networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Friday, December 28, 2012

PANAS!! LUAS Pula Jadi Agen Memuji Kebebalan Khalid?!!!



Akhirnya Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) tampil juga untuk backup Khalid gagap mengatakan sumber air mentah di Selangor cukup sehingga 2030.

Inilah masa terbaik LUAS untuk membalas budi Khalid yang sebelum ini memuji LUAS sebagai sebuah lembaga yang pandai mengurus air...

Aku pun hairan dari mana Khalid memandai kata LUAS pandai urus air..sebabnya kalau urus air yang baik mengapa SYABAS mengalami bermacam-macam masalah untuk menyalurkan air ke paip rumah rakyat Selangor..

Dengan masalah tiada kelulusan CAPEXnya...menuduh SYABAS kejam sebab tak setuju untuk struktur semula..

Khalid ni memang sangat sakit hati dengan semua konsesi air di Selangor..tapi dengan LUAS Khalid puji bagai nak gila.. yalah LUAS kan berboskan kerajaan negeri. Tertanya-tanya pula aku, pernahkah Khalid berbincang dengan LUAS untuk menstruktur semula dan apakah jawapan LUAS...

Dari pujian Khalid jer kita sudah tahu yang dia dan LUAS macam ada hubungan intim..apa tidaknya. Semua konsesi air Khalid sudah balun tapi LUAS dia puji..

LUAS kata air di Selangor cukup sehingga 2030..kalau cukup mengapa ada kawasan sekarang ini mengalami bencana masalah air?

Depa kata air cukup tu sebenarnya alasan untuk tidak membenarkan Loji Langat 2 beroperasi..

Rakyat semua sudah tahu yang kerajaan Khalid memang akan cari apa sahaja alasan dan helah agar perancangan membina Loji Langat 2 tidak dibina dan beroperasi untuk menambahkan sumber air di Selangor..

Air mentah memanglah cukup si pengarah LUAS oi!!! air longkang dan air loji kumbahan pun air mentah juga... Kalau dah dicampur setiap takungan air kat Selangor jadi lah cukup kan…

Kita mahukan loji rawatan..apa gunanya kalau air cukup tapi tiada tempat untuk merawat air seperti Langat 2.. Agensi terbaik LUAS ni tahu tak, ada loji-loji rawatan di Selangor dah terlebih kerja, tunggu masa nak break down dek kepenatan..

Lepas kenyataan ni LUAS pasti akan merangkul pingat agensi “terpandai” lah pulak..

Walaupun LUAS hanya bertanggung jawab jaga air mentah, lepas ni tak tahulah LUAS akan cakap air-air itu akan diproses dengan teknologi mambran yang sangat mahal...

Bolehlah lebih ramai kroni Khalid dapat sub projek membazir mambran tu..

Depa kata musim hujan ini membuatkan sumber air di Selangor cukup..kalau musim tiada hujan macam mana? Sedangkan musim hujan pun rakyat Selangor derita untuk dapatkan air yang sudah dirawat..

Rakyat bukan mahu tahu kuantiti air sebelum dirawat..mereka hanya mahu tahu paip rumah mereka akan keluar air bila dibuka..

Lagi satu, macam mana pula LUAS mahu pastikan sumber air ini mahu sampai ke rumah sedangkan loji rawatan pun tak nak bina..

Jika guna teknologi mambran comfem mahal modalnya..

Memandangkan kerajaan Selangor tidak meluluskan CAPEX SYABAS untuk membaiki paip yang sudah usang..

Sudah tentu kenyataan yang dikeluarkan LUAS ini mendatangkan masalah lain macam mana hendak salurkan air-air ini dirawat ke loji rawatan kerana tiada paip untuk salurkan...

Paling tidak pun depa akan gunakan khidmat lori tangki air untuk angkut air terawat kepada pengguna.

Jika menggunakan lori angkut air ini sudah tentu kroni Khalid, si Ronie Liu akan beli lagi lori dari China seperti mana yang berlaku dengan skandle lori sampah di Selangor..

Pusing punya pusing, kenyataan bersifat 'backup' Khalid oleh LUAS ini akan menguntungkan kroni mereka sendiri..

Dari sembang pasal sumber air yang banyak tapi paip saliran tak ada lebih baik suruh rakyat Selangor buat perigi depan rumah...bolehlah jana keuntungan projek teknologi mambran dan water filter tu untuk keuntungan kroni depa...

Macam-macam alasan yang diberikan mereka..setakat ini tak ada 1 pun direalisasikan..

HE : udah-udahlah tu jadi Penipu Rakyat..."Selangorku Rakyat Derita"..haha


SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.


COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA