelusan sistem pengundian apabila mereka melantik Melayu ikut kehendak mereka semata-mata mahu menjaga undi dan sokongan Melayu.

Jika benar jumlah kerusi yang diinginkan dalam CEC ialah 22 kenapa DAP tidak mengumumkan jumlah kerusi yang diiginkan ialah 22 tetapi 20?

Perlantikan ini membuktikan bahawa 2 Melayu tersebut mungkin akan menjadi anak emas DAP untuk menjalankan agenda Melayu masuk DAP...

Keputusan perlantikan tersebutternyata menyimpang dari norma DAP apabila kesemua perwakilan yang mengundi tidak mengetahui akan keputusan tersebut dan mereka tidak ada hak untuk memilih siapa calon Melayu bagi mewakili DAP...

Sebelum ini, saya ada menulis cadangan bahawa jika DAP mahu mewujudkan jumlah yang adil dan saksama mengikut pecahan kaum, maka mereka perlu menetapkan kuota yang ADIL dan SAKSAMA dalam kerusi CEC yang dipertandingkan...

Cadangan jika DAP mengutamakan masyarakat Berbilang kaum dalam CEC :
"Jika mereka mengutamakan demokrasi mengapa tidak disetkan 4 kerusi untuk Melayu, 4 kerusi untuk Cina, 4 kerusi untuk India, 4 kerusi untuk Sikh dan 4 lagi untuk lain-lain.." SELANJUTNYA
HE : Kerusi MELAYU hanya atas dasar simpati tapi bukan pemilihan undi perwakilan...DAP tetap anti Melayu biarpun ada kerusi untuk Melayu...Buat apa perlantikan...Melayu mahukan kemenangan melalui jumlah Undi...

SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.


COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA