networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Wednesday, December 26, 2012

PANAS!!! Khalid Degil, Rakyat Selangor Bencana #IsuAirSgor


Kedegilan MB Khalid untuk tidak membenarkan projek Langat 2 dilaksanakan mula menimbulkan malapetaka di kawasan jajahan Pembangkang sendiri. Malapetaka masalah air ini berjangkit ke Seangor..

Jika dahulu ADUN DAP Subang Jaya, Hannah Yeoh mengeluh di akaun twitternya mengatakan kawasan Subang SS12-SS19 sering mengalami masalah bekalan air.

Kini bencana yang dibuat Khalid sendiri telah merebak ke kawasan jajahan pembangkang iaitu Dun Teratai dan Cempaka serta Parlimen Cheras..

Kawasan tersebut yang dimiliki pembangkang terpaksa mendiamkan diri. Jikalau mereka membuka mulut pasti akan terkena tempiasnya adalah Khalid Gagap. Angkara dialah masalah air ini berlaku. Sudah dicakap berulang kali yang Selangor bakal hadapi krisis air lebih awal dari 2014 mereka tak mahu percaya...

Nampak sangat mereka uTAMAKan kepentingan parti dari kepentingan rakyat...

Malah Khalid sendiri memandai-mandai keluarkan kenyataan yang kononnya 7 empangan di Selangor beroperasi dengan baik..Baiklah sangat sampai SYABAS pun pening kepala untuk selesaikan masalah air yang kerap berlaku...

Keadilan, Dec 11'12, MS 24
Dulu LUAS pernah mengesahkan yang air di empangan memuaskan. Persoalannya, kemana pergi air yang memuaskan tu sampai kawasan Pandan Perdana, Pandan Indah, Taman Taynton View dan Taman Bukit Segar di Cheras sekarang ini mengalami gangguan bekalan air bermula hujung minggu lalu kerana penurunan paras air kolam utama...

Nampak sangat statement Khalid mengatakan air Selangor cukup sehingga 2019 itu adalah pembohongan besar..

Khalid memang terkenal dengan sikap putar belitnya..dulu dia pernah mengeluarkan kenyataan bahawa bekalan air di Selangor cukup sehingga 2019 tetapi baru-baru ini dia mahu menangguhkan projek Langat 2 walaupun 100 tahun sekalipun..

Kejap kata cukup sampai 2019 kejap kata nak tangguh 100 tahun..mana satu pun aku tak tahu...asalkan dapat menipu rakyat...dulu dia kata kegagalan penstrukturan semula kerana BN tak beri kerjasama..bila TPM sudah jelaskan perkara sebenar depa konar kot lain pula...

Kalau dah sanggup tunggu 100 tahun, bila sumber air tak cukup lepas 2019 apa pula Khalid nak belit rakyat? Kalau Pakatan terus memerintah alamatnya sampai zaman cucu-cicit lah rakyat Selangor bertarung dengan masalah kekurangan air ni…

Betapa bongkaknya MB sekor ni yang sanggup menipu semata-mata mahu menangguhkan projek yang menjamin sumber air di Selangor berkekalan... Tindakan Khalid telah menunjukkan dia menyerah kalah kat pusat….puih!!!

YB Iskandar Abdul Samad (ADUN Cempaka), Lee Ying Ha (ADUN Teratai) dan Tan Kok Wai (Ahli Parlimen Cheras) pasti tidak akan mengeluarkan apa-apa kenyataan berikutan masalah air di Selangor yang semakin melarat di kawasan masing-masing. 

Hannah Yeoh pun masih membisu, padahal masalah gangguan air di kawasan dia masih belum selesai… Tiba-tiba semua mulut terkunci lah pulak!! Mestilah apa yang keluar semuanya busuk sebab tak boleh berus gigi…

Hendak disalahkan kepada SYABAS pun tak boleh..mereka sudah melakukan yang terbaik bagi memastikan sumber air berjaya sampai ke paip-paip rumah.. Kalau airnya takder, apa yang SYABAS nak sampaikan… angin jer lah!!

Cina DAP, Ronnie Liu sudah pastinya akan menjadi agen 20% yang mana akan setuju apa sahaja yang dikeluarkan Khalid. Dia juga pernah mengeluarkan kenyataan bersifat bodoh yang mana mengatakan bahawa air mentah di Selangor cukup untuk menampung keperluan pengguna di Lembah Klang dengan adanya air takungan tasik, lombong dan sungai di Selangor.

Jika cukup bekalan air mengapa kawasan Lembah Klang menghadapi masalah air ketika ini, mereka ini hanya pandai cakap sahaja... Kenapa takder usaha nak proses sumber air tu… ke sendiri dah tahu tak boleh!!

Semua pemimpin pembangkang memang pandai cakap sahaja..janji rakyat dapat ditipunya...mangkok-mangkok ini tidak akan mengeluarkan kenyataan bagi menampakkan kelemahan mereka. Paling tidak pun mereka akan kata semua salah BN sebab tak bagi Struktur semula dan projek Langat 2 nak untungkan kroni BN...

HE : Sepanjang BN memerintah tidak pernah kedengaran bahawa harga air akan dinaikkan 100%..tapi pembangkang saja yang kata harga air akan naik 100% jika langat 2 beroperasi...itu jer dah nampak penipu...


SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.


COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA